Soalan Lazim

Mengikut Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1965, Cukai Tanah adalah ditakrifkan seperti berikut : Apa-apa jumlah wang tahunan yang dikenakan ke atas tanah yang dimiliki dan perlu dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN). Ia meliputi keseluruhan tanah dan semua benda yang ada pada tanah tersebut termasuklah bangunan, rumah, kawasan pertanian, sungai, lombong dan sebagainya.

Seksyen 95 Kanun Tanah Negara 1965 : Setiap pemilik tanah berdaftar atau wakil bagi pihaknya bertanggungjawab untuk menjelaskan Cukai Tanah.

Seksyen 95 Kanun Tanah Negara 1965 : Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik tanah atau wakil bagi pihaknya untuk membayar Cukai Tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) setiap tahun tanpa perlu menunggu pemakluman melalui bil hasil. Pengeluaran bil hasil hanya merupakan satu inisiatif/usaha Pihak Berkuasa Negeri (PBN) untuk memaklumkan kepada pemilik tanah supaya menjalankan tanggungjawab menjelaskan Cukai Tanah.

Pemilik yang tidak menerima Bil Cukai Tanah daripada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) pada awal setiap tahun, boleh terus mendapatkan bil tersebut di Pejabat Daerah dan Tanah yang berhampiran dengan membawa geran tanah atau resit tahun sebelum yang berkaitan untuk semakan di kaunter.

Seksyen 94 Kanun Tanah Negara 1965 : Cukai Tanah hendaklah dibayar pada awal tahun kalendar mulai 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun. Sekiranya tidak dijelaskan pada 1 Jun, ianya akan menjadi tunggakan untuk tahun tersebut dan akan dikenakan denda lewat sebanyak 10% ke atas cukai semasa.

Pembayaran boleh dibuat dengan beberapa kaedah :

  1. Secara Tunai
  2. Bank Draf/ Wang Pos/ Kiriman Wang/ Cek atas nama pentadbir
  3. Secara Online melalui CIMB Clicks
  4. Secara Online melalui FPX di http://fpxptg.pahang.gov.my/fpx/fpx_qrycukai.php

Bank yang terlibat bagi pembayaran FPX :

  1. CIMB Bank Berhad
  2. Maybank Berhad
  3. Bank Islam Berhad
  4. Public Bank Berhad
  5. Hong Leong Bank Berhad

Pembayaran boleh dibuat di semua Pejabat Daerah dan Tanah dalam Negeri Pahang.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 429 kali.


Kembali ke Atas