Pengurusan Daerah

Fungsi dan Peranan:

  1. Menguruskan hal-hal berkaitan jawatan, pengesahan jawatan/pelanjutan tempoh percubaan, penangguhan/pemangkuan kerja, pertukaran, kenaikan pangkat, kemasukan ke dalam jawatan berpencen, persaraan, perletakan jawatan, kematian semasa perkhidmatan dan tindakan tatatertib.

  2. Mengurus hal-hal berkaitan penyediaan dan pembayaran gaji dan elaun, pesanan barang-barang kelengkapan pejabat, pembayaran dan pesanan tempatan, penyelenggaraan kontrak dan pembekalan serta penyediaan peruntukan tahunan.

  3. Mengurus hal-hal mengenai permohonan lesen perahu, barang-barang kawalan, lesen hiburan awam, panggung wayang, lesen penulis surat rayuan, lesen getah dan lesen arak.

  4. Menyelenggara dan menyediakan penyata-penyata/rekod/mengenai kutipan hasil/cukai dan tunggakan.

  5. Mengurus hal-hal mengenai kutipan hasil/cukai-cukai, perumahan dan pelbagai.

  6. Menguruskan data-data pegawai dan kakitangan di dalam sistem HRMIS

  7. Menyelaras, mengatur dan melaksanakan program-program berbentuk sambutan, keraian dan majlis rasmi kerajaan Negeri dan Persekutuan di peringkat Daerah, Mukim dan Kampung.

Fungsi dan Peranan :

  1. Memberikan khidmat sokongan teknikal dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi kepada Penjawat Awam dan Komuniti ke arah merealisasikan Program Kerajaan Elektronik di peringkat daerah.

  2. Menyelaras dan mengawasi penggunaan sistem aplikasi, peralatan, server dan lain-lain yang berkaitan.

  3. Membangun dan mengemaskini Portal Rasmi jabatan.

  4. Menyediakan latihan untuk semua pegawai dan kakitangan.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 791 kali.


Kembali ke Atas