Budi disanjung, jasa dikenang
TANAH RATA, 8 Januari 2021 - Majlis Budi Disanjung, Jasa Dikenang telah diadakan pada pagi ini bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands. Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada sembilan (9) orang kakitangan yang bertukar pada tahun 2020.
Lihat Berita
100 juta pokok @ Pahang
CAMERON HIGHLANDS, 31 Disember 2020 - Kerajaan Pahang menyasarkan kutipan hasil hutan di negeri ini dapat ditingkatkan kepada RM160 juta pada tahun ini. Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rodsy Wan Ismail berkata bagi tahun 2020, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah berjaya mengutip hasil sebanyak RM137.6 juta.
Lihat Berita
Lawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang (Pengurusan) ke (PKOB) Daerah Bera dan (PPS) mangsa banjir di Daerah Bera.
BERA, 12 JANUARI 2021 – Lawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang (Pengurusan), YH. Dato' Dr. Mohd Zakaria bin Ibrahim ke Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Bera dan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir di daerah Bera pada 12 Januari 2021 jam 12.30 tengahari.
Lihat Berita
Seni landskap keindahan jabatan
TANAH RATA, 14 Disember 2020 - Bengkel Pengurusan Landskap Jabatan diadakan selama dua hari bermula 14 hingga 15 Disember 2020 di mana peserta melibatkan Pembantu Operasi. Bengkel yang diadakan di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands disampaikan oleh En Ahmad Rani dari Pejabat Pertanian Daerah Jerantut dapat menambahkan ilmu kemahiran seni landskap untuk ditambahbaik di jabatan ini.
Lihat Berita
PKPB Di Pahang
KUANTAN. 12 Januari 2021 - Usai pengumuman Perdana Menteri lewat petang semalam, warga Pahang perlu akur dan patuh kepada arahan PKP Bersyarat (PKPB) mulai jam 12.01 tengah malam, 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021. Tempoh 14 hari tersebut bukan sahaja melibatkan Pahang malah turut dirasai bersama Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.
Lihat Berita
Trak Petronas ROVR bergerak ke daerah Lipis, bantu misi operasi banjir
LIPIS, 6 Januari 2021 - Trak Petronas ROVR bergerak telah didatangkan khas dari Cyberjaya untuk membantu operasi banjir di daerah Lipis. Perkhidmatan ini disediakan sehingga hari Jumaat, 8 Januari 2021.
Lihat Berita
KDYMM PRP bercemar duli melawat mangsa banjir di Benta
LIPIS, 6 Januari 2021 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah perkenan bercemar duli melawat mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SK Budu, PPS SK Benta, PPS Taman Teratai, DUN Benta, Pahang.
Lihat Berita
Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Lipis mula dibuka
LIPIS, 3 JANUARI 2021 - Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) bagi daerah Lipis telah dibuka kira-kira jam 8.00 malam. Ini adalah kerana terdapat beberapa kawasan yang mengalami peningkatan aras air seterusnya mengakibatkan banjir di beberapa tempat sekitar daerah Lipis.
Lihat Berita
Lawatan Menteri Kanan Pertahanan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Mangsa Banjir Di Daerah Bera
BERA, 9 JANUARI 2021 - Lawatan Menteri Kanan Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Bera, YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir di daerah Bera telah berlangsung pada 9 Januari 2021 jam 11.30 pagi bermula dari PPS Bukit Gemuruh. Kemudian YB Menteri meneruskan lawatan ke PPS di Batu Bor dan PPS Masjid Kuala Bera dengan menaiki bot. YB Menteri meneruskan lawatan ke PPS SK Kerayong, SK Kerayong Jaya dan SMK Bandar Kerayong.
Lihat Berita
Taklimat Bencana Daerah Kuantan 2021
KUANTAN, 06 Januari 2021 - Pegawai Daerah Kuantan, YM Tengku Dato' Nor Asmaliza menyampaikan taklimat bencana banjir bagi daerah Kuantan tahun 2021 bertempat di Wisma Belia, Bandar Indera Mahkota. KDYMM SPB YdP Agong Al-Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dipersembahkan situasi semasa banjir yang melanda daerah Kuantan.
Lihat Berita
Mayat Uqail Iskandar Dijumpai
JERANTUT, 06 Januari 2021 - Penduduk kampung menemui mayat Uqail Iskandar Zulkarnain, 23, yang hilang sejak Ahad lalu di Sungai Puas, dekat Kampung Gintong, pagi tadi. Ketua Kampung Gintong, Hasan Ashary Hitam, 64, berkata, mayat ditemui penduduk, Halim Hamzah, 30, yang ke sungai untuk meninjau keadaan air pada jam 7.30 pagi.
Lihat Berita
Lawatan KDYMM Pemangku Raja Pahang ke Pusat Pemindahan Sementara Daerah Jerantut
JERANTUT, 07 Januari 2021 - KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah melawat mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Daerah Jerantut pada 6 Januari 2021 (Rabu).
Lihat Berita
PKPP Dilanjutkan
KUANTAN, 31 Disember 2020 - Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di seluruh negara yang sepatutnya tamat pada hari ini, dilanjutkan hingga 31 Mac 2021. Kebimbangan dan perasaan meruntun duka dengan pengumuman ini haruslah diambil iktibar untuk semua warna negara Malaysia amnya.
Lihat Berita
Makluman : Pembukaan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Jerantut
JERANTUT, 3 Januari 2021 - Berdasarkan Keadaan semasa bencana banjir di Daerah Jerantut, adalah dimaklumkan bahawa Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Jerantut telah diaktifkan mulai 3 Januari 2021 (Ahad), jam 1100 pagi.
Lihat Berita
PDT Lipis selangkah ke arah pensijilan ISO 9001:2015
LIPIS, 29 Disember 2020 - Bengkel Pemahaman Keperluan Prosedur Operasi Standard (SOP) telah diadakan pada 28 dan 29 Disember di Bilik Gerakan. Bengkel ini dilaksanakan secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Zoom Meeting selaras dengan pembudayaan norma baharu.
Lihat Berita
Persediaan menghadapi banjir di dalam norma baharu
LIPIS, 29 Disember 2020 - Taklimat Norma Baharu Persediaan Menghadapi Banjir Daerah Lipis bagi tahun 2020/2021 telah diadakan di Dewan Residen, Kuala Lipis. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Puan Nor Atiqah binti Mat Yunus iaitu Ketua Penolong Pegawai Daerah (Bahagian Pembangunan Daerah) Pejabat Daerah dan Tanah Lipis.
Lihat Berita
Taklimat Pengurusan Bencana Bersama Komuniti Daerah Bera
BERA, 27 NOVEMBER 2020 - Taklimat Pengurusan Bencana Bersama Komuniti Daerah Bera telah berlangsung pada 26 November 2020 jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Sri Kempas, Kuarters PDRM Daerah Bera.
Lihat Berita
Mesyuarat Lembaga Tatertib Perkhidmatan Awam Negeri Kumpulan Pelaksana (No.2) Pejabat Daerah dan Tanah Bera bil 1/2020
BERA, 27 NOVEMBER 2020 - Mesyuarat Lembaga Tatertib Perkhidmatan Awam Negeri Kumpulan Pelaksana (N0.2) Pejabat Daerah dan Tanah Bera bil 1/2020 telah bersidang pada 26 November 2020 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang yang di pengerusikan oleh Pegawai Daerah Bera, Tuan Mohd Khuzaidi bin Harun bagi membincangkan dan mengambil tindakan berkaitan hal-hal tatatertib kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Bera.
Lihat Berita
Perhimpunan Bulanan : Disember 2020
BENTONG, 22 Disember 2020 - Norma baharu bukan kekangan untuk kegiatan fizikal. Sehubungan itu, perhimpunan bulanan kali ini turut diisi dengan kegiatan senamrobik dan sesi ujian kecergasan dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bentong.
Lihat Berita
Kursus Komunikasi Berkesan dan Pengurusan Pelanggan
JERANTUT, 21 Disember 2020 - Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut telah menganjurkan Kursus Komunikasi Berkesan dan Pengurusan Pelanggan di Dewan Auditorium ADTEC Jerantut.
Lihat Berita
TAHNIAH - Peserta Lelaki Terbaik PTM Siri 3/2020
KUANTAN, 14 Disember 2020 - Sekalung penghargaan TAHNIAH untuk Sdra Mohamad Shahbri b Mohd Idrus telah terpilih sebagai Peserta Lelaki Terbaik pada Program Transformasi Minda (PTM) Siri 3 Tahun 2020. Program berkala ini merupakan program terakhir bagi tahun 2020 diadakan di Teratak Malaya, Janda Baik, Bentong.
Lihat Berita
Majlis Cabut Undi Lot Peserta Felcra Sungai Poho
PULAU TAWAR, 18 Disember 2020 - Majlis Cabut Undi Lot Peserta Felcra Sungai Poho, Mukim Pulau Tawar, Jerantut telah diadakan di Dewan Terbuka Pulau Tawar. Majlis telah dihadiri oleh YB. Dato’ Haji Nazri bin Ngah, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang merangkap Adun Kawasan Pulau Tawar.
Lihat Berita
MB serah kunci Rumah Rakyat Pahang
KAMPUNG MENSON, 3 Disember 2020 - YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail pagi ini telah hadir merasmikan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Rakyat Pahang (RRP) daerah Cameron Highlands. Dalam majlis tersebut, beliau telah menyampaikan replika kunci rumah kepada tiga orang penerima penduduk kampung tersebut seterusnya meluangkan masa melawat rumah yang telah siap dibina itu.
Lihat Berita
Perhimpunan Bulanan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis
LIPIS, 10 Disember 2020 - Perhimpunan bulan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis telah diadakan di perkarangan pejabat. Perhimpunan ini dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu "Allah Selamatkan Sultan Kami" dan Lagu Perkhidmatan Awam yang dinyanyikan dengan penuh semangat oleh pegawai dan kakitangan jabatan.
Lihat Berita
Kursus Penyediaan Pelan Dan Laporan PTNF4 PDT Kuantan
KUANTAN, 1-2 Disember 2020 - Selama dua (2) hari Penolong Pegawai Tanah dan kakitangan lain berkaitan di PDT Kuantan berkumpul dalam kursus yang diadakan di Bilik Gerakan PDT Kuantan ini. Perkongsan ilmu ini adalah anjuran Bahagian Pengurusan Tanah dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Daerah PDT Kuantan.
Lihat Berita
Program Khidmat Masyarakat JKDM Terus Dinanti
KUANTAN. 28 November 2020 - Memilih lokasi di Dewan Al-Mawaddah, Kg Paya Bungor, Kuantan, program khidmat masyarakat diteruskan dengan kehadiran Timbalan Menteri Kewangan II, YB Tuan Mohd Shahar b Abdullah.
Lihat Berita
Program Khidmat Bakti Masyarakat Bersama Kastam Di Mukim Ulu Lepar, Kuantan
KUANTAN, 27 Nov 2020 - Program khidmat masyarakat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang bermula dengan projek membersih kawasan dan mengecat di Masjid Kg Paya Bungor, Kuantan. Walau hujan renyai program diteruskan hingga lewat petang.
Lihat Berita
Majlis Penyerahan Suratan Hakmilik RTK Bukit Sagu, Kuantan
KUANTAN. 25 November 2020 - Penyerahan suratan hakmilik Rancangan Tanah Kelompok, Bukit Sagu daerah Kuantan telah dijalankan di Bilik Gerakan, Aras 1, PDT Kuantan. Kehadiran ADUN Sg Lembing, YB Dato' Md. Shuhami, turut menjadikan majlis berjalan dengan lancar dan teratur.
Lihat Berita
Bengkel Teknik Pengurusan Rekod - Klasifikasi Fail Am PDT Kuantan
KUANTAN, 23-24 November 2020 - Pencerahan dan penyediaan klasifikasi pengurusan fail mendapat tunjuk ajar dari Pegawai Arkib yang hadir, Puan Syazwani bt Salleh dan Puan Nordarwina bt Zainul Abidin. Bengkel dua (2) hari ini diharap dapat memberi pengalaman baharu buat semua pegawai dan kakitangan yang hadir.
Lihat Berita
Majlis Perasmian Bengkel Pemerkasaan Adat Istiadat Orang Asli Semelai Daerah Bera
BERA, 21 NOVEMBER 2020 - Majlis Perasmian Bengkel Pemerkasaan Adat Istiadat Orang Asli Semelai Daerah Bera telah berlangsung pada 21 November 2020 jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Ibam, Daerah Bera.
Lihat Berita
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 Dan Makan Malam Jasamu Dikenang 2020
BERA, 18 NOVEMBER 2020 - Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 dan Makan Malam Jasamu Dikenang 2020 Pejabat Daerah dan Tanah Bera telah berlangsung pada 18 November 2020 jam 8.00 malam bertempat di Dewan Sri Kempas, Kuarters PDRM Daerah Bera.
Lihat Berita
Kerja Berpasukan : Pembersihan Kuarters PDT Kuantan
KUANTAN, 17-18 November 2020 - Kepentingan kerja berpasukan menghasilkan output yang terbaik dalam sesuatu kerja yang dilaksanakan. Pasukan kakitangan bagi kerja-kerja pembersihan di kuarters PDT Kuantan telah membuktikan kerja secara berpasukan dapat memberikan hasil yang terbaik.
Lihat Berita
Program Sepakat Komuniti Daerah Kuantan
KUANTAN, 5 November 2020 - Program Sepakat Komuniti Pembudayaan Norma Baharu Kehidupan bagi menghentikan rantaian COVID-19 berlangsung dengan jayanya di Dewan Serbaguna, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) Negeri Pahang, Jalan Teluk Sisek, Kuantan.
Lihat Berita
Budaya gotong royong terus menjadi amalan
RINGLET, 11 November 2020 - Gabungan kerjasama penduduk dan agensi kerajaan merealisasikan program Gotong-Royong Membersihkan Balai Penghulu Mukim Ringlet di sini, hari ini. Menerusi program itu, penduduk bersama kakitangan agensi kerajaan membersih kawasan balai penghulu, longkang dan mencantas pokok serta menyaksikan budaya gotong-royong terus subur dalam kalangan masyarakat di peringkat komuniti, sekali gus mengeratkan hubungan sesama mereka.
Lihat Berita
Pengauditan SSR PDT Kuantan Bermula
KUANTAN, 11 November 2020 - Sesi pengauditan Sistem Penarafan Bintang (SSR) bermula hari ini sehingga esok di PDT Kuantan. Dengan membariskan tujuh (7) juri auditor yang berpengalaman, sesi bermula dengan kata aluan dari YM Dato' Tengku Nor Asmaliza, Pegawai Daerah Kuantan.
Lihat Berita
MAJLIS PERASMIAN PUSAT KOMUNITI KRT TAMAN MERBAU INDAH
BERA, 08 NOVEMBER 2020 - Majlis Perasmian Pusat Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Taman Merbau Indah telah diadakan pada hari ini jam 9.00 pagi bertempat di Taman Merbau Indah, Bera.
Lihat Berita
Anak yatim, kakitangan PKAYIA teruja terokai Gua Bama
LIPIS, 8 November 2020 - Mendaki bukit atau gunung dan juga bereksplorasi di dalam gua merupakan aktiviti ekstrem yang kerap dilakukan oleh penggiat alam sekitar dan para pelajar menerusi kegiatan cuti hujung minggu dan hari tertentu.
Lihat Berita
Taklimat Penggunaan Webmel Pahang dan EPSA di PDT Lipis
LIPIS, 5 November 2020 - Taklimat Pengguna Emel Rasmi Pahang (Webmel Pahang) dan e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) telah diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis. Taklimat ini disampaikan oleh wakil Unit Teknologi Maklumat jabatan. Taklimat ini dihadiri oleh 27 orang staf kumpulan sokongan.
Lihat Berita
Ceramah Kenali Ubat Anda anjuran Pejabat Daerah Dan Tanah Lipis
LIPIS, 3 November 2020 - Ceramah Kenali Ubat Anda anjuran bersama Pejabat Daerah dan Tanah Lipis dan Jabatan Farmasi, Hospital Kuala Lipis telah diadakan di Bilik Gerakan. Ceramah ini dihadiri oleh 42 orang staf Pejabat Daerah dan Tanah Lipis.
Lihat Berita
SISPAA bantu memperkasa sistem pengurusan aduan jabatan
LIPIS, 2 November 2020 - Taklimat Sistem Pengurusan Aduan (SISPAA) Pejabat Daerah dan Tanah Lipis telah diadakan di Bilik Millington. Seramai 13 orang kakitangan yang merupakan jawatankuasa pengurusan aduan jabatan telah terlibat di dalam taklimat itu.
Lihat Berita
Ahli D'LORA Tawan Bukit Senorang
BERA, 17 OKTOBER 2020 - Ahli Kelab D'lora Pejabat Daerah Dan Tanah Bera dengan kerjasama daripada JKKK Dato' Sri Hamzah, Kemayan, Bera, Pahang telah mengadakan program Mendaki Bukit Senorang.
Lihat Berita
Perhimpunan Bulanan, Majlis Penghargaan dan Sanjungan Budi Pejabat Daerah dan Tanah Lipis
LIPIS, 23 Oktober 2020 - Perhimpunan dan Majlis Penghargaan dan Sanjungan Budi Pejabat Daerah dan Tanah Lipis telah diadakan di Dewan Residen Kuala Lipis kira-kira jam 3.00 petang. Majlis itu dihadiri oleh Pegawai Daerah, para pegawai dan staf Pejabat Daerah dan Tanah Lipis. Antara objektif majlis ini adalah sebagai tanda penghargaan di atas jasa dan khidmat bakti pegawai yang telah bertukar ke jabatan lain.
Lihat Berita
Majlis Perpisahan Ketua Penolong Pegawai Daerah, Bahagian Pengurusan Tanah
LIPIS, 16 Oktober 2020 - Majlis perpisahan sempena pertukaran Ketua Penolong Pegawai Daerah Bahagian Pengurusan Tanah, Encik Azmil Hadid bin Maznan telah diadakan dalam satu majlis ringkas. Beliau telah ditukarkan ke Pejabat Daerah dan Tanah Bentong berkuatkuasa 2 Oktober 2020 namun memohon perlepasan bagi menyelesaikan tugasan sebelum bertukar.
Lihat Berita
Majlis Persaraan Staf Unit Pendaftaran, Bahagian Pengurusan Tanah
LIPIS, 16 Oktober 2020 - Majlis persaraan bagi Encik Thanabalan a/l Suppiah telah diadakan bagi menghargai jasa dan khidmat bakti yang diberikan oleh beliau sepanjang perkhidmatan awam. Hari ini merupakan hari terakhir beliau berkhidmat di Pejabat Daerah dan Tanah Lipis. Majlis ini diadakan secara sederhana oleh staf Unit Pendaftaran.
Lihat Berita
Mesyuarat Agung PEMADAM Daerah Lipis bagi tahun 2020
LIPIS, 16 Oktober 2020 - Mesyuarat Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) bagi Daerah Lipis telah diadakan di Bilik Gerakan pada jam 3.00 petang. Dianggarkan 70 orang penjawat awam dari pelbagai agensi kerajaan. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Lipis merangkap Pengerusi PEMADAM bagi Daerah Lipis, Dato' Mohd Hafizi bin Ibrahim.
Lihat Berita
Program Pahang Berdoa di daerah Lipis
LIPIS, 14 Oktober 2020 - Kira-kira 70 orang jemaah dari daerah Lipis telah datang bagi mengimarahkan suasana di Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis bagi Program Pahang Berdoa. Program ini diadakan serentak oleh seluruh rakyat di Negeri Pahang samada di masjid, surau, maahad-maahad tahfiz, di asrama sekolah-sekolah, di rumah anak yatim dan dimana-mana sahaja.
Lihat Berita
Tahniah PDT Jerantut - 5 Bintang Milikmu
JERANTUT, 30 Oktober 2020 - Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut telah menerima kunjungan Panel Penilai Audit Sistem Penarafan Bintang (SSR) pada 27 hingga 28 Oktober 2020 bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut.
Lihat Berita
IOW Ke Sungai Lembing
KUANTAN, 01 Nov 2020 - Program pertama November 2020 di Sg Lembing, Kuantan. Menghimpunkan lebih 20 orang peserta untuk mendengar ceramah dan taklimat berkisar COVID-19 serta wabak denggi. Selain ceramah, penyampaian juga turut dibuat melalui corong pembesar suara mengelilingi penjuru dan pelusuk Sg Lembing.
Lihat Berita
Kursus Pengurusan Pelanggan
BENTONG, 21 Oktober 2020 - NLP atau istilah penuhnya Neuro Linguistic Programming. Kursus Pengurusan Pelanggan yang telah diadakan selama 2 hari di Pejabat Daerah dan Tanah Bentong tentang asas NLP merangkumi kategori personaliti VAK (Visual, Auditory, Kinestetic)
Lihat Berita
Internet, liputan telekomunikasi dipertingkat
TANAH RATA, 27 Oktober 2020 - Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah Cameron Highlands hari ini turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, Dato' Fakhruddin Ariff dalam membentangkan penambahbaikan liputan telekomunikasi dan perkhidmatan Internet di Cameron Highlands supaya rakyat negeri Pahang terus maju dan sentiasa terbela.
Lihat Berita
Flag off konvoi ride santai
TANAH RATA, 16 September 2020 - Majlis Pelepasan (Flag Off) peserta konvoi Program Ride Santai peringkat daerah Cameron Highlands telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Cameron Highlands, Dato' Hj Ishak Md Napis pagi ini. Program dianjurkan oleh Pegawai Daerah dan Tanah Cameron Highlands dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands (PEDATA Titiwangsa) sempena Hari Malaysia.
Lihat Berita
Majlis Pecah Tanah Rumah Rakyat Pahang
KAMPUNG MENSON, 14 September 2020 - Majlis Pecah Tanah Rumah Rakyat Pahang (RRP) telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Cameron Highlands, YB Ramli Mohd Noor pada pagi ini bertempat di Kampung Pos Menson, Cameron Highlands. Sebanyak tiga buah rumah akan dibina bertempat di Kampung Menson, Kampung Kuala Boh dan Kampung Terakit sementara peruntukkan disalurkan daripada Kerajaan Negeri Pahang.
Lihat Berita
Ribut membadai Kampung Labu - Rumah warga emas rosak dihempap pokok
JERANTUT, 20 Oktober 2020 - Sebuah rumah milik seorang warga emas, Abdul Karim Ghani, 91, rosak dihempap pokok durian dan pokok petai dalam kejadian ribut di Kampung Labu, mukim dekat sini kelmarin.
Lihat Berita
Lawatan Tapak RRP Bukti Kesungguhan
KUANTAN, 15 Oktober 2020 - Kerajaan Pahang sangat prihatin dengan masalah yang dialami penduduk. Ini terbukti dengan lawatan tapak ke Kg Sri Fajar dan Kg Paya Rambutan bagi meninjau status Rumah Rakyat Pahang (RRP) bersama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB Dato’ Abd Rahim b Muda.
Lihat Berita
Program Derma Darah Anjurkan Pejabat Daerah dan Tanah Bera dengan kerjasama Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS)
BERA, 13 OKTOBER 2020 - Program Derma Darah telah diadakan di Lobi Pejabat Daerah dan Tanah Bera bermula jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang. Program dianjurkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Bera dengan kerjasama Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS), Pahang.
Lihat Berita
Kursus 'Standard Operating Procedure (SOP)' Pengurusan Tanah PDT Lipis
LIPIS, 25 September 2020 - Kursus 'Standard Operating Procedure (SOP)' Pengurusan Tanah telah dijalankan selama 3 hari bermula pada 23 September sehingga 25 September 2020. Kursus ini telah dijalankan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis. Kursus ini melibatkan 25 orang peserta yang merupakan kakitangan yang terlibat di dalam pengurusan tanah dari kakitangan sokongan sehingga profesional. Encik Mohd Roszaimi bin Abd Ghani iaitu Ketua Penolong Pegawai Tanah dari Pejabat Daerah dan Tanah Bera telah dijemput bagi memberikan ceramah kepada peserta.
Lihat Berita
50 anak yatim PKAYIA Lipis terima sumbangan daripada Ko-Makmur Kuantan, Mara Pahang dan Rural Capital Berhad
LIPIS 28 September 2020 - Tergambar perasaan gembira dan ceria malah tidak terungkap dengan kata-kata seramai 50 orang anak yakim di bawah jagaan Pertubuhan Anak-anak Yatim Islam Al-Ihsan (PKAYIA) Lipis apabila menerima sumbangan sebuah van sekolah dan sumbangan zakat dalam satu majlis di asrama PKAYIA Sungai Kerpan di sini kelmarin. Van sekolah bernilai RM43,000 merupakan sumbangan Koperasi Muafakat Makmur Berhad (Ko-Makmur) bersama Makmur Gold Holding Sdn. Bhd, Kuantan manakala Rural Capital Berhad sebuah syarikat di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyumbangkan wang zakat bernilai RM5,000 dan sejumlah RM6,000 untuk pengurusan asrama PKAYIA Lipis.
Lihat Berita
Penilaian Sistem Penarafan Bintang (SSR) bagi Pejabat Daerah dan Tanah Lipis
LIPIS, 29 September 2020 - Majlis Pembukaan Penilaian Sistem Penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah tahun 2020 bagi Pejabat Daerah dan Tanah Lipis telah diadakan di Bilik Gerakan pada jam 9.00 pagi. Majlis ini dihadiri oleh Pegawai Daerah Lipis, Dato' Mohd Hafizi bin Ibrahim serta pegawai-pegawai yang terlibat di dalam penilaian. Seramai 6 orang panel yang diketuai oleh Encik Mohd Yusri bin Mohd Nor iaitu Ketua Penolong Pegawai Daerah Jerantut telah hadir bagi memeriksa dan menyemak fail serta memberi penarafan bintang berdasarkan keputusan penilaian.
Lihat Berita
Taklimat penggunaan sistem "Database ICT Asset" (DICTA)
LIPIS, 1 Oktober 2020 - Sesi taklimat berkaitan Sistem Pengkalan Data Aset ICT (DICTA) telah dilaksanakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis. Sistem ini adalah projek inovasi yang dicetuskan oleh Kumpulan Novator iaitu KIK PDT Lipis yang dipertandingkan di Majlis Persada Inovasi PDT Negeri Pahang di Pahang Skills pada 27 Ogos yang lalu. Sistem DICTA ini secara umumnya merupakan sistem bagi carian aset ICT yang ditambahbaik daripada sistem yang sedang digunapakai di jabatan buat masa ini. Sistem ini menggunakan Google Apps Sheet sebagai platform bagi aplikasi mudah alih dan ianya boleh dimuatturun di Google PlayStore dan AppStore.
Lihat Berita
Majlis Pertukaran Penolong Pegawai Daerah Bahagian Pengurusan Daerah
LIPIS, 1 Oktober 2020 - Pertukaran tempat kerja di dalam perkhidmatan awam adalah perkara yang harus dihadapi oleh mana-mana penjawat awam. Majlis perpisahan staf Bahagian Pengurusan Daerah kali ini telah diadakan secara sederhana bagi menghargai khidmat bakti yang telah diberikan oleh Puan Nur Adibah binti Abdul Talib.
Lihat Berita
Majlis Makan Malam BKDR Pejabat Daerah dan Tanah Lipis bagi tahun 2020 meriah
PASIR PUTEH, 3 Oktober 2020 - Majlis Makan Malam Badan Kebajikan dan Rekreasi (BKDR) Pejabat Daerah dan Tanah Lipis bagi tahun 2020 telah diadakan di Dewan Utama Sri Aman, Tok Aman Bali Beach Resort. Seramai 211 orang termasuk ahli dan keluarga telah memeriahkan majlis makan malam tersebut. Majlis ini adalah salah satu daripada aktiviti yang dijalankan sempena Hari Keluarga BKDR.
Lihat Berita
Skim simpanan dan kesihatan berkelompok oleh CUEPACS untuk penjawat awam
LIPIS, 6 Oktober 2020 - Taklimat Program Kebajikan anjuran CUEPACS telah diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis. Taklimat ini memberi pendedahan berkaitan skim simpanan dan kesihatan berkelompok yang istimewa bagi kakitangan perkhidmatan awam sahaja. Seramai 40 orang kakitangan telah menyertai taklimat ini.
Lihat Berita
Kaunter Bergerak TH Cawangan Lipis buka kaunter untuk mudahkan urusan
LIPIS, 6 Oktober 2020 - TH Cawangan Lipis telah membuka kaunter bergerak di ruang legar Pejabat Daerah dan Tanah Lipis. Program seumpamanya adalah program kali kedua diadakan kerana mendapat sambutan yang menggalakkan dari kakitangan dan orang awam yang mendapat hebahan berkaitan pembukaan kaunter bergerak di sini.
Lihat Berita
Rumah Rakyat Pahang (RRP) bantu golongan kurang berkemampuan miliki rumah
LIPIS, 07 Oktober 2020 - Ahli Dewan Negeri Padang Tengku, YB. Dato' Mustapa Bin Long meninjau projek pembinaan Rumah Rakyat Pahang untuk penduduk yang kurang berkemampuan, En. Rosli Mat Yasin di Kampung Balik Gua, disini hari ini. Pada 18 Jun Lalu, Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail telah melancarkan projek Rumah Rakyat Pahang di Chini bagi membantu lebih ramai golongan kurang berkemampuan mempunyai kediaman sendiri.
Lihat Berita
PEMAKLUMAN : Covid-19
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Jerantut telah memutuskan untuk mengambil langkah-langkah proaktif bagi mencegah penularan dan memutuskan rantaian kes COVID-19 di Daerah Jerantut. Tindakan ini diambil berikutan pengesanan empat (4) kes positif baharu iaitu pada 25 September 2020 (1 kes) dan 27 September 2020 (3 kes).
Lihat Berita
PDT Kuantan Cungkil Bakat Juru Acara Majlis
KUANTAN, 21 September 2020 - PDT Kuantan dalam usaha untuk mencari pelapis dan mencungkil bakat kejuruacaraan di kalangan kakitangannya. Program sehari bersama Jabatan Penerangan Negeri Pahang telah berjaya mengenalpasti bakat terpendam di kalangan peserta namun perlu lebih digilap lagi.
Lihat Berita
Bukit Seladang Ditawan Sempena Hari Malaysia
JERANTUT, 17 September 2020 - Program Ekspedisi Mendaki Bukit Seladang Sempena Sambutan Hari Malaysia Peringkat Daerah Jerantut 2020 telah diadakan pada 16 September 2020. Program turut disertai oleh Pegawai Daerah Jerantut, Puan Khairun Nissa binti Aris dan Pengarah MOTAC Negeri Pahang, YH. Dato' Haji Idrus bin Yahya.
Lihat Berita
Bengkel eCENSUS PDT Kuantan
KUANTAN, 07 September 2020 - PDT Kuantan mengambil inisiatif dengan mengadakan bengkel bancian penduduk yang terbuka kepada semua warga PDT Kuantan bermula hari ini sehingga 17 September 2020 nanti.
Lihat Berita
J4P Hybrid Selangkah Ke Hadapan
AMPANG, 09 September 2020 - Kumpulan J4P Hybrid selangkah lagi ke hadapan dengan menyertai Pertandingan Horizon Baru Kumpulan Inovatif dan Kreatif (HBKIK) Jabatan Pengairan dan Saliran Tahun 2020 mewakili Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Pahang.
Lihat Berita
Program Gotong Royong Memasak Bubur Asyura Sempena Muharram 1442 H/2020
BERA, 9 SEPTEMBER 2020 - Program Gotong Royong Memasak Bubur Asyura Sempena Muharram 1442 H/2020 telah dijalankan di Pejabat Daerah dan Tanah Bera semalam anjuran Kelab D'lora.
Lihat Berita
YAM Tengku Panglima Raja tunaikan solat jumaat pertama di Masjid Baru Benta
KUALA LIPIS, 4 September 2020 - Solat Jumaat di Masjid Baru Benta merupakan yang pertama diadakan di masjid itu semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa pada 18 Mac lalu. Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Leftenan Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Timbalan Yang Dipertua, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang turut hadir bagi bersama-sama para jemaah menunaikan solat Jumaat di masjid itu. Ketibaan YAM Tengku Panglima Raja disambut oleh Yang Berhormat Dato' Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam dan Pendidikan Negeri Pahang.
Lihat Berita
MB hadiri Majlis APC
TANAH RATA, 8 September 2020 - Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2020 pastinya menjadi lipatan sejarah untuk Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands apabila dihadiri oleh YAB Menteri Besar Pahang dan barisan Exco Negeri Pahang. Majlis tersebut meraikan 10 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) yang telah menjalankan tugasan dengan baik dan menunjukkan prestasi yang cemerlang sepanjang tahun 2019 yang diadakan di Dewan Jubli Perak, Sultan Ahmad Shah.
Lihat Berita
Sambutan Hari Kebangsaan luar dari kebiasaan
TANAH RATA, 31 Ogos 2020 - Buat pertama kali kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan, yang sinonim dengan rakyat Malaysia berhimpun di dataran mahupun padang, akan hanya dapat dirasai melalui tontonan di media sosial. Biarpun kemeriahan sambutan secara berasingan, ianya bertujuan mengurangkan perhimpunan ramai selain memastikan tatacara operasi piawai (SOP) pencegahan pandemik Covid-19 dipatuhi.
Lihat Berita
Air Terjun Seri Mahkota Taman Negeri Endau Rompin
ROMPIN, 9 September 2020 - Air Terjun Seri Mahkota merupakan salah satu tarikan yang ada di Taman Negeri Endau Rompin. Berketinggian lebih kurang 50 meter. Terletak di bahagian utara Taman Negara Endau Rompin di negeri Pahang dan mempunyai pintu masuk tersendiri.
Lihat Berita
Program Pementoran PDT Kuantan Buka Minda Kakitangan
KUANTAN, 04 September 2020 - Program pementoran Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan bagi tahun 2020/2021 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya di Bilik Gerakan. PDT Kuantan hari ini.
Lihat Berita
Pasukan Portal PDT Kuantan Cemerlang
KUANTAN, 27 Ogos 2020 - PDT Kuantan kekal cemerlang bagi siri pemantauan berkala Portal Rasmi Jabatan peringkat Pejabat SUK Negeri Pahang bermula Januari hingga Jun 2020.
Lihat Berita
Rai Kejayaan KIK SEMARAK
KUANTAN, 02 September 2020 - Kumpuan Inovatif dan Kreatif PDT Kuantan, SEMARAK KUANTAN menerima penghargaan atas kejayaan menjadi Johan pada Majlis Persada Inovasi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dan Pejabat Daerah dan Tanah Pahang Tahun 2020.
Lihat Berita
Kenangan APC 2020 PDT Kuantan
KUANTAN, 02 September 2020 - Kemeriahan sambutan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang & Jasamu Dikenang Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan Tahun 2020 tetap menggamit kenangan yang tidak dapat dilupakan. Akur dengan PKPP yang dilanjutkan, SOP tetap dijaga dan kepatuhannya dilaksanakan dengan baiknya.
Lihat Berita
Sambutan Merdeka 2020 Dalam Norma Baru
JERANTUT, 03 September 2020 - Diiringi semangat cintakan tanah air yang membara, sambutan Hari Kebangsaan 2020 berlangsung di Dewan Utama Majlis Daerah Jerantut pada 31 Ogos 2020 dalam persekitaran norma baru. Namun tetap penuh bermakna, ketika negara masih berjuang mendepani pandemik Covid-19.
Lihat Berita
Acara Perhimpunan Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2020 Peringkat Daerah Bera
BERA, 31 OGOS 2020 - Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2020 Peringkat Daerah Bera bertempat di Dewan Seri Kempas Kuarters IPD Bera, Bandar Bera telah diraikan dengan suasana norma baharu sejak negara dilanda wabak Covid-19 pada 31 Ogos 2020 yang lalu.
Lihat Berita
TAHNIAH ! SEMARAK PDT Kuantan
KUANTAN, 27 Ogos 2020 - Bertempat di Pahang Skills Development Centre (PSDC), Majlis Persada Inovasi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dan Pejabat Daerah dan Tanah Pahang Tahun 2020 menjadi saksi kecemerlangan pasukan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) PDT Kuantan, SEMARAK.
Lihat Berita
Bengkel Pengurusan Aset Alih Kerajaan
JERANTUT, 26 Ogos 2020 - Bahagian Pengurusan Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut telah berjaya melaksanakan Bengkel Pengurusan Aset Alih Kerajaan kepada seramai 40 orang kakitangan di jabatan ini. Bengkel tersebut yang bermula pada 24 Ogos 2020 dan berakhir pada 25 Ogos 2020 telah diadakan di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut.
Lihat Berita
Ummah Rabbani Negara Harmoni
KUANTAN, 20 Ogos 2020 - Sambutan Maal Hijrah 1442 H disambut dengan cara yang tersendiri kerana masih lagi dalam tempoh PKP. Dengan mengekalkan tahap kepatuhan demi menjayakan majlis, penjarakan fizikal, kebersihan serta pemakaian pelitup muka adalah diwajibkan.
Lihat Berita
Proses Cabutan Undi RTK Sg Pohoi
KUANTAN, 14 Ogos 2020 - Proses cabutan undi bagi Rancangan Tanah Kelompok (RTK) Sg Pohoi yang diadakan di premis Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan berlangsung dengan kepatuhan kepada SOP seperti yang telah ditetapkan.
Lihat Berita
Kursus Melonjak Prestasi Diri dan Inovasi NLP
BERA, 20 Ogos 2020 - Kursus Kursus Melonjak Prestasi Diri dan Inovasi NLP (Neuro Linguistic Programming) Anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Bera telah diadakanselama 2 hari iaitu 18 dan 19 Ogos 2020 bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Bera.
Lihat Berita
Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Dan Pengibaran Jalur Gemilang Tahun 2020 Peringkat Daerah Bera
BERA, 11 Ogos 2020 - Pejabat Daerah dan Tanah Bera telah membuat penyerahan bendera Jalur Gemilang kepada semua Ketua Jabatan, wakil Ketua Jabatan dan Badan Berkanun yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Bera, Tuan Mohd Khuzaidi bin Harun sempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Pengibaran Jalur Gemilang Tahun 2020 Peringkat Daerah Bera.
Lihat Berita
Kursus Pengendalian Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA)
JERANTUT, 19 Ogos 2020 - Kursus Pengendalian Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) bagi Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut telah diadakan pada 17 hingga 18 Ogos 2020 bertempat di Makmal Komputer, Kolej Komuniti Jerantut. Kursus telah dihadiri seramai lima belas (15) orang dari pelbagai Bahagian dan Unit di jabatan ini.
Lihat Berita
Ceramah Kesedaran Kesihatan Berkaitan Penyakit-Penyakit Tidak Berjangkit
JERANTUT, 14 Ogos 2020 - Ceramah Kesedaran Kesihatan Berkaitan Penyakit-Penyakit Tidak Berjangkit (Hipertensi dan Diabetes) telah diadakan di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut. Seramai empat puluh (40) kakitangan telah hadir mendengar ceramah tersebut.
Lihat Berita
Kursus Penggunaan dan Pengendalian Peralatan Global Navigation Satellite Systems ( GNSS )
HULU CHEKA, 13 Ogos 2020 - Kursus Penggunaan dan Pengendalian Peralatan Global Navigation Satellite Systems ( GNSS ) telah diadakan di Lata Lang, Hulu Cheka Jerantut. Ianya disertai oleh Penolong Pegawai Tanah dan Pembantu Awam di Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut.
Lihat Berita
Proses Cerapan Arah Kiblat
JERANTUT, 12 Ogos 2020 - Proses Cerapan Menentukan Arah Kiblat telah diadakan di Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut. Proses cerapan telah dilaksanakan oleh Ustaz Mohd Ghazali bin Kamali@Ali, Pembantu Hal Ehwal Islam di Jabatan Mufti Negeri Pahang.
Lihat Berita
Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Bentong
BENTONG, 11 Ogos 2020 - Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat daerah Bentong telah dilancarkan hari ini diringi kejayaan Yang Hormat Pegawai Daerah serta warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Bentong menawan puncak Bukit Raka.
Lihat Berita
Lawatan kerja ke Pusat Pengumpulan Sayur Cameron Highlands
KAMPUNG RAJA, 8 Ogos 2020 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) turun padang melawat ke Pusat Pengumpulan Sayur Cameron Highlands. Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Hj Hasnol Zam Zam bersama 20 orang ahli rombongan meluangkan masa lebih kurang dua jam meninjau operasi pengumpulan sayuran di Cameron Highlands.
Lihat Berita
Kunjungan daripada Pengarah PTG Pahang
TANAH RATA, 7 Ogos 2020 - Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands menerima kunjungan daripada Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Pahang bersama Kumpulan Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah) seluruh negeri Pahang petang tadi. Taklimat penerangan disampaikan oleh Dato' Hj Ishak Md Napis, Pegawai Daerah Cameron Highlands.
Lihat Berita
Kursus Atas Talian : Microsoft Excel
JERANTUT, 11 Ogos 2020 - Kursus atas talian kini menjadi pilihan bagi warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Seramai enam belas (16) pegawai dan kakitangan jabatan telah menyertai kursus ini.
Lihat Berita
Pemangku Raja Pahang putera raja pertama sampai ke puncak Gunung Tahan
LIPIS, 4 Ogos 2020 - Pemangku Raja Pahang, KDYMM Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menjadi putera raja pertama berjaya sampai ke puncak Gunung Tahan di Lipis dekat sini yang merupakan gunung tertinggi di Semenanjung. Menerusi Eksesais Kembara Makmur, ekspedisi memanjat gunung berkenaan bermula pada 1 Ogos lalu dan berakhir hari ini.
Lihat Berita
500 bakul makanan untuk masyarakat Orang Asli Pos Lenjang, Pos Titom
LIPIS, 31 Julai 2020 - Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Pahang mengagihkan 500 bakul makanan kepada ketua isi rumah (KIR) masyarakat Orang Asli di Pos Lenjang dan Pos Titom, yang terputus hubungan, berikutan kejadian kepala air yang menyebabkan kejadian banjir lumpur, Sabtu lalu. Pengarahnya, Johari Alwi, berkata peruntukan JAKOA Malaysia sebanyak RM200,000 di bawah bantuan darurat diterima untuk menyediakan bantuan keperluan asas yang diagihkan secara berperingkat kepada penduduk Orang Asli di dua penempatan terbabit.
Lihat Berita
10 tan makanan untuk penduduk Pos Lenjang
LIPIS, 27 Julai 2020 - Barangan keperluan harian seberat 10 tan dihantar menggunakan helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ke penempatan Orang Asli di Pos Lenjang, di sini yang terputus hubungan selepas kejadian banjir lumpur, kelmarin.Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, Zulkhairi Zainal Abidin, berkata bantuan bencana bernilai RM85,000 itu disediakan sepenuhnya oleh kerajaan Pahang melalui JKM dalam usaha meringankan beban masyarakat Orang Asli di kawasan terbabit.
Lihat Berita
Kursus Penulisan Memo dan Minit Mesyuarat PDT Lipis
LIPIS, 23 Julai 2020 - Kursus Penulisan Memo dan Minit Mesyuarat bagi pembantu tadbir telah dianjurkan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis. Unit Latihan telah menjemput Puan Shahidah binti Sulong, Perunding Latihan Kanan dari INTAN Wilayah Timur (INTIM), Kemaman, Terengganu.
Lihat Berita
Kursus Perkhidmatan Perintah-perintah Am (Bab "A" dan "C")
LIPIS, 7 Ogos 2020 - Kursus Perkhidmatan Perintah-perintah Am (Bab "A" dan "C") Pejabat Daerah dan Tanah Lipis telah diadakan pada 6 dan 7 Ogos 2020 bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis. Kursus ini telah disampaikan oleh En Mohd Hider bin Othman, Penolong Pendaftar Sumber Manusia (KUIPSAS).
Lihat Berita
Mujur Sempat Kejutkan Anak
JERANTUT, 04 Ogos 2020 - Tindakan pantas bapa mengejutkan anaknya yang sedang tidur di bilik belakang ketika rumah mereka terbakar berjaya menyelamatkan nyawa lelaki itu dalam kejadian di Taman Perumahan Kos Rendah Peringkat 3 dan 4 di sini awal pagi semalam.
Lihat Berita
Daulat Tuanku
KUANTAN, 30 Julai 2020 - Merafak sembah dalam menyembahkan ucapan tahniah ke sisi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, Sultan dan Raja Pemerintah bagi Negeri Pahang Darul Makmur serta segala jajahan takluknya sempena memuliakan Hari Ulang Tahun Keputeraan Yang Ke-61.
Lihat Berita
Patuhi SOP
KUANTAN, 29 Julai 2020 - Mematuhi SOP yang telah ditetapkan sepanjang sambutan AidilAdha bakal menjadi penanda ukur bagi memastikan penyebaran wabak dapat dihentikan. Bersama-sama kita menjaga dan mematuhi SOP bagi ksejahteraan semua rakyat.
Lihat Berita
Beri pendedahan,cegah kerosakan
LIPIS, 21 Julai 2020 - Kursus Asas Teknologi Maklumat yang diadakan di Bilik Gerakan PDT Lipis telah berjalan dengan lancar. Kursus ini melibatkan Pembantu Tadbir dari 12 pejabat mukim penghulu sekitar daerah Lipis serta kakitangan yang lain. Kursus ini adalah anjuran bersama Unit Latihan dan Unit Teknologi Maklumat PDT Lipis.
Lihat Berita
Bayar Cukai Tanah 2020 Sebelum 31 Ogos 2020
KUANTAN, 10 Ogos 2020 - Cukai tanah adalah salah satu jenis cukai yang dikutip oleh kerajaan negeri untuk pengurusan hartanah. Bayaran cukai tanah bagi tahun 2020 perlu dijelaskan sebelum 31 Ogos 2020 ini tanpa dikenakan sebarang denda lewat.
Lihat Berita
Tiada Lagi Proses Permohonan Lesen Eksais Daerah Kuantan
KUANTAN, 30 November 2020 - Keahlian Pegawai Daerah Kuantan sebagai Ahli Eksais dan Pengerusi Lembaga Perlesenan Daerah telah terhenti berikutan penguatkuasaan pindaan Akta Eksais 1976.
Lihat Berita
Tindakan SEGERA
KUANTAN, 21 Julai 2020 - Tarikh tutup permohonan mengubah kategori/syarat tanah NIL atau TIADA hampir tiba!
Lihat Berita
Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Bera
BERA, 17 Julai 2020 - Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Bera telah diadakan pada 17 Julai 2020 bertempat di Kolej Komuniti Bera.
Lihat Berita
Bengkel SISPAA PDT Kuantan
KUANTAN, 15-16 Julai 2020 - Selama dua hari pengelolaan Bengkel SISPAA dilaksanakan dengan jayanya di Bilik Gerakan PDT Kuantan. Dengan menempatkan hampir dua puluh (20) peserta yang hadir mewakili unit masing-masing, peserta dapat berkongsi ilmu yang terang dan jelas disampaikan oleh Pengarah Biro Pengaduan Awam Negeri Pahang.
Lihat Berita
KDYMM SPBYDPA melawat mangsa banjir di Chegar Perah
LIPIS, 14 Julai 2020 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan melawat mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Chegar Perah, hari ini.
Lihat Berita
Keberangkatan tiba KDYMM YDPA
LIPIS, 14 Julai 2020 - Merafak sembah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah atas perkenan berangkat ke Pusat Pemindahan Banjir di daerah Lipis. Sri Paduka Baginda juga berkenan untuk beramah mesra dan bergambar bersama kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis sebelum berangkat ke SK Chegar Perah.
Lihat Berita
Hujan Lebat, Enam Kenderaan Tenggelam, Kuala Tahan 'digegar' Kepala Air
JERANTUT 13 Julai 2020 - Belum lagi reda wabak COVID-19 yang masih dalam tempoh pemulihan, Taman Negara Kuala Tahan dekat sini yang baru dibuka kepada umum 'dikejutkan' pula dengan kejadian banjir hari ini.
Lihat Berita
Kutipan Luar Pertama Dalam Tempoh PKPP
KUANTAN, 11 Julai 2020 - Tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dijadualkan akan berakhir pada tanggal 31 Ogos 2020 tidak menjadi penghalang kepada operasi kutipan hasil PDT Kuantan. Dengan terus mengamalkan penjarakan sosial dan penggunaan pelitup muka serta pematuhan kepada SOP yang disarankan, pembayar cukai dilihat begitu prihatin dan memberi kerjasama yang begitu baik sekali.
Lihat Berita
Majlis Menandatangani Perjanjian Sewaan Pejabat Daerah Kecil Genting
BENTONG, 3 Julai - Hari ini sebuah Majlis Menandatangani Perjanjian Sewaan Pejabat Daerah Kecil Genting telah diadakan di Geo Resort and Hotel.
Lihat Berita
Program Pelepasan Petronas Le Tour De Langkawi Peringkat Temerloh-Kuala Lumpur
Temerloh, 9 Februari 2020-Program pelepasan Le Tour De Langkawi telah berlangsung dengan jayanya pada Ahad yang lalu bertempat di Dataran Temerloh. Jadual perjalanan yang bermula dari daerah Temerloh menuju ke Kuala Lumpur yang akan melalui beberapa daerah yang lain sehingga pada kemuncaknya pada 14 Februari di Dataran Lang, Langkawi , Kedah Darul Aman.
Lihat Berita
Keberangkatan KDYMM Pemangku Raja Pahang bagi Lawatan Tidak Rasmi ke Temerloh
Temerloh, 8 Februari 2020-Satu lawatan tidak rasmi ke sekitar lokasi di daerah Temerloh oleh KDYMM Pemangku Raja Pahang pada Sabtu yang lalu. Antara tempat dilawati ialah Pekan Sehari Temerloh, Sungai Pahang, Sangkar Ikan Patin,Bengkel Ukiran Kayu dan lain-lain lagi. Turut serta di dalam lawatan ialah Pegawai Daerah Temerloh yang baru ialah Dato Ali Syahbana bin Sabaruddin.
Lihat Berita
Program Pemantapan Modul Insan Anjuran Kelab Sinar Gemilang
Temerloh, 31 Januari 2020-Satu majlis ceramah agama telah diadakan di Bilik Gerakan PDT Temerloh pada pagi tadi. Seramai 50 kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh telah hadir bagi mendengar sesi perkongsian tersebut. Majlis bersurai pada jam 10.00 pagi dengan lancar.
Lihat Berita
Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Parlimen Temerloh
Temerloh,30 Januari 2020-Satu majlis penyampaian watikah perlantikan JKKK Parlimen Temerloh telah diadakan pada Khamis lalu tepat jam 12.00 tengahari. Majlis ini berlangsung di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh dengan jayanya. Pegawai Daerah Temerloh juga turut hadir di dalam majlis tersebut.
Lihat Berita
Kursus Penggunaan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA)
BERA, 8 Julai 2020 - Kursus Penggunaan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) bagi Pejabat Daerah dan Tanah Bera Anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Bera telah berlansung pada 06 hingga 07 Julai 2020 bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Bera dengan kehadiran peserta seramai 18 orang dari pelbagai bahagian.
Lihat Berita
Majlis Ramah Mesra Menteri Kanan Pertahanan Bersama Fronliners COVID19
BERA, 6 Julai 2020 - Majlis Ramah Mesra Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato' Sri Ismail Sabri merangkap Ahli Parlimen Bera Bersama Fronliners COVID19 Daerah Bera telah diadakan pada 5 Julai 2019 ( Ahad) bertempat Dewan Majlis Daerah Bera, Padang Luas.
Lihat Berita
Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Parlimen Kuala Krau Daerah Temerloh
Temerloh,28 Januari 2020-Satu majlis penyampaian watikah perlantikan JKKK Parlimen Kuala Krau, Temerloh telah diadakan pada Selasa lalu tepat jam 6.00 petang. Majlis ini berlangsung di Kediaman ADUN Kerdau iaitu YB. Dato' Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad dengan jayanya. Pegawai Daerah Temerloh juga turut hadir di dalam majlis tersebut.
Lihat Berita
Program Biasiswa Sekolah Rendah Tahun 2020 Yayasan Pahang
Temerloh, 16 Disember 2019-Satu program biasiswa anjuran Yayasan Pahang telah diadakan di Dewan Tun Razak Temerloh. Program penyampaian biasiswa sekolah rendah tersebut bermula pada jam 2.30 petang. Pegawai Daerah Temerloh juga turut hadir bersama di dalam program itu. Majlis berjalan dengan lancar dan bersurai pada jam 4.00 petang.
Lihat Berita
Program Senamrobik KOSPEN Plus Anjuran PDT Temerloh
Temerloh, 13 Disember 2019-Program Senamrobik KOSPEN Plus telah dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Daerah PDT Temerloh pada Jumaat yang lalu di Taman Bandar Temerloh. Senamrobik tersebut telah diketuai oleh kakitangan Pejabat Kesihatan Temerloh. Kakitangan PDT Temerloh mengikut rentak senamrobik dengan jayanya sehingga selesai tepat jam 10.30 pagi.
Lihat Berita
Program Perhimpunan YAB Menteri Besar Pahang bersama Penjawat Awam Negeri Pahang
Temerloh, 2 Disember 2019-Satu perhimpunan YAB Menteri Besar bersama penjawat awam di Facebook Live telah diadakan di Bilik Gerakan PDT Temerloh. Ketua-ketua jabatan lain turut serta di dalam perhimpunan tersebut. Pegawai Daerah juga turut serta mendengar amanat yang disampaikan oleh YAB Menteri Besar Pahang. Perhimpunan bersurai pada jam 11.00 tengah hari dengan jayanya.
Lihat Berita
PRK Dun Chini
PEKAN, 4 Julai 2020 - 74 peratus daripada 20,816 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab di 13 pusat mengundi semasa berlangsungnya PRK N.23 Chini. PRK DUN Chini turut mencatat sejarah sebagai pilihan raya berlangsung dalam kebiasaan baharu yang membabitkan pelbagai perubahan dibuat susulan pandemik Covid-19.
Lihat Berita
Kami Datang Lagi
JERANTUT, 09 Julai 2020 - Program Kutipan Luar Cukai Tanah Daerah Jerantut bagi tahun 2020 kini datang lagi setelah hampir tiga (3) bulan ditangguhkan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Lihat Berita
Bengkel HRMIS PDT Kuantan
KUANTAN, 06 Julai 2020 - Bermula hari ini, Bengkel HRMIS bagi kakitangan PDT Kuantan bermula. Program yang dijadualkan sehingga 10 Julai 2020 memberi peluang kepada kakitangan PDT Kuantan hadir untuk mengemaskini rekod peribadi.
Lihat Berita
Majlis perpisahan staf Bahagian Pengurusan Daerah
LIPIS, 8 Julai 2020 - Majlis perpisahan bagi staf Bahagian Pengurusan Daerah telah diadakan dalam majlis serba ringkas petang tadi. Majlis ini dihadiri oleh Puan Nur Adibah binti Abdul Talib (Penolong Pegawai Daerah - Bahagian Pengurusan Daerah) dan staf di bahagian ini. Majlis ini adalah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada staf yang telah bersara dan staf yang akan bertukar.
Lihat Berita
Program Perhimpunan Bulanan Bil2/2020 Pejabat Daerah dan Tanah Raub Secara Online
RAUB, 22 Jun 2020 - Buat pertama kalinya, jabatan ini menganjurkan perhimpunan bulanan melalui aplikasi Webex Meeting yang boleh ditonton secara dalam talian oleh warga kerja jabatan ini. Anggota jabatan ini dapat mendengar amanat yang disampaikan oleh YH. Dato' Pegawai Daerah Raub hanya di unit/bahagian masing-masing tanpa perlu berkumpul.
Lihat Berita
Sesi cabutan kerja undi Bil. 2/2020
LIPIS, 3 Julai 2020 - Sesi cabutan kerja undi Bil. 2/2020 telah diadakan secara atas talian menggunakan FB LIVE dari Pejabat Daerah dah Tanah Lipis. Sesi cabutan ini adalah sesi cabutan kedua sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Sebanyak 124 kontraktor berdaftar terlibat dalam sesi kali ini bagi undian 13 projek di seluruh Daerah Lipis.
Lihat Berita
Gotong royong rumah kedai terbakar di Kampung Keledek
LIPIS, 2 Julai 2020 – Program gotong-royong telah diadakan bagi membantu membersih kebakaran rumah kedai binaan separuh kekal dua (2) tingkat yang terlibat dalam kebakaran pada 19 Jun yang lalu. Gotong-royong yang diadakan pada jam 3.00 petang sedikit sebanyak telah meringankan beban yang dihadapi oleh Encik Hasanudin bin Kasim yang merupakan pemilik kedai dan rumah.
Lihat Berita
Dari MATRADE ke Cameron Highlands
TANAH RATA, 5 Julai 2020 - Pagi ini, Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands menerima kunjungan daripada YAB Tan Sri Halim Mohammad, Pengerusi Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE). Beliau bersama ahli rombongannya meluangkan masa mengunjungi jabatan ini bagi mendalami pembangunan di daerah Cameron Highlands.
Lihat Berita
Kursus Penyediaan Laporan Penolong Pegawai Tanah dan Pelan Perakuan Anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Bera
BERA, 30 Jun 2020 - Kursus Penyediaan Laporan Penolong Pegawai Tanah dan Pelan Perakuan Anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Bera telah diadakan pada 30 Jun 2020 (Selasa) bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Bera.
Lihat Berita
Banjir kilat di Benta diberi perhatian segera
LIPIS, 1 Jun 2020 - YB. Dato' Sri Ir. Haji Mohd Soffi bin Tan Sri Abd Razak, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri Benta, ditemani Pengurus Daerah JPS Lipis Dan Pengurus Daerah JPS Jerantut berbincang bagi mencari jalan penyelesaian mengatasi masalah banjir kilat sekitar DN Benta.Beliau bersama rombongan turut melawat kawasan parit dan longkang yang sering menjadi punca berlakunya banjir kilat di situ.
Lihat Berita
Lawatan YB SUK Pahang ke Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Temau
LIPIS, 6 Jun 2020 - Ketua Pegawai Eksekutif PAIP, Tuan Saiful Zaini Bin Mohd Bokhari telah mengiringi lawatan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Dr Sallehuddin Bin Ishak bersama Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang, Dato’ Fadzilla Bin Salleh, dan Pegawai Daerah Lipis, Dato’ Mohd Hafizi Bin Ibrahim ke kawasan sekitar Sungai Temau Daerah Lipis.
Lihat Berita
Majlis penyerahan projek masjid baharu Benta
LIPIS, 9 Jun 2020 - Majlis Penyerahan Projek Masjid Baharu Benta Kuala Lipis, Pahang yang disempurnakan oleh YB Dato Sri Ir. Haji Mohd Soffi Abd Razak, EXCO Kerajaan Negeri Pahang/ ADN Benta disini semalam. Penyerahan Masjid Baharu ini ianya dapat memberi kemudahan dan keselesaan kepada penduduk setempat untuk beribadat dan melakukan aktiviti keagamaan Islam. Penyerahan ini bukti Kerajaan Negeri berterusan memartabatkan agama Islam di negeri ini.
Lihat Berita
Sumbangan bagi mangsa bencana di Mukim Batu Yon 1
LIPIS, 22 Jun 2020 - Pegawai Daerah Lipis iaitu Dato' Mohd Hafizi bin Ibrahim telah menyampaikan sumbangan mewakili Kerajaan Negeri Pahang kepada mangsa bencana di Mukim Batu Yon 1. Turut hadir dalam penyampaian sumbangan itu adalah Encik Mohd Sahlan bin Suran iaitu Penghulu Mukim Batu Yon 1 dan wakil Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Lipis iaitu Puan Norsuriani binti Khamarludin (Pegawai Kebajikan Masyarakat) dan Encik Abdul Manaf bin Bujang (Pen. Pegawai Kebajikan Masyarakat).
Lihat Berita
Sesi Cabutan Kerja Undi Secara Dalam Talian
BERA, 9 Jun 2020 - Sesi Cabutan Kerja Undi Secara Dalam Talian untuk pertama kali telah di laksanakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Bera secara langsung di laman facebook Pejabat Daerah dan Tanah Bera Rasmi.
Lihat Berita
Senarai Kontraktor Berjaya dan Simpanan Bagi Kerja Undi Bil.02/2020 PDT Jerantut
JERANTUT, 30 Jun 2020 - Sesi Cabutan Kerja Undi Secara Dalam Talian bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut. Sesi cabutan telah dijalankan secara langsung melalui Facebook Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut.
Lihat Berita
Program Sumbangan Aidilfitri dan Bantuan Kelab D'LORA
BERA, 20 Mei - Program Sumbangan Aidilfitri dan Bantuan Kelab D'LORA telah di adakan di Perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Bera secara pandu lalu.
Turut hadir Tuan Pegawai Daerah, Tuan Khuzaidi bin Hassan bagi memberi sumbangan kepada semua kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Bera.
Sumbangan tersebut adalah untuk meringankan beban kakitangan dalam menghadipi Covid 19 dan menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Lihat Berita
Sesi Kerja Undi Bil.02/2020 PDT Jerantut Secara Dalam Talian
JERANTUT, 30 Jun 2020 - Bahagian Pembangunan Daerah, Pejabat Daerah Dan Tanah Jerantut sekali lagi telah mengadakan satu sesi Cabutan Kerja Undi Secara Dalam Talian Bil.02/2020 yang dipaparkan secara langsung di laman Facebook Rasmi Pejabat Daerah Dan Tanah Jerantut.
Lihat Berita
Kea Farm dibuka, pengunjung dan peniaga patuhi SOP
KEA FARM, 19 Jun 2020 - Sekiranya bercuti di pusat peranginan Cameron Highlands, pengunjung pastinya tidak melepaskan peluang untuk meluangkan masa membeli-belah di Kea Farm. Pastinya percutian tidak lengkap sekiranya tidak mengunjungi tempat tumpuan ramai itu.
Lihat Berita
Cabutan Kerja Undi Sebutharga Daerah Kuantan
KUANTAN, 10 Jun 2020 - Unit Pembangunan Luar Bandar Pejabat Daerah Kuantan menjalankan operasi Cabutan Kerja Undi Sebutharga bagi daerah Kuantan di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan. Dengan mengamalkan dan pematuhan SOP di kalangan yang hadir, situasi dilihat terkawal dan lancar.
Lihat Berita
Program Kutipan Barang Kitar Semula bersama SWCorp
BENTONG, 11 Jun - Satu Program Kutipan Barang Kitar Semula "Trash to Cash" telah diadakan oleh pihak SWCorp di Pejabat Daerah dan Tanah Bentong hari ini.
Lihat Berita
Senarai Kontraktor Berjaya dan Simpanan Bagi Kerja Undi PRE 2020 PDT Jerantut
JERANTUT, 12 Jun 2020 - Pada 10 Jun 2020 (Rabu), telah diadakan satu sesi Cabutan Kerja Undi Secara Dalam Talian bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut.
Lihat Berita
Usahawan Cili Besar Sg Panching Selatan, Kuantan
KUANTAN, 3 Jun 2020 – Menyantuni lawatan kerja YB Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan I ke Kuantan sekali gus merasmikan Projek Anak Muda Paya Besar dengan penanaman cili besar secara fertigasi di Felda Sungai Panching Selatan.
Lihat Berita
Sesi Cabutan Kerja Undi Secara Dalam Talian Pejabat Daerah Dan Tanah Jerantut
JERANTUT, 10 Jun 2020 - Bahagian Pembangunan Daerah, Pejabat Daerah Dan Tanah Jerantut telah mengadakan satu sesi Cabutan Kerja Undi Secara Dalam Talian yang dipaparkan secara langsung di laman facebook rasmi Pejabat Daerah Dan Tanah Jerantut.
Lihat Berita
Diganti PKPP, Rakyat Diberi Sedikit Kelonggaran
KUANTAN, 7 Jun 2020 - Kerajaan melalui Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun hingga 31 Ogos ini bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Lihat Berita
Kad Raya Pengganti Diri
KUANTAN, 27 Mei 2020 - Serahan kad raya pengganti diri dari Pemangku Raja Pahang. Menjunjung kasih ke sisi Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkenan mengirim kad ucapan Hari Taya Aidilfitri kepada rakyat Pahang.
Lihat Berita
Bertugas di Aidilfitri demi negara
RINGLET, 24 Mei 2020 - Demi negara, sebahagian besar petugas barisan hadapan perlu bertugas pada 1 Syawal atau Hari Raya Pertama Aidilfitri. Pastinya suasana norma baharu ini menciptakan suatu kelainan kepada semua umat Islam ketika seluruh dunia sedang memerangi penularan wabak Covid-19.
Lihat Berita
Lanjutan Tempoh Permohonan Mengubah Kategori Dan Syarat Nyata
KUANTAN, 10 Ogos 2020 - Permohonan mengubah kategori penggunaan dan syarat nyata ‘Nil’ atau ‘Tiada’ tidak diluluskan secara otomatik. Oleh yang demikian, pemilik tanah kategori dan syarat nyata ‘Nil’ atau ‘Tiada’ yang MEMILIH untuk memohon hendaklah mengemukakan permohonan lengkap kecuali bagi dokumen yang melibatkan gadaian dan kaveat yang mungkin memerlukan sedikit masa. Pemohon boleh menghantar dahulu dokumen lain bagi mengelakkan kelewatan mengemukakan permohonan sebelum 31 Ogos 2020.
Lihat Berita
Kembali Kepada Rutin Dalam Tempoh PKPB
KUANTAN, 27 Mei 2020 - Operasi kaunter PDT Kuantan kembali meneruskan rutinnya setelah bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri sehingga 26 Mei 2020. Menyaksikan sebilangan besar rakyat Kuantan hadir menunaikan tanggungjawab masing-masing melunaskan bayaran cukai tanah yang masih berbaki tidak kurang dari 60 hari lagi.
Lihat Berita
Anda Pembayar Cukai Tanah Terawal Di Daerah Jerantut
JERANTUT, 26 Mei 2020 - Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut telah menyampaikan cenderamata kepada pembayar-pembayar cukai tanah terawal di Daerah Jerantut bagi tahun 2020 pada 21 Mei 2020.
Lihat Berita
Tempoh Bayaran Cukai Tanah 2020 Dilanjutkan
KUANTAN, 25 Mei 2020 - Kerajaan Negeri Pahang melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) Ke-20/2020 bertarikh 20 Mei 2020 telah bersetuju melanjutkan tempoh bayaran cukai tanah bagi tahun 2020 sehingga 31 Julai 2020.
Lihat Berita
Majlis Khatam Al-Quran
KUANTAN, 20 Mei 2020 - Bertempat di Bilik Gerakan PDT Kuantan, YM Tengku Dato' Norasmaliza menjadi host kepada Majlis Khatam Al-Quran sempena setahun kemangkatan Al-Marhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatudin Al-Mu'adzam Shah.
Lihat Berita
Panduan Majikan Dan Pekerja Dalam Pembaharuan Norma Baharu
KUANTAN, 20 Mei 2020 - Berikutan penularan wabak Covid-19, Kementerian Sumber Manusia dengan ini menasihati pekerja dan majikan agar dapat mengguna pakai seksyen-seksyen di bawah Akta Kerja 1955 sebagai panduan berkaitan wabak itu.
Lihat Berita
Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam Negeri Pahang Atas Talian
KUANTAN, 15 Mei 2020 – YB Setiausaha Kerajaan Pahang mengambil kesempatan sempena Ramadhan yang mulia ini untuk melaksanakan Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam Negeri Pahang walau pun semua telah maklum tentang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang perlu dipatuhi sehingga 9 Jun akan datang. Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam Pentadbiran Negeri Pahang telah mengumpulkan lebih 450 penjawat awam dari seluruh Negeri Pahang melalui sidang video dengan penggunaan aplikasi Cisco Webex.
Lihat Berita
SOP Mengunjungi Kaunter PDT Kuantan Terus Dipatuhi
KUANTAN, 12 Mei 2020 - Pelanggan yang mengunjungi kaunter PDT Kuantan terus akur dan patuh kepada SOP yang telah ditetapkan. Kakitangan yang bertugas bagi proses mengambil suhu badan serta pendaftaran pelanggan begitu komited dengan tugas yang turut memastikan penjarakkan sosial dipatuhi.
Lihat Berita
TNB Pahang Sumbang Zakat
KUANTAN, 13 Mei 2020 - YM Tengku Dato' Norasmaliza menerima replika cek sumbangan zakat dari TENAGA Nasional Berhad (TNB) berjumlah RM10 ribu yang disampaikan Pengurus Perancangan TNB Pahang, En Razman Abas. Acara penyerahan turut disaksikan barisan pegawai PDT Kuantan.
Lihat Berita
Hari Pertama Pembukaan Kaunter PDT Kuantan
KUANTAN, 5 Mei 2020 - Hari pertama pembukaan kaunter operasi di Unit Hasil, Unit Pendaftaran dan Unit Pembangunan Tanah PDT Kuantan menyaksikan bilangan pelanggan yang hadir dengan mematuhi prosedur Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan tertib. Bukan sahaja di kalangan kakitangan yang bertugas malah turut sama dipatuhi pelanggan yang mengunjungi kaunter untuk sebarang urusan.
Lihat Berita
PM : PKPB Dilanjutkan Sehingga 9 Jun 2020
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan empat minggu lagi sehingga 9 Jun ini. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia ini bermakna semua prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan di bawah PKPB akan berkuat kuasa sehingga tarikh berkenaan.
Lihat Berita
Kenyataan Media YB Setiausaha Kerajaan Pahang Mengenai PKPB
KUANTAN, 8 Mei 2020 - Bagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seperti yang diputuskan Kerajaan Persekutuan, Pihak Berkuasa Negeri (PBN) bersama Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) yang bermesyuarat pada 8 Mei 2020 memutuskan supaya semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melaksanakan syarat-syarat pengoperasian dan aktiviti yang dibenarkan seperti berikut:
Lihat Berita
Salam Nuzul Al-Quran 1441H
TANAH RATA, 10 Mei 2020 - Seluruh warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands mengucapkan Salam Nuzul Quran buat semua umat Islam di Malaysia. Marilah kita sama-sama menghayati dan mengambil iktibar dari peristiwa Nuzul Al-Quran ini.
Lihat Berita
Ekonomi Cameron Highlands dibuka semula
TANAH RATA, 9 Mei 2020 - Semalam Kerajaan Negeri Pahang telah bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang menekankan kepada aspek penguatkuasaan termasuk membabitkan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dilaksanakan.
Lihat Berita
Hari Pertama Operasi Kaunter Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
JERANTUT, 5 Mei 2020 - Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut telah membuka Kaunter Secara Bersyarat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini, 5 Mei 2020 (Selasa). Segala perjalanan bagi urusan masih kekal dengan mengikut SOP yang telah disediakan.
Lihat Berita
Makluman Pembukaan Kaunter PDT Kuantan
KUANTAN, 5 Mei 2020 - PDT Kuantan memulakan operasi kaunter dengan bilangan pegawai dan kakitangan yang terhad bagi membolehkan orang ramai mula berurusan. Namun begitu, perjalanan bagi urusan hendaklah kekal dengan mengikut SOP yang telah disediakan.
Lihat Berita
Pahang Tangguh Laksana PKPB
KUANTAN, 03 Mei 2020 - Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan penangguhan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hingga keputusan dicapai pada mesyuarat mingguan Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri tanggal 8 Mei 2020 ini.
Lihat Berita
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Mulai 4 Mei 2020
Perdana Menteri mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB) bermula 4 Mei 2020 ini dengan memberi peluang bagi sebahagian sektor ekonomi dan sosial dibuka semula. Perkara ini diumumkan melalui perutusan khas sempena sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei 2020.
Lihat Berita
Sumbangan barangan keperluan asas kepada ahli Badan Kebajikan dan Rekreasi PDT Lipis
LIPIS, 2 April 2020 - Pengagihan sumbangan berbentuk barangan keperluan asas kepada semua ahli Badan Kebajikan dan Rekreasi Pejabat Daerah dan Tanah Lipis (BAHARU) telah bermula pada jam 9.00 pagi tadi. Ini adalah cetusan idea Yang Di Pertua bersama-sama ahli jawatankuasa badan kebajikan bagi membantu semua ahli. Sumbangan mula diagihkan di lobi Pejabat Daerah dan Tanah Lipis mulai hari ini sehingga 4 April 2020.
Lihat Berita
Meninggal dunia kerana sakit jantung, bukan kelaparan
LIPIS, 15 APRIL 2020 - Warga emas yang tular di laman sosial kerana ditemui terbaring dalam keadaan lemah di tepi jalan di Lipis, Isnin lalu, disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung. Ketua Polis Daerah Lipis, Supt Azli Mohd Noor, berkata bedah siasat terhadap Lai Fah Kuen 72, telah dilakukan di Hospital Kuala Lipis semalam, bagi mengenal pasti punca kematian.
Lihat Berita
Sumbangan wang tunai kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah Lipis
LIPIS, 18 April 2020 - Ketua Penolong Pegawai Tanah, Encik Azmil bin Hadid telah mewakili Pegawai Daerah Lipis untuk menerima sumbangan wang tunai RM 1000. Sumbangan itu diserahlan oleh YH Dato' Mohd Hafizi Bin Ibrahim, Yang Di-Pertua (YDP) Majlis Daerah Lipis.
Lihat Berita
Perubahan waktu operasi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Lipis
LIPIS, 25 April 2020 - Berikutan situasi terkini bilangan kes COVID-19 di Daerah Lipis yang telah bertambah baik, waktu operasi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di Pejabat Daerah dan Tanah Lipis akan dipendekkan dari beroperasi selama 24 jam kepada 7 jam iaitu bermula jam 10.00 pagi hingga ke 5.00 petang.
Lihat Berita
Arahan 'Work From Home' dilaksanakan
TANAH RATA, 22 April 2020 - Arahan pelaksanaan 'Work From Home' diamalkankan di Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands. Hari ini Dato' Pegawai Daerah Cameron Highlands mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan Bil 1/2020.
Lihat Berita
Petugas barisan hadapan terus dihargai
TANAH RATA, 21 April 2020 - Petugas barisan hadapan yang bekerja keras dalam menangani penularan wabak COVID-19 terus dihargai dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands pagi tadi.
Lihat Berita
Agihan Topeng Muka Bantu Cegah Wabak JKKK Mukim Kuala Kuantan 2
KUANTAN, 21 April 2020 - Dengan terus kekal dan patuhi prosedur yang ditetapkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, Pengerusi dan Setiausaha di 21 JKKK jajahan dalam Mukim Kuala Kuantan 2 mengambil dan menerima bantuan kit keselamatan yang disalurkan melalui Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan iaitu topeng muka (face mask).
Lihat Berita
Program Sanitasi Awam Dan Pencegahan Denggi Daerah Kuantan
KUANTAN, 21 April 2020 - Program Sanitasi Awam Dan Semburan Asap Mencegah Denggi terus dilaksana bagi mencegah penularan wabak COVID 19 serta mengelakkan kes denggi terus meningkat.
Lihat Berita
PKP Lanjut Lagi
Perdana Menteri mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi bermula 29 April hingga 12 Mei 2020. Ini bermakna PKP kini mulai terjah fasa keempat.
Lihat Berita
Pemangku Raja Pahang Saksi Sendiri Agihan Bantuan
KUANTAN, 25 April 2020 - Skuad Bencana Negeri Pahang yang sedang menyediakan agihan makanan di sekitar Jalan Wong Ah Jang dan Pasar Besar menerima kejutan tatkala Pemangku Raja Pahang mencemar duli untuk bersama-sama mereka.
Lihat Berita
Perubahan Waktu Operasi PKOB Jerantut sempena bulan Ramadhan
JERANTUT, 24 April 2020 - Sempena bulan Ramadhan, waktu operasi di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Jerantut berkaitan dengan Wabak Covid-19 telah berubah mulai 25 April 2020 (Sabtu).
Lihat Berita
Program Lawatan Tinjauan Operasi Sanitasi Awam Daerah Bera
BERA, 18 April -Program Lawatan Tinjauan Operasi Sanitasi Awam Daerah Bera telah di rasmikan oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato' Sri Dr Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib di Perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Bera.
Lihat Berita
COVID 19 : PM Umum PKP Dilanjut Sehingga 28 April 2020
Kerajaan Malaysia memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi menjadikan tarikh akhir adalah 28 April 2020 ini.
Lihat Berita
PKP : YB SUK Tinjau Operasi PKOB Daerah Kuantan
KUANTAN, 14 April 2020 - Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) yang beroperasi 24 jam di Bilik Gerakan PDT Kuantan telah menerima kunjungan dari YB Setiausaha Kerajaan Pahang bersama rombongannya.
Lihat Berita
PKP : Kuantan Sertai Persediaan Agihan Topeng Muka
KUANTAN 10 April 2020 - Menyantuni individu dan keluarga yang terkesan akibat PKP ketika ini, kakitangan PDT Kuantan telah sama-sama menggembleng tenaga bagi membantu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bagi membungkus topeng muka yang bakal diagihkan nanti.
Lihat Berita
COVID 19 : Daerah Kuantan Terbaharu Diisytiharkan Zon Merah
KUANTAN, 09 April 2020 - Tiada daya untuk menikmati situasi harmoni pada hari-hari biasa akibat Perintah Kawalan Pergerakan yang diarahkan, daerah Kuantan pula menjadi daerah terbaharu di Pahang yang dikategorikan sebagai zon merah.
Lihat Berita
PKP : Tiada Bazar Ramadhan
KUANTAN, 08 April 2020 - Tiada lagi penganjuran bazar Ramadhan menjelang sambutan Ramadhan yang bakal tiba di seluruh Pahang, demikian keputusan yang dibuat Kerajaan Negeri demi memastikan rantaian jangkitan COVID 19 diputuskan.
Lihat Berita
Hari Kesihatan Sedunia 2020
Terkesan dengan penularan wabak COVID 19 pada masa ini, sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2020 membuka mata semua pihak.
Lihat Berita
PKP : Bandar Kuantan Moga Terus Dirahmati
KUANTAN, 27 Mac 2020 - Bagi memastikan wabak COVID 19 tidak terus menular di kalangan penduduk, daerah Cameron Highlands mula menyekat serta menguatkuasakan larangan aktiviti selepas 7 malam sehingga 7 pagi. Langkah bijak dan berhemah ini juga telah diambil bagi daearah Kuantan, Pekan, Jerantut, Temerloh dan Bentong mulai 21 Mac 2020 seperti diumum YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy.
Lihat Berita
COVID 19 - Info On Wheels Di Bukit Goh, Kuantan
KUANTAN, 23 Mac 2020 - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang meliputi 11 daerah di Negeri Pahang mencapai 95 hingga 99 peratus bagi tahap pematuhan di kalangan masyarakat. Pencapaian yang dianggap begitu baik ini diharap agar berterusan bagi memastikan pencegahan penularan wabak COVID 19.
Lihat Berita
COVID 19 - Edaran Bantuan Bermula
KUANTAN, 30 Mac 2020 - PDT Kuantan menjadi tumpuan lagi pagi ini apabila kakitangannya serta kakitangan MPK sekali lagi berkumpul untuk tujuan agihan bantuan kepada penerima.
Lihat Berita
COVID 19 - Persediaan Agihan Bantuan Tertumpu Di PDT Kuantan
KUANTAN, 28-29 Mac 2020 - Pakej bantuan yang diberikan kerajaan negeri menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat tidak dapat disangkal lagi. Kerajaan selagi mampu akan memberikan bantuan dengan apa cara sekali pun keada golongan yang terjejas sumber pendapatan sewaktu penularan wabak COVID 19 ini.
Lihat Berita
Kajian Pergerakan Orang Awam Dalam Tempoh PKP Di Negeri Pahang
KUANTAN, 31 Mac 2020 - Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pahang sedang menjalankan soal selidik bertajuk Kajian Pergerakan Orang Awam Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Negeri Pahang terutamanya di kawasan Kuantan, Pekan, Bera, Jerantut dan Raub.
Lihat Berita
COVID 19 : Tiada Paksaan Pemotongan Gaji Penjawat Awam
KUANTAN, 27 Mac 2020 - Penjawat awam Pahang membuktikan rasa tanggungjawab dan keprihatinan dengan bersedia memotong gaji untuk disumbangkan kepada Tabung Covid-19 yang dilancarkan.
Lihat Berita
COVID 19 : Rakyat Malaysia Peroleh Manfaat
KUANTAN, 27 Mac 2020 - Menjejaki hari ke-10 Perintah Kawalan Pegerakan (PKP), fokus rakyat bukan sahaja kepada pelanjutan tempoh PKP yang telah dilanjutkan. Malah pengumuman pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat yang dijangka lebih menyeluruh lebih menarik perhatian rakyat.
Lihat Berita
COVID 19 : Pemandu Teksi Mendapat Perhatian YAB MB
KUANTAN, 26 Mac 2020 - Pemandu teksi di Kuantan bertuah kerana telah mendapat perhatian sewajarnya dari pihak kerajaan negeri bagi menghadapi situasi penularan COVID 19 ini. Menteri Besar Pahang menyampaikan sumbangan kepada barisan pemandu teksi di Kuantan yang turut terjejas sumber pendapatan mereka secara pandu lalu di Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Kuantan.
Lihat Berita
COVID 19 : PKP Dilanjutkan Sehingga 14 April 2020
KUANTAN, 25 Mac 2020 - Rakyat Pahang dimohon sentiasa bersedia untuk duduk di rumah dalam tempoh jangka masa yang lebih lama berikutan penularan wabak COVID 19 yang tidak menunjukkan sebarang penurunan.
Lihat Berita
COVID 19 : Sumbangan Bagi Warga Kuantan Mula Diagih
KUANTAN, 24 Mac 2020 - Menyantuni golongan yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac 2020, kegusaran rakyat yang berdepan dengan kekangan ekonomi susulan penularan wabak COVID 19 tetap mendapat perhatian sewajarnya.
Lihat Berita
Kerajaan Negeri Cakna Rakyat
KUANTAN, 23 Mac 2020 - Keprihatian Kerajaan Negeri dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dengan meluluskan peruntukan khas sebanyak RM3.587 juta menjadi bukti rakyat terus menjadi entiti utama yang perlu diambil berat. Bantuan khas ini dilihat mampu meringankan beban rakyat akibat PKP.
Lihat Berita
Kenyataan Media YAB MB Pahang : Perintah Kawalan Pergerakan
KUANTAN, 18 Mac 2020 - Perkembangan dan perkhabaran yang diterima akibat penularan wabak COVID-19 bukanlah sesuatu yang menggembirakan rakyat Pahang khasnya dan rakyat Malaysia amnya. Langkah-langkah tegas dan komitmen sepenuhnya adalah diperlukan dari semua golongan bagi memastikan wabak tidak merebak. Hayati dan ambil berat saranan YAB MB Pahang.
Lihat Berita
Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah Jerantut DIAKTIFKAN
JERANTUT, 18 Mac 2020 - Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Jerantut telah DIAKTIFKAN bermula pada 18 Mac 2020 '
Lihat Berita
Kenyataan Media YAB MB Pahang : Saranan Dapat Kurangkan Beban Tanggungan
KUANTAN, 19 Mac 2020 - Kerajaan berharap Malaysia akan bebas dari bencana koronavirus (Covid-19) selepas tempoh dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan yang mula dilaksanakan hari ini.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah-langkah tegas perlu terus diambil untuk membendung wabak Covid-19 daripada terus merebak sehingga menjadi lebih parah lagi.
Lihat Berita
Arahan YB Setiausaha Kerajaan Pahang Sempena Perintah Kawalan Pergerakan
KUANTAN, 17 Mac 2020 - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik. Ia membawa maksud ianya adalah wabak penyakit yang tersebar dengan begitu meluas merentasi sempadan, malah hingga ke seluruh dunia.
Lihat Berita
Makluman Penutupan Operasi PDT Kuantan
Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam adalah bukan Perintah Berkurung namun ianya adalah demi keselamatan negara dan orang ramai.
Lihat Berita
Kaunter Jom Bayar Cukai di Kea Farm
KEA FARM, 11 Mac 2020 - Cukai tanah ialah bayaran yang dikenakan setiap tahun sebagai cukai ke atas tanah yang diberimilikan. Membayar cukai tanah adalah tanggungjawab pemilik tanah. Sehubungan itu, Unit Hasil, Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands mengambil inisiatif dengan telah turun padang bagi memudahkan orang awam membayar cukai tanah masing-masing.
Lihat Berita
Cameron Night Run 2020
TANAH RATA, 20 Februari 2020 - Penganjuran edisi kedua CAMRUN disambut meriah dengan kehadiran pelari-pelari yang mengambil bahagian dalam larian sejauh 5KM, 10KM dan 21KM atau half marathon. Uniknya edisi kali ini diadakan pada 20 Februari 2020 atau 20-02-2020. Acara ini bermula jam 12 tengah malam di mana para pelari merasai kesejukan angin malam dari Tanah Tinggi Cameron.
Lihat Berita
1,500 pokok ditanam dalam proses pemulihan Sungai Ichat
SUNGAI ICHAT, 16 Februari 2020 - Seramai 300 orang terdiri daripada kakitangan kerajaan persekutuan dan negeri, ahli-ahli persatuan badan uniform serta para pelajar daripada sekolah sekitar daerah Cameron Highlands hadir bagi menanam lebih 1,500 anak pokok di sekitar 3 hektar kawasan Hutan Simpan Sungai Ichat, Kuala Terla.
Lihat Berita
Ke arah mewujudkan penyediaan kemudahan awam kampung yang lebih efisen
LIPIS, 13 Mac 2020 - Taklimat Projek Penentuan Sempadan Kampung dan Penandaan Kedudukan Spatial Kemudahan Awam Kampung di Semenanjung Malaysia dan Labuan telah berlangsung bermula 10 sehingga 13 Mac 2020 di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis. Taklimat ini disertai oleh 12 orang penghulu mukim, pengerusi dan setiausaha daripada 81 buah JKKK di seluruh daerah Lipis.
Lihat Berita
Merapoh Cave Run and Fun Run 2020
LIPIS, 15 Februari 2020 - Merapoh Cave Run and Fun Run 2020 telah berlangsung di Merapoh, Lipis. Larian tersebut turut disertai oleh YH Dato' Mohd Hafizi bin Ibrahim dan keluarga. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari peserta tempatan dan luar. Seramai 400 peserta telah menyertai larian tersebut.
Lihat Berita
Warga asing lombong emas haram dicekup di Hutan Simpan Aur Gading
LIPIS, 14 Mac 2020 - Aktiviti perlombongan haram di Hutan Simpan Aur Gading, Kuala Lipis terbongkar susulan penahanan tiga warga asing, kelmarin. Serbuan dilakukan Unit Penguatkuasaan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) di Kompartment 17 hutan itu, berdekatan Sungai Leboh.
Lihat Berita
Kemenangan Bermotivasi Untuk Kelab DATA Baru
TEMERLOH, 5 Mac 2020 - Perlawanan persahabatan antara Kelab DATA Baru, Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut dengan Kelab Sinar Gemilang, Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh telah diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh pada malam tadi.
Lihat Berita
Biar Kami Datang Kepada Anda
ULU TEMBELING, 4 Mac 2020 - Program Kutipan Luar Cukai Tanah Daerah Jerantut bagi tahun 2020 telah bermula. Program "Biar Kami Datang Kepada Anda" telah bermula pada 17 hingga 21 Februari 2020.
Lihat Berita
Ancaman Kebakaran, Kakitangan PDT Kuantan Diberi Pendedahan Awal
KUANTAN, 18 Februari 2020 - Langsung tidak dapat dinafikan kebakaran dan keselamatan tidak dapat dipisahkan. Bertujuan untuk memberi pendedahan asas kepada warga PDT Kuantan, taklimat keselamatan diadakan dengan mendapat kerjasama sepenuhnya kakitangan terlibat. Benar kata bijak pandai, api semasa kecil menjadi kawan, semasa besar menajdi lawan.
Lihat Berita
Pelucutan Hakmilik Daerah Kuantan (Rampasan)
Cukai tanah perlu dijelaskan bagi setiap Pemilik Tanah Berdaftar atau wakil bagi pihaknya bertanggungjawab untuk menjelaskan cukai tanah yang bermula 1 Januari sehingga 31 Mei bagi tiap tahun.
Lihat Berita
Mesyuarat Agung Pertubuhan Kebajikan Kakitangan ( D'lora ) Pahang Buat Kali Ke-7 Tahun 2020.
BERA, 8 Feb 2020 - Pertubuhan Kebajikan Kakitangan ( D'lora ) iaitu Kelab Kebajikan Pejabat Daerah dan Tanah Bera telah
mengadakan Mesyuarat Agung buat kali ke - 7 bagi Tahun 2020.
Lihat Berita
Kursus Outreach PDT Kuantan Capai Matlamat
KUANTAN, 14 Februari 2020 - Kursus Outreach bagi kakitangan PDT Kuantan memberi impak yang besar dengan aktiviti penanaman pokok di sekitar premis jabatan bermula seawal jam 8 pagi.
Lihat Berita
Program Engagement Bersama Pekebun
TANAH RATA, 13 Februari 2020 - Program Engagement bersama pekebun-pekebun di Lembah Bertam telah diadakan bertempat di Dewan Serbaguna, Lembah Bertam dengan kehadiran seramai 100 orang pekebun di kawasan tersebut. Program ini dilaksanakan bagi memenuhi hasrat kerajaan dalam menjayakan misi untuk kelestarian Cameron Highlands melalui program-program berbentuk Jiwa Murni.
Lihat Berita
Keberangkatan KDYMM Pemangku Raja Pahang Bagi Lawatan Tidak Rasmi Ke Daerah Jerantut
JERANTUT, 7 Februari 2020 - KDYMM Pemangku Raja Pahang berkenan membuat lawatan tidak rasmi ke Daerah Jerantut. Baginda telah mencemar duli untuk menunaikan solat Jumaat bersama-sama para jemaah yang lain di Masjid Tengku Ahmad, Jerantut.
Lihat Berita
Majlis Jasamu Dikenang, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 dan Majlis Perpisahan Pegawai Daerah Jerantut
JERANTUT, 6 Februari 2020 - Majlis Jasamu Dikenang, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2019 dan Majlis Perpisahan Pegawai Daerah Jerantut telah diadakan serentak di Dewan Banquet, Majlis Daerah Jerantut. Turut hadir bersama ke majlis adalah Pegawai Daerah Jerantut yang baru iaitu Puan Khairun Nissa binti Aris.
Lihat Berita
Gotong Royong Bersihkan Kolam Ikan PDT Kuantan
KUANTAN, 13 Februari 2020 - Aktiviti pada awal tahun ini yang bukan sahaja dapat mengeratkan silaturrahim antara kakitangan malah turut dapat menanamkan rasa kecintaan terhadap keindahan ruang lobi jabatan.
Lihat Berita
Pelantikan Pengerusi JKKK Daerah Bentong
BENTONG, 30 Januari - Satu majlis penyampaian watikah pelantikan pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) telah diadakan pagi ini bertempat di Pejabat Daerah dan Tanah Bentong.
Lihat Berita
Majlis Penutup LTdL Peringkat 4
BENTONG, 10 Februari - Cuaca bukan halangan. Itulah yang dapat dikatakan tentang Majlis Penutup Le Tour de Langkawi Peringkat 4 yang diadakan di Genting Highlands hari ini. Meskipun keadaan lokasi diliputi kabus tebal, majlis bertambah meriah dengan keberangkatan tiba KDYMM Pemangku Raja Pahang berkenan mencemar duli ke majlis ini.
Lihat Berita
Majlis penghargaan dan Makan Malam Serta Penyampaian Watikah Pelantikan Pengerusi JKKK Tahun 2020 dan Sumbangan Kerajaan Negeri pahang Bagi Daerah Bera
BERA, 1 Feb 2020 - Seramai 19 orang Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung ( JKKK) Daerah Bera yang di adakan di Dewan Cemerlang, Majlis Daerah Bera pada 31 Januari 2020 yang telah disampaikan oleh Dato' Yang Berhormat Dato' Sri Norol Azali bin Sulaiman.
Lihat Berita
Pelantikan dan Pertukaran 17 Pegawai Kerajaan Negeri
KUANTAN, 03 Februari 2020 : Kerajaan Negeri membuat pelantikan dan pertukaran melibatkan 17 Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Pentadbiran Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pahang di negeri ini.
Lihat Berita
Watikah Pelantikan Pengerusi JKKK Tahun 2020 Daerah Kuantan
KUANTAN, 30 Jan 2020 - Seramai 64 orang Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung ( JKKK) Daerah Kuantan menerima watikah pelantikan yang membuktikan barisan pemimpin masyarakat ini adalah mewakili aspirasi kerajaan negeri dalam memacu Pahang makmur dan sejahtera.
Lihat Berita
Bengkel Penyediaan Sasaran Kerja Tahunan Tahun 2020 PDT Kuantan
KUANTAN, 21 - 31 Jan 2020 - Memenuhi ruang Bilik Perbincangan BKP, warga PDT Kuantan berhimpun mengikut giliran bagi menyiapkan SKT masing-masing bagi tahun 2020. Mengambil peluang dan ruang yang ada merupakan antara insiatif BKP bagi memastikan warga PDT Kuantan menyumbang kepada KPI Pegawai Daerah Kuantan.
Lihat Berita
PDT Kuantan Sahut Usaha Martabatkan Tulisan Jawi
KUANTAN, 24 Januari 2020 - PDT Kuantan menyahut seruan Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu yang mula serius dalam memartabatkan usaha memperkasakan tulisan jawi sebagai agenda nasional. Dengan itu, papan tanda premis kerajaan yang dihuni warga PDT Kuantan juga mula berubah wajah.
Lihat Berita
Taklimat Pindaan Cukai Tanah (PCT) Daerah Cameron Highlands
TANAH RATA, 17 Januari 2020 - Taklimat Perlaksanaan Semakan Kadar Cukai Tanah bagi daerah Cameron Highlands telah berlangsung pada pagi tadi bertempat di Dewan SMK Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata. Program ini turut diadakan secara serentak melibatkan semua daerah dalam Negeri Pahang telah dihadiri oleh pekebun-pekebun, wakil dari jawatankuasa penduduk serta pemimpin masyarakat.
Lihat Berita
Hari Bertemu Pelanggan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis
LIPIS, 17 Januari 2020 - Hari Bertemu Pelanggan bersama Pejabat Daerah dan Tanah Lipis dan Majlis Daerah Lipis telah diadakan di Dewan Residen Kuala Lipis kira-kira jam 10.00 pagi. Program ini adalah bertujuan untuk memberi penjelasan mengenai kadar cukai tanah tahun 2020 dan penjelasan mengenai caj dan fi pihak berkuasa tempatan.
Lihat Berita
Pejabat Pentadbiran Daerah Kecil Jelai telah beroperasi
LIPIS, 15 Januari 2020 - Pejabat Pentadbiran Daerah Kecil Jelai (Pejabat Sementara) telah mula beroperasi di bangunan Balai Perjumpaan Kg Bukit Betong, Mukim Batu Yon 1 (berhadapan SK Batu Yon, bersebelahan Balai Penghulu Mukim Batu Yon 1).
Lihat Berita
Lega dan gembira terima sumbangan Menteri Besar Pahang
LIPIS, 11 Januari 2020 - Perasaan lega dan gembira terukir di wajah Encik Ahmad Khalidan Mohamad semasa menerima sumbangan mewakili cucunya yang kurang upaya daripada Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail hari ini. Ahmad Khalidan, 61, yang menjaga Muhammmad Aiman Abdullah, 15, sejak lahir berkata, sumbangan ini akan digunakan untuk rawatan cucunya di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
Lihat Berita
Semakan semula kadar cukai tanah tidak membebankan
LIPIS, 11 JANUARI 2020 - Semakan semula kadar cukai tanah di negeri ini bermula tahun ini tidak membebankan golongan masyarakat berpendapatan rendah. Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ini kerana kadar cukai tanah di negeri ini merupakan kadar paling rendah jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain.
Lihat Berita
Insentif RM200 bagi pasangan berkahwin di Negeri Pahang
LIPIS, 11 Januari 2020 - Kerajaan Negeri memperuntukkan RM2.8 juta untuk bayaran insentif bagi perkahwinan kali pertama kepada rakyat negeri ini bermula 1 Januari. Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, peruntukan sebanyak RM200 ini akan diberikan kepada setiap pasangan tertakluk kepada syarat-syarat dan garis panduan yang ditentukan.
Lihat Berita
Menteri Besar Pahang luangkan masa santuni penduduk di Mela
LIPIS, 11 Januari 2020 - Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail memulakan program pada pagi ini dengan meluangkan masa bersiar ke pasar pagi di Dataran Pekan Mela, di sini untuk bersantai mesra dengan masyarakat tempatan.
Lihat Berita
MB Pahang bawa berita gembira buat penduduk Felda Chegar Perah
LIPIS, 10 Januari 2020 - YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail bertemu dan beramah mesra bersama masyarakat desa di Perkarangan Dewan Felda Chegar Perah. Dalam majlis ini juga beliau turut menyampaikan surat hakmilik kepada 121 orang penduduk Felda Chegar Perah.
Lihat Berita
YAB MB Pahang santuni masyarakat di RTP Sungai Ular
LIPIS, 10 Januari 2020 - YAB Menteri Besar Pahang berkesempatan menunaikan solat fardhu Jumaat bersama penduduk setempat di Masjid RTP Sungai Ular, Lipis bersempena Majlis Ramah Mesra dan Jamuan Tengahari YAB Menteri Besar Pahang bersama masyarakat di RTP Sungai Ular.
Lihat Berita
Sesi Public Engagement Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut Berkenaan Pindaan Cukai Tanah 2020
JERANTUT, 17 Januari 2020 - Sesi "Public Engagement" berkenaan Pindaan Cukai Tanah (PCT) 2020 anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut di bawah kelolaan Unit Hasil dan Unit Pembangunan Tanah telah diadakan di Dewan Majlis Daerah Jerantut dari jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi.
Lihat Berita
Kakitangan PDT Kuantan Lafaz IBR Sokong Anti Rasuah
KUANTAN, 15 Januari 2020 - Dewan Auditorium Arkib Negeri Pahang bergema untuk ke sekian kalinya dengan lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh pegawai dan kakitangan PDT Kuantan. Majlis disaksikan oleh Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Pahang ini diketuai oleh Pegawai Daerah, YM Tengku Dato' Nor Asmaliza.
Lihat Berita
Penutupan Kaunter Hasil
Penutupan Kaunter Hasil di PDT Kuantan, UTC, FPX serta PahangGo
Lihat Berita
Penyerahan Kunci Gerai Perniagaan Di Tepi Jalan Pos Menson
TANAH RATA, 23 Disember 2019 - Program penyerahan kunci gerai perniagaan di tepi jalan Pos Menson disempurnakan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah (pembangunan) En Mohd Zaidi bin Awang kepada wakil Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di saksikan oleh YB Ahli Parlimen Cameron Highlands, Tuan Ramli bin Dato' Mohd. Nor bertempat di Pos Menson dan diraikan oleh penduduk kampung.
Lihat Berita
Majlis Penyerahan Kunci Balairaya Pos Menson
TANAH RATA, 23 Disember - Penyerahan kunci balairaya Pos Menson oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah (pembangunan) En Mohd Zaidi bin Awang kepada En Zamani bin Bah Tuin Batin Pos Menson disaksikan oleh YB Ahli Parlimen Cameron Highlands, Tuan Ramli bin Dato' Mohd. Nor.
Lihat Berita
Majlis Biasiswa Sekolah Rendah (BSR) 2020 Yayasan Pahang Bagi Dun Tanah Rata
TANAH RATA, 20 Disember 2019 - Penyerahan biasiswa sekolah rendah (BSR) 2020 Yayasan Pahang bagi DUN Tanah Rata disempurnakan oleh YB Ahli Parlimen Cameron Highlands, Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor selaku wakil rasmi YAB Menteri Besar Pahang. Seramai 113 orang pelajar daripada 18 buah sekolah rendah di sekitar DUN Tanah Rata telah menerima biasiswa sebanyak RM300.00, sumbangan daripada Yayasan Pahang dan rm100.00 daripada Kerajaan Negeri Pahang.
Lihat Berita
Solidariti Cameron Highlands
KUANTAN, 26 Disember 2019 - Tunjukkan keprihatinan kita semua sebagai rakyat Pahang tentang isu di daerah Cameron Highlands yang semakin hari mendapat perhatian semua pihak. Suara rakyat Pahang cukup lantang agar Kerajaan Pahang tidak membiarkan tanah di Cameron Highlands diteroka secara rakus oleh pihak berkepentingan yang kononnya berorientasikan pembangunan ekonomi dan ini secara tidak langsung bagi memastikan tanah tinggi Cameron Highlands dapat dikekalkan kelestarian tanpa sebarang penerokaan tanah secara haram di daerah itu.
Lihat Berita
Solidariti Cameron Highlands
KUANTAN, 26 Disember 2019 - Tunjukkan keprihatinan kita semua sebagai rakyat Pahang tentang isu di daerah Cameron Highlands yang semakin hari mendapat perhatian semua pihak. Suara rakyat Pahang cukup lantang agar Kerajaan Pahang tidak membiarkan tanah di Cameron Highlands diteroka secara rakus oleh pihak berkepentingan yang kononnya berorientasikan pembangunan ekonomi dan ini secara tidak langsung bagi memastikan tanah tinggi Cameron Highlands dapat dikekalkan kelestarian tanpa sebarang penerokaan tanah secara haram di daerah itu.
Lihat Berita
Kuantan Tuan Rumah Persidangan KPPSM
KUANTAN, 27-29 September 2019 - Kuantan mencatat sejarahnya tersendiri tanggal 27 hingga 29 September 2019 dengan berlangsungnya Persidangan Perwakilan Tahunan Kesatuan Penghulu Penggawa Semenanjung Malaysia (KPPSM) Kali Ke-45.
Lihat Berita
CGSO - Warga PDT Kuantan Digesa Cakna Soal Keselamatan Perlindungan
KUANTAN, 13 Dis 2019 - Usai menerima teguran dan peningkatan tahap kesedaran terhadap faktor keselamatan di jabatan, pentadbiran mengundang Yang Berusaha Tuan Mohd Rasyid b Che Abdullah, Pengarah Keselamatan Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur untuk bersama-sama berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang soal keselamatan perlindungan di jabatan.
Lihat Berita
Elakkan menangguh kerja dan tepati masa - Dato' Mohd Hafizi bin Ibrahim
LIPIS, 5 Disember 2019 - Perhimpunan Bulanan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis bagi bulan Disember telah berlangsung di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis pada jam 8.30 pagi tadi. Perhimpunan ini adalah program bulanan jabatan yang bertujuan untuk mendengar amanat...
Lihat Berita
Program Perhimpunan YAB Menteri Besar Pahang 2019
LIPIS, 2 Disember 2019 - Satu Program Perhimpunan YAB Menteri Besar Pahang bersama Penjawat Awam Negeri Pahang Peringkat Daerah Lipis bagi Tahun 2019 telah diadakan di Dewan Jubli Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Lipis, Pahang. Perhimpunan ini disertai seramai 412 orang...
Lihat Berita
Kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas di Sungai Lipis
LIPIS, 02 Disember 2019 - Seorang kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di Sungai Lipis, Kampung Penjom, di sini hari ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Tuan Nor Hisham Mohammad berkata, mangsa...
Lihat Berita
Mantan Pegawai Daerah Lipis kembali ke Rahmatullah
KUANTAN, 1 Disember 2019 - Jenazah Bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Allahyarham Dato’ Mohammad Noor Bin Rani selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Ubi.
Lihat Berita
Majlis Sanjungan Budi 2019
LIPIS, 28 November 2019 - Majlis Sanjungan Budi dan Jasamu dikenang Pejabat Daerah dan Tanah Lipis bagi tahun 2019 telah berlangsung di Hotel Starwell, Lipis, Pahang. Majlis ini adalah majlis tahunan jabatan bagi menghargai jasa bakti yang diberikan oleh pegawai yang telah bersara.
Lihat Berita
Penantian selama 35 tahun berakhir
LIPIS, 27 November 2019 - Majlis Undian Lot bagi peserta-peserta Projek Kampung Aur Gading Felcra Berhad Kawasan Sungai Kambang telah berlangsung di Dewan Balora Kampung Aur Gading. Seramai 80 orang peserta telah terlibat dalam undian ini. Setiap lot berkeluasan 6 ekar...
Lihat Berita
Pahang lulus 127.893 hektar Hutan Simpanan Kekal (Hsk) Sungai Yu
KUANTAN, 27 November 2019, Kerajaan Negeri meluluskan kawasan seluas kira-kira 127.893 hektar di Sungai Yu, Mukim Batu Yon, Lipis sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK) demi melindungi hidupan liar termasuk Harimau Malaya.
Lihat Berita
Bengkel HRMIS Unit Penguatkuasaan
KUANTAN, 19 November 2019 - Hari kedua bengkel HRMIS menyaksikan Bilik Perbincangan Bahagian Khidmat Pengurusan Daerah dibanjiri kakitangan dari Unit Penguatkuasaan yang mahu menyelesaikan SKT serta LNPT masing-masing.
Lihat Berita
Bengkel HRMIS Sesi 01
KUANTAN, 18 November 2019 - Bermulanya sesi pertama Bengkel HRMIS di Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan yang telah memberi peluang kepada pengguna HRMIS di pentadbiran ini untuk menyelesaikan pengemaskinian terhadap Sasaran Kerja Tahunan (SKT) seterusnya Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT).
Lihat Berita
Kemuncak Hari Keluarga PETANDA 2019
Tiba sudah ke acara kemuncak Hari Keluarga Kelab PETANDA 2019 iaitu majlis makan malam. Bertempat di Dewan Gamelan, Primula Beach Resort malam bersejarah ini adalah yang paling dinantikan oleh ahli kelab. Dengan membawa tema denim & white, ahli kelab begitu memberi sokongan dan memilih busana yang menepati tema.
Lihat Berita
Sukaneka PETANDA
16 November 2019 - Hari kedua program Kelab PETANDA diteruskan dengan acara Senamrobik dan Sukaneka yang pastinya menggamit banyak kenangan dan memori sesama ahli kelab serta ahli keluarga masing-masing.
Lihat Berita
Hari Keluarga PETANDA 2019
15 -17 November 2019 - Seramai 77 orang ahli Kelab PETANDA Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan telah memeriahkan program bersama keluarga masing-masing bertempat di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu.
Lihat Berita
Gotong Royong Rumah Kerajaan
Bentong 12 November - Satu program gotong royong telah diadakan di kawasan perumahan kerajaan Jalan Sri Jaafar di sini hari ini.
Program ini merupakan satu projek kerjasama antara Pejabat Daerah dan Tanah Bentong dan Majlis Perbandaran Bentong dan disertai kakitangan kedua-dua jabatan.
Lihat Berita
Balai Bomba Sungai Koyan mula beroperasi sepenuhnya
LIPIS, 10 November 2019 - Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail hari ini mengadakan lawatan ke Balai Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Koyan di sini. Balai bomba ini mula beroperasi pada 1 November lalu dengan kos pembinaan sebanyak RM1.008 juta.
Lihat Berita
Kerajaan negeri akan beri peruntukan kepada TKPM Jelai
LIPIS, 11 November 2019 - Kerajaan Negeri Pahang akan memberi peruntukan sebanyak RM250,000 kepada Taman Pengeluaran Kekal Makanan (TPKM) Jelai di sini untuk menyediakan kemudahan di kawasan itu. Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, peruntukan ini akan diumumkan pada pembentangan belanjawan...
Lihat Berita
Aplikasi PahangGo mudahkan anggota bomba Sungai Koyan
LIPIS, 11 November 2019 - Aplikasi PahangGo yang dilancarkan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail baru-baru memudahkan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Koyan di sini untuk melakukan urusan harian mereka.Menurut Maisarah Manani Ahmad, tugasnya sebagai anggota bomba yang kadang-kala terlibat...
Lihat Berita
101 peneroka FELDA Kechau 1 terima hakmilik masing-masing
LIPIS, 10 November 2019 - Kerajaan Negeri menyampaikan surat hak milik tanah kepada 101 peneroka FELDA Kechau 1 manakala baki 25 lagi akan diberikan sejurus beberapa masalah teknikal berjaya diselesaikan. Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kesemua peneroka berkenaan menerima hak milik tanah seluas kira-kira 10 ekar bagi setiap peneroka.
Lihat Berita
21,000 ekor benih ikan lampan dan kelah dilepaskan
LIPIS, 7 November 2019 - Jabatan Perikanan Negeri Pahang dengan kerjasama Pejabat Taman Negara Pahang, Sungai Relau, Merapoh telah mengadakan program pelepasan benih ikan di Santuari Kelah Kuala Juram, Merapoh, Lipis. Sebanyak 21,000 ekor benih ikan yang terdiri daripada kelah dan lampam sungai telah dilepaskan ke perairan sungai tersebut...
Lihat Berita
Empower Lipis perkenal Program "Empower Rider"
LIPIS, 7 November 2019 – Pegawai Daerah, Dato’ Mohd Hafizi bin Ibrahim telah merasmikan Perlancaran Program Rider Empower yang bertempat di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis. Program yang dianjurkan oleh Empower ECER Lipis ini adalah satu inisiatif bagi membantu seterusnya memanfaatkan potensi individu yang...
Lihat Berita
Audit Penarafan Bintang Pejabat Daerah dan Tanah Bentong
Bentong 24 Oktober - Satu sesi Audit Penarafan Bintang oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang telah diadakan di Pejabat Daerah dan Tanah Bentong hari ini. Tiga komponen utama yang diaudit ialah Pengurusan, Perkhidmatan Teras dan Pengurusan Pelanggan.
Lihat Berita
PDT Kuantan Mula Audit SSR 2019
KUANTAN, 5 - 6 November 2019 - Pentadbiran Tanah Kuantan dihadiri barisan panel audit bagi Sistem Penarafan Bintang (SSR) untuk ke sekian kalinya. Barisan panel yang diketuai oleh En Anesh a/l Ganason memulakan sesi audit SSR selama dua (2) hari dengan menampilkan barisan panel yang terlatih dan berpengalaman dalam bidang masing-masing.
Lihat Berita
Siri Audit Sistem Penarafan Bintang PDT Kuantan
KUANTAN, 01 November 2019 - Warga PDT Kuantan kini giat melakukan persediaan bagi menghadapi siri audit Sistem Penarafan bintang (SSR) yang bakal berlangsung pada 5 hingga 6 November 2019 nanti.
Lihat Berita
Simulasi Banjir Bukti Sikap Prihatin Warga Kuantan
KUANTAN, 17 Oktober 2019 - Bertujuan untuk melihat dan meninjau persiapan bagi menghadapi sebarang bencana, program simulasi yang diadakan di Dewan Kg Panching menarik lebih 500 peserta.
Lihat Berita
Kebakaran di Kampung Baru Cina Benta, Benta
LIPIS, 30 Oktober 2019 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah berangkat bercemar duli untuk melawat mangsa kejadian kebakaran di Kampung Baru Cina Benta, Benta, Kuala Lipis, Pahang.
Lihat Berita
Audit Sistem Penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah Negeri Pahang
JERANTUT, 23 Oktober 2019 - Audit Sistem Penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah Negeri Pahang bagi Pejabat Daerah Dan Tanah Jerantut telah selesai dengan memperolehi 4 bintang.
Lihat Berita
Kakitangan Kerajaan Diminta Jaga Integriti, Tingkat Produktiviti
JERANTUT, 11 Oktober 2019, Majlis Perjumpaan Setiausaha Kerajaan Pahang, YB Dato' Sri Dr Sallehuddin Ishak bersama warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut serta Majlis Daerah Jerantut telah diadakan di Dewan Utama Majlis Daerah Jerantut disini hari ini.
Lihat Berita
Sambutan Perasmian BSN 2019 Di Kuantan
KUANTAN, 12 Oktober 2019 - YB. Dato' Sri Haji Mohd Johari, wakil rasmi YAB MB, bersama warga Kuantan di Stadium UIA meriah dengan lebih 2 ribu pengunjung merasmikan Bulan Sukan Negara 2019 yang disambut serentak di seluruh negara. YB. Dato Sri turut sama melepaskan larian sejauh 5km serta acara berbasikal setelah bersama-sama warga Kuantan memanaskan badan dalam acara senamrobik.
Lihat Berita
Majlis Anugerah Sukan Pahang
Kuantan, 3 Oktober - Sebuah majlis telah diadakan hari ini untuk mengiktiraf mereka yang berjasa dan memberi sumbangan kepada pembangunan sukan di Pahang.
Lihat Berita
Kutipan Luar Tingkat Hasil Kuantan
KUANTAN, 28 September 2019 - Giat dalam usaha untuk meningkatkan hasil negeri, Unit Hasil PDT Kuantan 'turun padang' bersama warga Felda Sungai Panching Timur.
Lihat Berita
Pertandingan Boling Erat Ukhwah
KUANTAN, 20 September 2019 - PUSPANITA Daerah Kuantan buat julung kalinya menganjurkan pertandingan boling di Mega Lanes, Kuantan. Program yang bertujuan untuk memupuk persahabatan dan meningkatkan ukhwah di kalangan ahli. Pengerusi PUSPANITA Daerah Kuantan turut hadir dan merasmikan pertandingan.
Lihat Berita
Pra-Audit Sistem Penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah Negeri Pahang
ROMPIN, 24 September 2019 - Selesai sudah majlis Pra-Audit Sistem Penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah Negeri Pahang bagi Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin dengan kejayaan memperolehi permarkahan 5 bintang.
Lihat Berita
Video Majlis Perpisahan Pegawai Daerah Rompin & Ketua Pen. Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah)
Saksikan video yang telah disediakan khas oleh Unit Teknologi Maklumat, istimewa buat Pegawai Daerah Rompin, Dato' Mohd Zulkifli Bin Hashim dan Ketua Penolong Pegawai Daerah, Encik Rudy Bin Rohan yang telah bertukar berkhidmat di jabatan lain.
Lihat Berita
TAHNIAH PDT Kuantan
KUANTAN, 23 September 2019 - Sekalung TAHNIAH untuk warga kerja PDT Kuantan atas kerjasama dan komitmen yang diberikan tanpa mengenal erti jemu dan putus asa sehingga peroleh pengiktirafan ini. Semoga dengan pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada usaha yang lebih giat dan gigih untuk memastikan segala urusan kerja beraa pada landsan yang betul dan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan.
Lihat Berita
Sambutan Hari Kebangsaan 2019 Peringkat Daerah Bera Disambut Dengan Semangat Patriotik
BERA- Sambutan Hari Kebangsaan 2019 Ke 62 Peringkat Daerah Bera bertempat di Padang Awam Majlis Daerah Bera telah diraikan dengan penuh semangat patriotik pada 31 Ogos 2019 yang lalu.
Lihat Berita
Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang 2019
KUANTAN, 01 September 2019 - Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang dinobatkan kepada Dato' Haji Muhammad Haji Abdullah, mantan Ahli Parlimen Maran. Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang 1441H diadakan di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah.
Lihat Berita
Lawat Mangsa Kebakaran Di Pekan Sungai Lembing Kuantan
KUANTAN, 31 OGOS 2019 - Usai Majlis Sambutan Kemerdekaan Peringkat Negeri di Jalan Mahkota, Kuantan, KDYMM Pemangku Raja Pahang menunjukkan sikap prihatin dan ambil berat terhadap masalah rakyat dengan bergegas ke pekan Sg Lembing bagi melawat mangsa kebakaran.
Lihat Berita
Audit MS ISO 9001:2015 Hari Kedua PDT Kuantan
KUANTAN, 27 Ogos 2019 - Hari ke-2 audit diteruskan dengan beberapa baki prosedur yang belum diaudit serta diberi penialaian oleh barisan panel. Terlihat kesungguhan para auditee begitu komited dengan tanggungjawab masing-masing demi memastikan pensijilan dapat diperolehi dengan persediaan seawal 8 pagi.
Lihat Berita
Sambutan Kemerdekaan Di Kuantan Meriah
KUANTAN, 31 OGOS 2019 - Perutusan penuh dengan rasa semangat kemerdekaan dari YAB Perdana Menteri sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-62 mencerminkan harapan yang tinggi bagi memastikan Malaysia bersih dari amalan rasuah yang mampu menggagalkan usaha untuk memberi kemakmuran bersama kepada semua rakyat.
Lihat Berita
Istiadat Sambutan Pulang Meriah Di TUDM Kuantan
KUANTAN, 29 Ogos 2019 - Menyambut keberangkatan pulang Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dari Lawatan Negara ke Republik Indonesia memberikan suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Lihat Berita
Sembilan buah rumah rosak dipukul ribut Artikel Penuh
BERA - Sebanyak sembilan buah rumah rosak selepas ribut membadai daerah ini, petang semalam.
Sembilan rumah di Taman Kerayong Makmur, Taman Kerayong Indah dan Taman Seri Bera mengalami kerosakan kecil dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu.
Lihat Berita
Konvoi Merdeka
GAMBANG, 26 Ogos 2019 - Cebisan kain yang diwarnai dengan jalur merah dan putih bukan sekadar corak biasa, tetapi ia adalah lambang kedaulatan, kehormatan, perpaduan dan ketaatan kepada negara yang mesti dipertahankan menjadi simbolik sepanjang perjalanan konvoi kemerdekaan ini. Kibaran jalur gemilang sepanjang perjalanan konvoi kemerdekaan menjadi acara yang ditunggu-tunggu dengan sambutan meriah dari kalangan pelajar sekolah, penjawat awam, serta orang ramai di sepanjang laluan.
Lihat Berita
Audit Pensijilan MS ISO 9001:2015 PDT Kuantan
KUANTAN, 26 Ogos 2019 - Bermulanya siri audit pensijilan MS ISO 9001:2015 PDT Kuantan sehingga 27 Ogos 2019. Selamat Datang diucapkan kepada barisan panel dari AJA EQS Certification (M) Sdn. Bhd. Program dimulakan dengan mesyuarat pembukaan yang dipengerusikan oleh YM Tengku Dato' Nor Asmaliza Bt Ku Lah, Pegawai Daerah Kuantan.
Lihat Berita
Laporan Tunggakan Cukai Tanah
KUANTAN, 20 Ogos 2019 - Kerajaan Pahang begitu komited dalam penguatkuasaan serta merta undang-undang bagi mengutip tunggakan hasil seperti cukai tanah serta taksiran, sewa perumahan kos rendah dan royalti mineral berjumlah jutaan ringgit yang tertunggak sejak 48 tahun lalu.
Menerusi langkah itu, Kerajaan Pahang boleh merampas tanah dan rumah sewa kos rendah terbabit sekiranya pemiliknya gagal membayar tunggakan mereka dalam tempoh tiga hingga enam bulan selepas menerima notis.
Lihat Berita
Notis 8A (Notis Perkembalian Tanah Kepada Kerajaan)
KUANTAN - Pentadbir Tanah Kuantan telah mengeluarkan sebanyak tujuh (7) Borang 8A (Seksyen 130) Notis Perkembalian Tanah Kepada Kerajaan yang dikemaskini sehingga 10 Ogos 2019. Paparan salinan notis ini adalah memenuhi minit Mesyuarat Pengurusan PDT Kuantan pada 09 Ogos 2019 yang lalu.
Lihat Berita
PETANDA Juara
KUANTAN, 19 Ogos 2019 - Berakhir sudah Kejohanan Sukan Pentadbiran Tanah Negeri Pahang Tahun 2019 (SUKTAP) di Universiti Malaysia Pahang, Gambang dengan meraih gelaran JUARA bagi kali kedua berturut-turut. Kali pertama gelaran juara diperoleh pada tahun 2017 bagi siri keempat dibawah naungan YH. Dato Zaliza Zulkipli. Kejayaan berulang sekali lagi pada tahun 2019 di bawah panji naungan YH Tengku Dato' Asmaliza bt Ku Lah pada tahun 2019. TAHNIAH untuk semua atlet dan urusetia yang telah bekerja keras dan memberi komitmen yang terbaik untuk mempastikan kejayaan digenggam.
Lihat Berita
Majlis Korban Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh Tahun 1440H/2019M
Temerloh, 14 Ogos 2019-Majlis Korban Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh bagi Tahun 1440H/2019M telah dilaksanakan dengan sempurna. Majlis ini adalah anjuran Kelab Sinar Gemilang (KSG), Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Semua kakitangan dan pegawai telah bekerjasama dalam menjayakan majlis ini. Selain itu, majlis ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara kakitangan dan pegawai yang terlibat.
Lihat Berita
Taklimat Ergonomik & Penjagaan Tulang Belakang
Temerloh, 5 Ogos 2019- Satu Taklimat Ergonomik & Penjagaan Tulang Belakang telah diadakan pada 5 Ogos 2019 ( Isnin) yang lalu bertempat di Bilik Gerakan Tingkat 3, Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Program ini dianjurkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Penceramah jemputan iaitu Puan Nurul Ain Binti Kadir pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah Mentakab telah dijemput untuk menyempurnakan taklimat ini.
Lihat Berita
Bengkel Pelupusan Rekod
Temerloh, 1 Ogos 2019- Satu Bengkel Pelupusan Rekod telah diadakan pada 1 Ogos 2019 hingga 2 Ogos 2019 ( Khamis & Jumaat ) yang lalu bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Program ini dianjurkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Penceramah jemputan iaitu Puan Syazwani Binti Salleh pegawai dari Arkib Negara Malaysia Negeri Pahang telah dijemput untuk menyempurnakan bengkel ini. Bengkel ini juga telah disertai oleh 40 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Pejabat Daerah & Tanah Temerloh.
Lihat Berita
Majlis Kesyukuran Sultan Pahang
KUANTAN, 30 Julai 2019- Bertempat di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 telah berlangsungnya Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.
Lihat Berita
AidilFitri Kelab PETANDA
KUANTAN, 01 Julai 2019 - 27 Syawal 1440 H menyaksikan kemeriahan Syawal masih kekal meriah dan disambut dalam suasana yang harmoni. Ahli Kelab PETANDA PDT Kuantan begitu teruja dengan sambutan AidilFitri PDT Kuantan dengan kehadiran YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.
Lihat Berita
Gotong royong erat persaudaraan
TANAH RATA, 27 Jun 2019 - Gotong-royong memasak merupakan satu amalan tradisi yang masih dikekalkan di Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands apabila sesuatu program atau acara dijalankan. Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, kakitangan jabatan mengambil peluang bersama-sama memasak dalam penyediaan lemang dan rendang serta juadah lain.
Lihat Berita
Asnaf Disantuni, Ramadhan Diberkati
TANAH RATA, 25 Mei 2019 - Sempena menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak, Yayasan Pahang dan Majlis Ugama Islam Pahang mengambil peluang menyampaikan sumbangan biasiswa dan zakat. Seramai 60 orang penerima layak menerima sumbangan tersebut yang terdiri daripada golongan asnaf, warga emas, pelajar sekolah dan ibu tunggal.
Lihat Berita
Tanam Pokok My Beautiful Cameron Highlands
HUTAN SIMPAN MENTIGI, 26 Jun 2019 - Untuk menikmati sebuah kehidupan yang sejahtera, alam sekitar merupakan antara elemen penting yang harus dititikberatkan. Walaubagaimanapun masayarakat perlu bersatu padu dalam melestarikan alam sekitar supaya sentiasa bersih dan selamat.
Lihat Berita
Empat Majlis Mempertemukan Semua
JERANTUT, 19 Jun 2019 - Empat majlis telah dijalankan serentak di Dewan Banquet, Majlis Daerah Jerantut. Majlis ini telah mempertemukan semua pegawai dan kakitangan di setiap Bahagian dan Unit yang mana sebelum ini masing-masing sibuk dengan urusan kerja di jabatan.
Lihat Berita
PDT Kuantan Rai Mantan JKKK
KUANTAN, 26 Jun 2019 - Berlangsungnya Majlis Ramah Mesra dan Penghargaan MPKK Daerah Kuantan yang dihadiri lebih 100 ahli MPKK Daerah Kuantan. Majlis menampilkan Ketua Penolong Pegawai Daerah (PLB) yang turut sama dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Jabatan, penghulu mukim, pemimpin setempat serta yang dirai, mantan MPKK (dulu dikenali sebagai JKKK).
Lihat Berita
Tingkat Hasil Negeri - MB Puji
KUANTAN, 24 Jun 2019 - Menteri Besar Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail telah sudi meluangkan masa bersama kakitangan awam Pahang yang berlangsung dalam suasana meriah di Dewan Jubli Perak, Jalan Teluk Sisek, Kuantan.
Lihat Berita
Saksikan Video Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Tahun 2019
Jom saksikan video ucapan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI oleh Pegawai Daerah Rompin bersama-sama seluruh wargakerja Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin bagi tahun 2019, dengan ingatan tulus ikhlas, maaf zahir dan batin.
Lihat Berita
Ahli Kelab PETANDA Kuantan Meriah Sedia Bubur Lambuk
KUANTAN, 29 Mei 2019 - Program memasak dan pengagihan bubur lambuk PDT Kuantan berlangsung dalam suasana yang sangat meriah hari ini. Kemeriahan terserlah apabila acara penyediaan memasak bubur lambuk dijalankan secara gotong-royong di kalangan ahli Kelab PETANDA.
Lihat Berita
Rakyat Kuantan Raikan Majlis Berbuka Puasa dan Pengurniaan Sumbangan
KUANTAN, 30 Mei 2019 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah perkenan bercemar duli, berangkat bagi menyempurnakan Majlis Berbuka Puasa di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan.
Lihat Berita
KDYMM YDPA Rai Anak Yatim Di Kuantan
KUANTAN, 30 Mei 2019 -- Peluang dan ruang bagi 100 penghuni Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajjah Kalsom dan Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah merasai pengalaman memilih kelengkapan raya tahun ini dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan menjadi kenangan paling manis. Program ini berlangsung sempena Majlis CIMB Foundation Shopping Raya Bersama Anak-anak Yatim 2019 di Pasaraya MYDIN, Kuantan.
Lihat Berita
PUSPANITA Daerah Kuantan Anjur Bengkel Solat
KUANTAN, 15 Mei 2019 - Berlangsung dengan jayanya dalam bulan Ramadhan 1440H yang mulia, Bengkel Solat bagi tahun 2019. Program yang dikendalikan oleh Biro Agama PUSPANITA Daerah Kuantan telah menjemput Ustazah Sharifah Hafsah, SMK Beserah sebagai penceramah.
Lihat Berita
Indahnya Ramadhan
JERANTUT, 03 Mei 2019 - Ramadhan tiba lagi. Kedatangan yang ditunggu setiap tahun oleh semua. Bersempena menyambut ramadhan, satu ceramah agama telah diadakan di Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut.
Lihat Berita
Pahang Berkabung
Pahang berkabung bagi menghormati kemangkatan KDYMM Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah
Lihat Berita
Mesyuarat Agung KPPSM Berlangsung Di Kuantan
KUANTAN, 26 Mei 2019 - Mesyuarat Agung Tahunan Ke-44 Kesatuan Penghulu Penggawa Semenanjung Malaysia (KPPSM) Cawangan Negeri Pahang Tahun 2019 berlangsung dengan lancar walau masih lagi dalam tempoh berkabung. Kehadiran 64 ahli KPPSM pada mesyuarat agung pada kali ini membuktikan komitmen yang tinggi bagi menjayakan mesyuarat yang dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Pahang.
Lihat Berita
Masyarakat Orang Asli Jangan Dipinggirkan - Titah Tengku Hassanal
JERANTUT. 30 April 2019 Bersamaan 24 Syaaban 1440H – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bercemar duli berangkat pada Majlis Pengurniaan Sumbangan Kepada Masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Tiang, di sini, hari ini.
Lihat Berita
Program Sentuhan Kasih Yayasan Petronas Daerah Kuantan
KUANTAN, 18 Mei 2019 - Lebih 150 pelajar kurang berkemampuan dirai oleh Yayasan Petronas hari ini. Keceriaan pelajar terserlah apabila bukan sahaja dapat berbuka puasa bersama keluarga di Hotel Zenith, Kuantan malah turut berbelanja bagi persiapan menyanbut AidilFitri yang bakal menjelang.
Lihat Berita
Jenazah Paduka Ayahanda Selamat Dimakamkan
KUANTAN, 23 Mei 2019 - Langsung di daerah Pekan, bandar diraja, jenazah Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al Muadzam Shah selamat disemadikan di Makam Diraja Pekan, di sini pada 4.35 petang ini.
Lihat Berita
Kuantan Turut Berduka
KUANTAN, 22 Mei 2019 - Khabar dukacita buat seluruh rakyat Pahang serta seluruh negara amnya yang disahkan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini bahawa Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada 8.50 pagi.
Lihat Berita
YAM Tengku Muda Pahang Ceriakan Pelajar Tahfiz Dan Anak-Anak Yatim
ROMPIN 16 Mei 2019 – Yang Amat Mulia Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah meraikan pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Aljauhari Kampung Sabak dan anak-anak yatim dalam satu majlis iftar Ramadan di sini, hari ini.
Lihat Berita
Masyarakat Orang Asli Perlu Rebut Peluang – Titah Pemangku Raja Pahang
ROMPIN 2 Mei 2019 – Masyarakat orang Asli perlu merebut peluang dan ruang yang disediakan kerajaan dalam memastikan kehidupan mereka lebih terjamin pada masa akan datang. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah..
Lihat Berita
mahabbah ramadhan 2019
PEKAN, 17 Mei 2019 - Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, "Program Mahabbah Ramadhan 2019" telah dianjurkan oleh KESPADA Pejabat Daerah & Tanah Pekan. Untuk program kali ini, telah berkesempatan mengadakan kunjungan mesra ke 6 rumah kakitangan PDT Pekan yang telah bersara dan seorang bekas kakitangan yang meninggal dunia.
Kunjungan ini di ketuai oleh Pegawai Daerah. Turut serta penolong pegawai daerah dan jawatankuasa KESPADA.
Lihat Berita
Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan Mangsa Banjir Disember 2018 Daerah Kuantan
KUANTAN 16 Mei 2019 - Puan Husnalrita Yusoff telah berbesar hati menyampaikan bantuan wang ihsan kepada 119 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terlibat dalam bencana banjir pada Disember 2019 yang lalu.
Lihat Berita
SPB Yang Dipertuan Agong Dan Raja Permaisuri Berbuka Puasa Di Padang MPK 1, Kuantan
KUANTAN 16 Mei 2019 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan berbuka puasa bersama pemimpin dan rakyat jelata di Padang MPK 1, Kuantan usai melawat Bazar Ramadan Mahkota Square.
Lihat Berita
Majlis Tahlih dan Ziarah Makam Diraja bersempena Hari Hol Pahang Ke-45
PEKAN, 7 Mei 2019 - Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ke Majlis Tahlih dan Ziarah Makam Diraja bersempena Hari Hol Pahang Ke-45. Hari Hol disambut pada tanggal 7 Mei setiap tahun bagi memperingati kemangkatan Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah.
Lihat Berita
PETANDA Agih Kurma Ramadhan Untuk Kakitangan
KUANTAN, 08 Mei 2019 - Kelab PETANDA terus mengimarahkan Ramadhan 1440H dengan agihan kurma kepada kakitangannya. Agihan kurma kepada ahli dilakukan di Unit Pentadbiran PDT Kuantan bermula jam 10 pagi ini.
Lihat Berita
Tadarus PETANDA Hidupkan Ramadhan 1440H
KUANTAN, 6 Mei 2019 - Program mengimarahkan bulan mulia Ramadhan diserikan dengan program tadarus yang diselia Biro Agama PETANDA. Bertempat di Bilik Gerakan PDT Kuantan bagi anggota PETANDA muslimat serta Bilik Mesyuarat Unit Hasil bagi golongan muslimah, program dijangka menarik lebih ramai ahli dari masa ke semasa.
Lihat Berita
Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada
Bera, 29 April -Pemerintah Negeri Pahang yakni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menyantuni Rakyat Negeri ini dalam Majlis Ramah Mesra Bersama-sama Rakyat Daerah Bera
Lihat Berita
PDT Kuantan Jayakan Taklimat Bancian 2020
KUANTAN, 29 April 2019 - PDT Kuantan mendapat kerjasama dari Jabatan Perangkaan Malaysia bagi menjayakan taklimat bagi memperkenalkan sistem bancian penduduk dalam talian pada tahun 2020.
Lihat Berita
PDT Kuantan Terus Giat Kutip Cukai Offline
KUANTAN, 27 April 2019 - Usaha mengutip hasil kutipan cukai tanah terus giat dilaksanakan. Pengorbanan waktu cuti kakitangan PDT Kuantan sangat dihargai. Kutipan cukai tanah di Kg Cherating berjaya membawa 30 pemilik tanah untuk menjelaskan bayaran cukai mereka.
Lihat Berita
PDT Kuantan Rai Kecemerlangan Pegawai
KUANTAN, 24 April 2019 - Memilih lokasi Kompleks Dagangan Mahkota, Bandar Indera Mahkota, kakitangan cemerlang, bakal pesara serta pertukaran pegawai PDT Kuantan dirai dalam suatu majlis yang meriah dan sederhana. Dengan lebih 100 kakitangan yang hadir, Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Jasamu Dikenang dirasmikan oleh Pegawai Daerah Kuantan, YM. Tengku Dato' Nor Asmaliza bt Ku Lah.
Lihat Berita
Program Plogging Daerah Pekan
PEKAN, 22 April 2019 - Program Plogging Daerah Pekan Tahun 2019 telah berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran lebih 300 peserta yang terdiri daripada pelajar kolej, ahli Pandu Puteri, Puspanita, penjawat awam, pekerja swasta dan orang-orang kampung sekitar Bandar Pekan. Program ini telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang
Lihat Berita
Program "Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit"
PEKAN, 23 April 2019 - Bersempena Program "Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit" anjuran Perpustakaan Negeri Pahang, Pejabat Daerah dan Tanah Pekan mengadakan slot Perkongsian Ilmu yang disampaikan oleh Pn. Nursafariza binti Ihsan, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan)...
Lihat Berita
Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit
KUANTAN, 23 April 2019 - Dalam usaha menggalakkan masyarakat di negara ini membudayakan amalan membaca, seluruh negara serentak menyahut seruan program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit di kalangan warga PDT Kuantan.
Lihat Berita
Catur Antarabangsa Terbuka Piala KDYMM Tengku Mahkota Pahang
PEKAN, 21 April 2019 - Bertempat di Ancasa Royale Pekan, Majlis Perasmian Penutup Pertandingan Catur Antarabangsa Terbuka Piala KDYMM Tengku Mahkota Pahang telah diadakan. Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang telah perkenan bercemar duli merasmikannya.
Lihat Berita
Kolokium Diraja “DAULAT TUANKU”
PEKAN, 20 April 2019 - Kolokium Diraja "Daulat Tuanku" yang telah berlangsung ini dianjurkan oleh Muzium Negeri Pahang. Bersesuaian dengan tajuknya, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah telah perkenan bercemar duli, berangkat ke Majlis Perasmian.
Lihat Berita
Notis Perampasan Tanah
KUANTAN, 16 April 2019 - Apakah yang dimaksudkan dengan Notis 6A?
Lihat Berita
Kursus PLGS PDT Kuantan
KUANTAN, 11 dan 12 April 2019 - Mendalami ilmu dalam kemajuan teknologi satelit khususnya remote sensing (penderiaan jauh) yang merakam gambar permukaan bumi kini dimanfaatkan untuk tujuan pemetaan dan analisis data dengan menggunakan perisian untuk memproses data digital untuk pelbagai kegunaan perancangan pelbagai bidang pengurusan. Bukanlah sesuatu yang mudah namun, mendalami ilmu ini menjadi semakin rancak kerana ianya menjadi pemacu pembangunan negara.
Lihat Berita
Program AKRAB - Bina Jati Diri Kakitangan PDT Kuantan
KUANTAN, 10 April 2019 - Hari ke-2 Program AKRAB Penjawat Awam Pemangkin Perubahan Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan (PDT Kuantan) dimulakan dengan sesi taklimat oleh SPRM dengan tajuk Isu-isu Dalam Perkhidmatan Awam. Penceramah, En Mohammad b Hussain sudah tidak asing lagi di kalangan warga PDT Kuantan ini.
Lihat Berita
Familiarization Visit for Diplomatic Corp
PEKAN, 12 April 2019 - Kunjungan Perwakilan-Perwakilan Asing di Malaysia ke Daerah Pekan sempena "Familiarization Visit for Diplomatic Corp" Tetamu-tetamu ini dibawa melawat ke Kompleks Kampung Budaya Pulau Keladi dan Muzium Sultan Abu Bakar. Kunjungan dplomat-diplomat dari 26 negara ini berupaya mempromosikan Daerah Pekan ke serata pelusuk dunia.
Lihat Berita
Program AKRAB Penjawat Awam Pemangkin Perubahan Anjuran PDT Kuantan
KUANTAN, 9 April 2019 - Program AKRAB Penjawat Awam Pemangkin Perubahan Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan (PDT Kuantan) telah diadakan di Kompleks Dagangan Mahkota, Bandar Indera Mahkota Kuantan. Dengan penglibatan lebih 35 peserta dari kalangan staf PDT Kuantan, program dijangka dapat memberi kesan positif di dalam personel penjawat awam serta secara tidak langsung dapat mengukuhkan silaturrahim antara staf PDT Kuantan itu sendiri.
Lihat Berita
Program Senam Robik dan Gotong - Royong Pejabat
BERA, 6 April - Program baru iaitu Senam Robik dan Gotong - Royong Pejabat telah diadakan pada 5 April bertempat di Perkarangan Lobi Pejabat Daerah dan Tanah Bera.
Lihat Berita
Zon 2 Juara Keseluruhan Masisupa Kali Ke-35
JERANTUT, 01 April 2019 - Zon 2 muncul juara keseluruhan Kejohanan Majlis Sukan Dan Ilmiah Sekolah-Sekolah Agama Negeri Pahang (Masisupa) Kali Ke-35 di Sekolah Menengah Agama (SMA) Pulau Tawar, Jerantut hari ini.
Lihat Berita
Mesyuarat Pengarah Tanah dan Galian dengan Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah) di PDT Bera
BANDAR BERA, 4 April - Mesyuarat Pengarah Tanah dan Galian Pahang dengan Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah) Negeri Pahang telah diadakan di Bilik Mesyuarat,
Pejabat Daerah dan Tanah Bera pada 4 April 2019.
Lihat Berita
Ceramah Israk Mikraj
PEKAN, 05 April 2019 - Bersempena sambutan peristiwa Israk dan Mikraj pada 27 Rejab 1440H (3 April 2019) Biro Agama dan Pendidikan KESPADA Pejabat Daerah dan Tanah Pekan telah menganjurkan satu ceramah Israk Mikraj yang telah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Nik Ibrahim bin Nik Abdullah.
Lihat Berita
Pembayaran Cukai Tanah Bagi Kutipan Luar Tahun 2019
Bera, 2 April - Pembayaran Cukai Tanah Bagi Kutipan Luar Tahun 2019 telah bermula pada 1 April 2019 bertempat di Felda Tementi.
Di ikuti Pejabat Felda Mengkuang pada 2 April dan Felda Tembangau 2 pada 3 April.
Lihat Berita
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018 dan Jasamu Dikenang 2019.
PEKAN, 4 April 2019 - PDT Pekan telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018 dan Jasamu Dikenang sempena meraikan dan mengiktiraf Sumbangan pegawai dan kakitangan khususnya warga kerja PDT Pekan dalam menjalankan tugas. Majlis yang berlangsung di Royale Ballroom, Ancasa Royale Pekan...
Lihat Berita
Kursus Pemanduan Berhemah Dan Keselamatan Kenderaan PDT Kuantan
KUANTAN, 21 Mac 2019 - Malaysia merupakan antara negara yang mengalami kadar kemalangan dan kematian yang paling tinggi di dunia. Kursus Pemanduan Berhemah Dan Keselamatan Kenderaan yang dianjurkan pada hari ini telah membuka mata ramai pihak tentang sikap dan etika yang perlu diterapkan kepada semua individu pengguna jalan raya.
Lihat Berita
Traktor Untuk Nelayan Beserah
KUANTAN, 15 Mac 2017 – YAB Menteri Besar Pahang telah berbesar hati menyampaikan bantuan traktor kepada golongan nelayan di Kampung Pantai Beserah. Kehadiran YAB Menteri Besar disambut mesra oleh penduduk sekitar perkampungan nelayan di Kampung Pantai, Beserah.
Lihat Berita
Lawatan YAB MB ke Sekolah Agama Rakyat KAFA Al-Amin, Kuantan
KUANTAN, 15 Mac 2019 – Program Ramah Mesra YAB Menteri Besar Pahang diteruskan di Mukim Sungai Karang pula. Usai solat fardhu Jumaat di Masjid Tengku Abdullah Al-Haj, Kg Chengal Lempong, Sungai Karang YAB Menteri Besar meneruskan lawatan ke Sekolah Agama Rakyat(SAR) KAFA Al-Amin di Kg Sungai Karang Darat, Kuantan.
Lihat Berita
Go Green With SASET
RAUB, 9 Mac 2019 - Penanaman sebanyak 1500 anak pokok menjadi objektif program Go Green with SASET. Program penanaman anak pokok ini berlangsung di Hutan Simpan Tranum, Bukit Fraser turut dihadiri oleh YAM Tengku Arif Temenggong Pahang dan Pegawai Daerah Raub.
Lihat Berita
Lawatan 'Benchmarking' PDT Bagan Datuk, Perak
JERANTUT, 18 Mac 2019 - Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut telah menerima lawatan 'benchmarking' daripada Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk, Perak. Lawatan ini bertujuan untuk melihat projek-projek inovasi di Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut. Lawatan telah diketuai oleh Encik Muhammad Amin bin Safie, Ketua Pegawai Daerah (Pembangunan), PDT Bagan Datuk.
Lihat Berita
Kutipan Luar Tunjuk Prestasi Terbaik di Felda Lepar Hilir 2
KUANTAN, 16 Mac 2019 - Sasaran jumlah kutipan cukai tanah di Felda Lepar Hilir 2 melebihi sasaran yang dianggarkan. Ini memberikan petunjuk yang baik dalam operasi kutipan luar di kawasan terpilih. Secara tidak langsung telah mendatangkan kesedaran kepada pihak pembayar cukai tentang tanggngjawab yang harus dilaksanakan demi memastikan jumlah tunggakan cukai dapat dikurangkan.
Lihat Berita
Walkabout MB bersama masyarakat Cameron Highlands
TANAH RATA, 10 Mac 2019 - YAB Dato' Sri Wan Rosdy pagi ini sempat meluangkan masa ke program walkabout bersama masyarakat di sekitar Tanah Rata. Terdahulu beliau melawat ke Pasar Tani Tanah Rata untuk meninjau masyarakat setempat membeli di pasar pagi tersebut.
Lihat Berita
Moh Bayar Cukai Tanah, Kami Datang Kepada Anda
JERANTUT, 11 Mac 2019 - Program Kutipan Luar Cukai Tanah bagi Daerah Jerantut telah bermula pada 25 Februari 2019 bertempat di Dewan JKKK, Felda Sungai Retang. Program ini dijangka berakhir pada 28 Mac 2019 di Astaka JKKK, Felda Lepar Utara 3.
Lihat Berita
Majlis Penyerahan Notis 5A RTK Bukit Sagu Kuantan
KUANTAN, 08 Mac 2019 – Majlis Penyerahan Notis 5A bagi Rancangan Tanah Berkelompok Felda Bukit Sagu telah dilangsungkan dengan jayanya. Seramai lebih 400 penerima telah menerima Notis 5A yang diadakan di Dewan Semai Bakti Felda Bukit Goh, Kuantan.
Lihat Berita
Taklimat Kesihatan dan Solusi Untuk Warga Kerja PDT Kuantan
KUANTAN, 27 Feb 2019 - Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan telah mengadakan Program Taklimat Kesihatan dan Solusi yang menarik minat lebih 60 kakitangan bertempat di Bilik Gerakan PDT Kuantan serta ruang legar parkir bagi acara tabata.
Lihat Berita
Kutipan Luar Cukai Tanah Bermula
KUANTAN, 02 Mac 2019 – Gesaan Kerajaan Negeri Pahang bagi melaksanakan kutipan cukai tanah secara bersungguh-sungguh telah dibuktikan melalui kaedah kutipan luar cukai tanah di lokasi tertentu.
Lihat Berita
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019
TANAH RATA, 27 Februari 2019 - Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2019 bagi Penilaian Tahun 2018 sempena menghargai dan mengiktiraf sumbangan kakitangan dalam menjalankan tugas yang diamanahkan dengan cemerlang sepanjang tahun 2018.
Lihat Berita
Permata Hati Rakyat
KUANTAN, 02 Mac 2019 - Majlis Santapan Malam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong bersama barisan NGO wanita negeri Pahang berlangsung dengan meriah dalam suasana yang harmoni dengan membawa tema PERMATA HATI RAKYAT.
Lihat Berita
Keberangkatan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke Majlis Bersama Penduduk Tanah Kesultanan Daerah Pekan
PEKAN, 22 Februari 2019 - Bertempat di Dewan Kovensyen Sultan Ahmad Shah, selepas solat Jumaat, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong berkenan berangkat ke Majlis Bersama Penduduk Tanah Kesultanan Daerah Pekan.
Lihat Berita
Keberangkatan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Menunaikan Solat Jumaat di Masjid Sultan Ahmad Shah
PEKAN, 22 Februari 2019 - Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menunaikan Solat Jumaat Di Masjid Sultan Ahmad Shah buat kali pertama sebagai KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.
Lihat Berita
Aktiviti Penanaman Semula Anak Pokok Spesis Hutan Bagi Program Go Green With Saset Daerah Bera Sempena Hari Keputeraan Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang
BERA, 12 Feb - Program Go Green with SASET anjuran Sultan Ahmad Shah Environment Trust (SASET) melalui kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Pahang yang telah diadakan di Hutan Simpan Tasek Bera (RAMSAR)
Lihat Berita
Rakyat Pahang Memuliakan Keberangkatan Al-Sultan Abdullah
KUANTAN, 31 JANUARI 2019 - Bandar Kuantan sekali lagi mencatat sejarah yang tersendiri apabila menyaksikan ribuan rakyat jelata pelbagai kaum serta lapisan umur melambai sebagai tanda ucap selamat tinggal kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Raja Pemaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersempena dengan istiadat memuliakan keberangkatan ke Istana Negara.
Lihat Berita
Pemakaian Istiadat Majlis Istiadat Pemasyhuran KDYMM Tengku Ampuan & KDYTM Tengku Mahkota Pahang Baharu.
PEKAN, 29 Januari 2019 - Bertempat di Pejabat Daerah dan Tanah Pekan, Pemakaian untuk Ketua Jabatan Negeri dan Daerah bagi Majlis Istiadat Pemasyhuran KDYMM Tengku Ampuan Pahang dan Pemasyhuran KDYTM Tengku Mahkota Pahang yang baharu telah diadakan. Urusetia pemakaian terdiri dari kakitangan PDT Pekan yang terlatih.
Lihat Berita
Mesyuarat Agung Tahunan Kelab (D'LORA)
BERA, 18 Jan - Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Kebajikan Kakitangan Pejabat Daerah Dan Tanah Bera (D'LORA) Pahang Kali ke- 6 Tahun 2019
Lihat Berita
Amanat Tahun Baru 2019
JERANTUT, 11 Januari, 2019 – Sempena tahun baru 2019, Majlis Perhimpunan Pagi dan Amanat Tahun Baru 2019 telah diadakan pada 4 Januari 2019 bertempat di Dewan Banquet, Majlis Daerah Jerantut. Semua Pegawai dan Kakitangan telah hadir dalam masjlis tersebut.
Lihat Berita
Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Pahang
LIPIS, 9 Januari 2019 - YAB Menteri Besar Pahang dalam rangka lawatan kerja ke Daerah Lipis untuk program "Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Pahang" yang bertempat di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis. Majlis tersebut dihadiri oleh bersama-sama pemimpin...
Lihat Berita
Kumpulan Inovatif & Kreatif Tahun 2019 : Kumpulan SRI LAYARAN
ROMPIN, 16 Januari 2019 - Saksikan video Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang & Pejabat Daerah Dan Tanah Negeri Pahang Tahun 2019 oleh Kumpulan SRI LAYARAN, Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin pada 15 November 2018 bertempat di Dewan KUIPSAS
Lihat Berita
Kursus Asas Pemanduan Pacuan Empat Roda (4x4)
ROMPIN, 16 Januari 2019 - Pada 9-10 November 2018, dengan anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Rompin dan kerjasama JPJ Cawangan Muadzam Shah telah diadakan satu Program KURSUS ASAS PEMANDUAN PACUAN EMPAT RODA (4X4) bertempat di Hutan Lesong, Rompin.
Lihat Berita
Daulat Tuanku
KUANTAN, 16 Januari 2019 - AL-SULTAN Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, hari ini, dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang VI, menggantikan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah. Pemasyhuran yang penuh adat istiadat diraja di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pekan diumumkan oleh Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah, yang membacakan Pengisytiharan Pelantikan Raja di bawah Perkara 9A Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang (Bahagian Pertama).
Lihat Berita
Istadat Pemasyhuran Sultan Pahang ke-6 di Istana Abu Bakar
PEKAN, 15 Januari 2019 - Detik Bersejarah Negeri Pahang sekali lagi terlakar di Istana Abu Bakar. Telah berlangsung, Istiadat Pemasyhuran Sultan Pahang Ke-6 yang membawa gelaran "Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Shah". Ianya membawa maksud, "Sultan Abdullah Pembela Agama Yang Terpilih Oleh Allah". Allahu Akhbar, Daulat Tuanku.
Lihat Berita
MPKK perlu terus berdaya saing
LIPIS, 14 Disember 2018 - Majlis Amanat dan Penyampaian Watikah Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) telah berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah. YAB Menteri Besar, Dato' Sri Wan Rosdy telah hadir bagi menyampaikan watikah tersebut kepada 542...
Lihat Berita
Raja dan Rakyat Berpisah Tiada
KUANTAN, 15 Januari 2019 - Rakyat Pahang secara rasminya akan menerima ketua negeri yang baharu apabila Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah yang diputerakan pada 30 Julai 1959, dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam dalam istiadat yang akan berlangsung di Bandar Diraja, Pekan hari ini.
Baginda merupakan seorang yang cukup arif dalam selok belok hal ehwal pentadbiran negeri kerana telah menjadi Tengku Mahkota Pahang hampir 44 tahun setelah secara rasmi dilantik sebagai Waris Ganti pada 1 Julai 1975 iaitu sehari selepas baginda genap berusia 16 tahun.
Lihat Berita
Encik Amir Syaffiq dan Majlis Daerah Lipis
PEKAN, 11 Januari 2019 - Bertempat di Ancasa Royale Hotel, satu majlis telah diadakan oleh Bahagian Pengurusan Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Pekan bagi meraikan perpindahan Penolong Pegawai Daerah, Encik Amir Syaffiq bin Hamzah ke Majlis Daerah Lipis. memulakan kariernya disini lebih empat tahun lepas dan kini memegang jawatan Setiausaha Majlis Daerah Lipis...
Lihat Berita
Majlis Amanat dan Penyampaian Watikah Perlantikan Pengerusi MPKK Daerah Pekan
PEKAN, 20 Disember 2018 - Bertempat di Dewan Kelab Golf Diraja Peka, Majlis Amanat dan Penyampaian Watikah Perlantikan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Daerah Pekan telah diadakan. Ianya dirasmikan oleh YB. Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang...
Lihat Berita
Selamat Datang Pegawai Daerah Baharu
PEKAN, 03 Disember 2018 - Satu majlis sambutan Pegawai Daerah Pekan yang baharu telah diadakan. Dato' Zaliza bin Zulkipli melaporkan diri disini turut turut diiringi oleh Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Dato' Mohd Zakaria bin Ibrahim. Majlis yang diadakan di Bilik Gerakan PDT Pekan, dihadiri oleh Pegawai dan Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Pekan...
Lihat Berita
'Sayonara' Tuan Haji Md Yusli
PEKAN, 16 November 2018 - Majlis Lambaian Kasih, Sanjungan Budi bagi meraikan perpindahan Pegawai Daerah Pekan iaitu Tuan Haji Md Yusli bin Ibrahim Mohd Yunus yang akan berpindah ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang. Majlis yang diadakan di Dewan Banquet Majlis Daerah Pekan itu dimulakan dengan selawat...
Lihat Berita
Selamat Datang YB Setiausaha Kerajaan Pahang
KUANTAN, 07 Januari 2019 – Sejarah terukir bagi penjawat awam Negeri Pahang pada hari ini apabila menerima Setiausaha Kerajaan Negeri yang baharu. Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail mula bersara dan melepaskan jawatannya sebagai Setiuasaha Kerajaan Negeri Pahang.
Lihat Berita
Tanah Akan Dirampas
KUANTAN, 01 Januari 2019 - Penguatkuasaan akan bermula.
Lihat Berita
Kursus ISO 9001:2015 Awareness & Documentation Enhancement Training PDT Kuantan
KUANTAN, 17 & 19 Disember 2018 - Bagi menambahkan ilmu serta berkongsi pengalaman, PDT Kuantan telah menjemput konsultan dari AJA EQS Certification (M) Sdn Bhd, Cik Roslaini bt Khaidir sebagai pemudahcara bagi pelaksanaan ke arah pensijilan MS ISO 9001:2015. Bertempat di Dewan Bakawali, KOMTUR, seramai 40 peserta telah terlibat sepanjang tiga hari kursus tersebut.
Lihat Berita
Perhimpunan Pagi Bersama Pegawai Daerah Kuantan - Amanat Tahun Baru 2019
KUANTAN, 26 Disember 2018 – Memulakan perhimpunan pagi sebagai salam perkenalan dan aluan Selamat Datang kepada Pegawai Daerah, YM Tengku Dato' Nor Asmaliza bt Ku Lah yang bakal meneraju pimpinan daerah Kuantan. YM Tengku Dato' merupakan mantan Pegawai Daerah Jerantut dan menggantikan YH. Dato' Zaliza yang telah bertukar ke Daerah Pekan.
Lihat Berita
Perlu Jadi Pemimpin Yang Prihatin – MPKK KUANTAN
KUANTAN, 24 Disember 2018 – “Pengerusi MPKK dilantik untuk bertindak sebagai orang tengah antara pemimpin dan masyarakat”. Antara amanat yang disampaikan oleh YB Abd Rahim sewaktu merasmikan Majlis Penyampaian Amanat dan Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi MPKK Daerah Kuantan di Dewan Bakawali, KOMTUR.
Lihat Berita
Cintai Permainan Tradisional
KUANTAN, 23 Disember 2018 - Bertempat di Hotel Vistana, Kuantan, telah berlangsung dengan meriah dan cerianya Kejohanan Dam Aji Terbuka Pahang Piala KDYTM Tengku Mahkota Pahang. Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sulan Ahmad Shah turut berkenan merasmikan penutup kejohanan tersebut yang dianjurkan oleh Persatuan Catur Negeri Pahang.
Lihat Berita
Lawatan Pengenalan Pegawai Daerah Kuantan
KUANTAN, 17 Disember 2018 - Pegawai Daerah Kuantan, YM Tengku Dato' Asmaliza terus mengadakan lawatan pengenalan ke unit-unit. Pegawai Daerah turut mengambil kesempatan untuk berkongsi pendapat dan pandangan untuk menambahbaik cara kerja bagi memastikan kualiti kerja yang terhasil akan memberi manfaat kepada warga Kuantan.
Lihat Berita
Program Perhimpunan YAB Menteri Besar Pahang Bersama Penjawat Awam Negeri Pahang
KUANTAN, 17 Disember 2018 – Program Perhimpunan YAB Menteri Besar Pahang Bersama Penjawat Awam Negeri Pahang telah bersiaran secara langsung dari Dewan SUK Blok C, Wisma Sri Pahang dengan disaksikan seluruh penjawat awam di Negeri Pahang . Di Kuantan, siaran secara langsung ini turut disaksikan oleh barisan Ketua Jabatan Daerah Kuantan bersama pegawai dan kakitangan PDT Kuantan.
Lihat Berita
Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam Daerah Lipis
LIPIS, 17 Disember 2018 - Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam Daerah Lipis telah berlangsung di Dewan Sultan Jubli Ahmad Shah, Kuala Lipis, Pahang. Perhimpunan ini adalah perhimpunan kali ke dua ini disiarkan secara live melalui Facebook akaun Menteri Besar Pahang...
Lihat Berita
Pegawai Daerah terima darjah kebesaran
KUANTAN, 8 Disember 2018 - Pegawai Daerah Lipis, Dato' Mohd Hafizi bin Ibrahim adalah antara 34 individu yang telah dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP). Penganugerahan pingat itu telah membawa gelaran Dato' adalah sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun...
Lihat Berita
Program Perhimpunan Pagi Penjawat Awam Negeri Pahang Peringkat Daerah Bera
BERA, 17 Dis - Perhimpunan yang dikelokakan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang ini telah diadakan serentak di setiap daerah di negeri ini bermula pada jam 8:00 pagi.
Lihat Berita
Program Derma Darah
BERA, 13 Dis - Seramai 35 orang telah menderma darah bagi Program Derma Darah Anjuran Jabatan Patologi, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh Dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Bera bertempat di Lobi Pejabat Daerah dan Tanah Bera
Lihat Berita
MB bersama Penjawat Awam Cameron Highlands
TANAH RATA, 12 Disember 2018 - Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini mengadakan lawatan bersama penjawat awam di Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands. Ini merupakan kali kedua beliau turun padang ke jabatan tersebut sejak menyandang jawatan Menteri Besar.
Lihat Berita
Taklimat dan Simulasi Tugas Serta Tanggungjawab Petugas di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Banjir 2018/2019
KUANTAN, 05 Disember 2018 – PDT Kuantan telah mengadakan program taklimat dan simulasi tugas dan tanggungjawab kepada petugas tentang aktiviti-aktiviti di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) bertujuan untuk memastikan ketersediaan petugas banjir di kalangan pegawai dan kakitangan PDT Kuantan.
Lihat Berita
PDT Kuantan Di Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Tahun 2018
Kuantan, 15 November 2018 - Satu Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Pejabat Setiausaha Kerajaan dan Pejabat Daerah dan Tanah Pahang Tahun 2018 telah diadakan bertempat di Dewan Utama, Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS).
Lihat Berita
Majlis Perjumpaan YB Setiausaha Kerajaan Pahang Bersama Pegawai dan Kakitangan PDT Kuantan
KUANTAN, 03 Disember 2018 – Majlis Perjumpaan bersama YB Setiausaha Kerajaan Pahang bersama Pegawai dan Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kuantan telah berlangsung dengan jayanya di Kompleks Dagangan Mahkota, Bandar Indera Mahkota , Kuantan. Dengan kehadiran lebih 120 pegawai dan kakitangan PDT Kuantan, YB Setiausaha Kerajaan Pahang mengambil peluang dan ruang yang ada untuk turut menyampaikan amanat untuk semua warga yang hadir.
Lihat Berita
Bengkel myPortfolio PDT Kuantan
KUANTAN, 30 November 2018 - Bengkel selama 2 hari yang dijalankan kepada warga PDT Kuantan telah dapat memberi gambaran yang lebih mendalam bagaimana penyediaan myProtfolio disediakan. Bengkel yang berlangsung pada 29 November hingga 30 November 2018 turut dihadiri serta diselia oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Daerah), Puan Nor Diana bt Ismail.
Lihat Berita
PDT Lipis ungguli Pertandingan Perarakan
LIPIS, 19 November 2018 - Kontinjen PDT Lipis muncul juara bagi Pertandingan Sepanduk dan Perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul dan Tilawah Al Quran peringkat Daerah Lipis bagi tahun 1440 Hijrah/2018 Masihi telah diadakan di Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis..
Lihat Berita
Musa, Haizi juara tilawah Al-Quran
TANAH RATA, 15 November 2018 - Qari Musa Ahmad Fauzi dan qariah Nur Haizi Hamzah muncul johan sempena Majlis Tilawah Al-Quran tahun 2018/1440H yang berlangsung di Dewan Puncak Arabella, Tanah Rata, pagi tadi.
Lihat Berita
Bengkel myPortfolio Siri 1/2018
BENTONG, 8 November 2018 - Satu bengkel pembangunan myPortfolio telah diadakan bertempat di Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) mulai semalam bertujuan untuk membiasakan warga Pejabat Daerah dan Tanah Bentong dengan myPortfolio yang akan digunapakai menggantikan Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja sebagai panduan kerja sektor awam.
Lihat Berita
Majlis Keberangkatan Pemangku Raja Pahang ke Lawatan Kerja di Janda Baik
BENTONG, 1 November 2018 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah sudi bercemar duli untuk satu lawatan kerja di sini pada hari ini. Lawatan tersebut bertujuan untuk meninjau perkembangan Pembinaan Projek Penghantaran Tenaga Nasional Berhad (TNB), di Kampung Janda Baik.
Lihat Berita
Banjir kilat di Kampung Sungai Lik
CHEKA 1, 3 November 2018 - Akibat hujan lebat yang berterusan di Kampung Limau Purut, paras air di Kampung Sungai Lik telah meningkat dan menyebabkan kejadian banjir kilat berlaku kira – kira jam 6.30 pagi. Difahamkan kejadian tersebut telah menyebabkan...
Lihat Berita
Pertandingan Gendang Ketawak dan 1001 Rasa Sambal Hitam
GUA, 25 Oktober 2018 - Pertandingan Gendang Ketawak dan 1001 Rasa Sambal Hitam Tertutup daerah Lipis telah diadakan pada 25 Oktober 2018 sempena Karnival Lipis 2018.Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Penyelarasan Mukim Gua dengan...
Lihat Berita
Kursus Induksi Khusus PDT Kuantan
KUANTAN, 17 Oktober 2018 - Memberi pendedahan kepada pegawai dan kakitangan yang baharu dilantik dan ditukarkan tentang fungsi Bahagian/Unit di PDT Kuantan
Lihat Berita
HSN Disambut Meriah
KUANTAN, 13 Oktober 2018 - Program Hari Sukan Negara (HSN) 2018 yang diraikan pada setiap Sabtu minggu kedua Oktober setiap tahun telah diadakan dengan meriahnya di Kompleks Belia dan Sukan, Kuantan. Program HSN 2018 Peringkat Negeri Pahang telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Wan Rosdi bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang.
Lihat Berita
Pelupusan Kertas Undi dan Dokumen PRU Ke-14
KUANTAN, 28 September 2018 - Pelupusan kertas undi dan dokumen-dokumen pilhan raya umum ke-14 (PRU-14) bagi Parlimen Paya Besar P.084 telah dilaksanakan setelah mendapat mandat dari Pejabat Pilihan Raya Negeri Pahang dalam suratnya yang bertarikh 17 Ogos 2018. Pelupusan kertas undi dan dokumen PRU Ke-14 telah diadakan di Kompleks Penghulu Mukin Kuantan Kuala Kuantan 1, Pusat Pertumbuhan Desa Soi, Kuantan.
Lihat Berita
SUKANEKA 2018
KUANTAN, 29 September 2018 – Biro Sukan Kelab PETANDA Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan telah memulakan program sulungnya pada tahun 2018 dengan penganjuran SUKANEKA 2018 dengan kerjasama Biro Sosial PETANDA. Kemeriahan program turut dirai bersama ahli keluarga dengan pelbagai acara sukaneka.
Lihat Berita
Kesedaran Memelihara Dan Memulihara Hutan Simpan Tasek Bera (RAMSAR) Menerusi Program Go Green With SASET Daerah Bera
BERA, 23 Sept - Program Go Green with SASET yang diadakan baru-baru ini di Hutan Simpan Tasek Bera (RAMSAR) berdekatan dengan Ladang FGV Tembangau 8,
Lihat Berita
Pemangku Raja Pahang Sertai Billfish International Challenge 2018
ROMPIN 15 September 2018 Bersamaan 5 Muharam 1440 Hijrah – Cabaran memburu ikan layaran ‘Royal Pahang Billfish International Challenge (RPBIC) pada tahun ini lebih bermakna dengan penyertaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.
Lihat Berita
Gaya hidup sihat membina kerjaya
LIPIS, 6 September 2018 - Seramai 50 orang kakitangan PDT Lipis telah terpilih untuk mengikuti Kursus Gaya Hidup Sihat Membina Kerjaya yang telah diadakan di Kem Bina Negara Lipis. Peserta yang dipilih adalah berdasarkan senarai kakitangan yang diklasifikasikan mengikut...
Lihat Berita
Rancang sebelum terlambat
LIPIS, 5 September 2018 - Ceramah kesedaran berkaitan pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) telah diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis. Ceramah yang berlangsung kira-kira jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi telah dihadiri oleh 40 orang ...
Lihat Berita
Sambutan Hari Malaysia 2018 Peringkat Negeri Pahang
LIPIS, 16 September 2018 - Sambutan Hari Malaysia 2018 Peringkat Negeri Pahang telah berlangsung dengan penuh semangat patriotisme di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Lipis. Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati...
Lihat Berita
Ribut di Kampung Mela Tengah
CHEKA 1, 04 September 2018 – Kejadian bencana ribut telah berlaku di Kampung Mela Tengah, Kuala Lipis yang mengakibatkan kerosakan sebuah rumah. Pengerusi JKKK Mela serta penduduk kampung telah melawat dan meninjau keadaan rumah mangsa.
Lihat Berita
Kerosakan bahagian atap rumah
CHEKA 2, 3 September 2018 – Satu kejadian bencana ribut telah berlaku di Kampung Kerambit, Mukim Cheka 2, Kuala Lipis. Kejadian berlaku kira-kira jam 6.00 petang telah melibatkan kerosakan sebuah rumah penduduk kampung. Penghulu Mukim Cheka 2, Encik Mohamad Faiz bin..
Lihat Berita
Pelupusan kertas undi PRU ke-14 bagi Parlimen Lipis
LIPIS, 12 September 2018 - Pelupusan kertas undi dan dokumen-dokumen pilhan raya umum ke-14 (PRU-14) bagi Parlimen Lipis P.079 telah dilaksanakan di Pejabat Daerah dan Tanah Lipis. Pelupusan ini adalah mengikut peraturan 25E(1) Peraturan-peraturan Pilihan Raya...
Lihat Berita
Perarakan PEDATA-BAKA tingkat semangat patriotik
TANAH RATA, 14 September 2018 - Program Perarakan Patriotik PEDATA - BAKA sempena menyambut Hari Malaysia boleh dijadikan platform kepada penjawat awam dalam meningkatkan semangat patriotik kepada negara.
Lihat Berita
Sambutan Maal Hijrah Meriah
KUANTAN, 11 September 2018 - Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan merasmikan sambutan Maal Hijrah yang bertemakan “Menyantuni Umat Membawa Berkat” di Masjid Negeri Sultan Haji Ahmad 1, Kuantan. Turut hadir pada sambutan itu ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh dan Timbalan Menteri Kerja Raya Mohd Anuar Mohd Tahir.
Lihat Berita
Merdeka ke-61
PEKAN, 31 Ogos 2018 - Sambutan Hari Merdeka Ke-61 disambut dengan meriah. Pelbagai agensi Kerajaan, Bukan Kerajaan, Kelab-Kelab dan pelbagai lagi bergabung tenaga menjayakan hari ulangtahun hari yang bertuah ini. Upacara ini dirasmikan oleh Pegawai Daerah Pekan, Haji Yusli bin Ibrahim Mohd Yunus.
Lihat Berita
Penilaian Penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah dan Kuantan
KUANTAN, 05 September 2018 - Program Penilaian Penarafan Bintang Pentadbiran Tanah 2018 telah diadakan pada 03 September hingga 05 September 2018 di Pentadbiran Daerah dan Tanah Kuantan. Kedatangan para panel yang dilantik pada kali ini adalah untuk memastikan penyediaan dokumen pembuktian SSR menetapi kehendak pengauditan. Kakitangan dan pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan telah memberikan fokus dan komitmen yang terbaik sehingga selesai sesi pengauditan.
Lihat Berita
Hari Kebangsaan 2018 penuh patriotik
CAMERON HIGHLANDS, 31 Ogos 2018 - Hari Kebangsaan 2018 disambut meriah dengan pelbagai persembahan dan pertunjukan menghiasi sepanjang berlangsungnya acara itu di Padang Awam Majlis Daerah Cameron Highlands, dihadiri pelbagai lapisan masyarakat dengan penuh semangat patriotik selaras temanya "Sayangi Malaysiaku".
Lihat Berita
PDRM muncul Kontinjen Keseluruhan Terbaik
LIPIS, 31 Ogos 2018 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) muncul sebagai Kontinjen Keseluruhan Terbaik bagi perarakan dan perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2018 Peringkat Daerah Lipis. Kontinjen PDRM telah menewaskan 34 kontinjen yang lain yang terdiri daripada...
Lihat Berita
Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2018 Peringkat Daerah Lipis
LIPIS, 31 Ogos 2018 - Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2018 Peringkat Daerah Lipis telah berlangsung di Dataran Orang Kaya Haji, Kuala Lipis dalam suasana yang meriah. Sambutan yang menjadi acara tahunan di daerah Lipis ini dihadiri oleh wakil kerajaan negeri Pahang iaitu YB Dato'.
Lihat Berita
Kemeriahan Sambutan Hari Kemerdekaan
KUANTAN, 31 Ogos 2018 - Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan menghadiri majlis sambutan Hari Kebangsaan 2018 peringkat negeri di perkarangan Jalan Mahkota, di sini, hari ini.
Lihat Berita
Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2018 Peringkat Daerah Rompin Meriah
ROMPIN, 31 Ogos 2018 - Sempena bulan kemerdekaan dan semangat cintakan negara, Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2018 Peringkat Daerah Rompin telah diadakan baru-baru ini bertempat di Pantai Hiburan. Dengan penyertaan kontijen dari pelbagai agensi kerajaan, agensi bukan kerajaan dan institusi pendidikan, sambutan pada tahun ini...
Lihat Berita
Sambutan Hari Kebangsaan 2018 Peringkat Daerah Bera Disambut Secara Sederhana Namun Meriah
BERA, 31 Ogos - Sambutan Hari Kebangsaan 2018 Peringkat Daerah Bera bertempat di Padang Awam Majlis Daerah Bera telah disambut dengan jayanya pada 31 Ogos 2018 yang lalu
Lihat Berita
Persediaan Sambutan Kemerdekaan Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan
KUANTAN, 30 Ogos 2018 - Tanggal 31 Ogos 2018 yang bakal tiba esok menyaksikan suasana hari kemerdekaan disambut saban tahun menjadi agenda penting kepada seluruh rakyat Malaysia. Tinjauan di sekitar bandar Kuantan mendapati jabatan dan agensi kerajaan sudah mengibarkan bendera Jalur Gemilang sebagai persediaan menyambut hari ulangtahun kemerdekaan negara ke-61 yang bertemakan Sayangi Malaysiaku.
Lihat Berita
Program Pementoran Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan
KUANTAN, 20 Ogos 2018 - Satu taklimat kepada peserta Program Pementoran Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan telah diadakan pada hari ini telah membuktikan pentadbiran ini mengambil berat tentang usaha bagi melahirkan kakitangan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Taklimat dihadiri oleh enam belas (16) orang peserta yang terdiri daripada pelbagai bidang jawatan dan peringkat.
Lihat Berita
Kejohanan Menembak Piala Dato Setia Wangsa Pahang, Dato' Hj. Mustafar Bin Abu Bakar
ROMPIN, 27 Ogos 2018 - Bertempat di Hutan Simpan Endau, satu program pertandingan telah diadakan dengan jayanya iaitu Kejohanan Menembak Piala Dato Setia Wangsa Pahang, Dato' Hj. Mustafar Bin Abu Bakar. Turut menyertai pertandingan ini adalah Pegawai Daerah Rompin, Dato' Mohd Zulkifli Bin Hashim....
Lihat Berita
Ahmad Tarmizi sihat, stabil
KUALA LIPIS, 27 Ogos 2018 - Renjer Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Taman Negara(Perhilitan) Ahmad Tarmizi Ahmad Japli,30, dilaporkan dalam keadaan sihat dan stabil. Tarmizi dimasukkan ke Hospital Kuala Lipis semalam untuk rawatan selepas hilang 14 hari di Hutan Simpan...
Lihat Berita
Moga Tarmizi berjaya ditemui
LIPIS, 16 Ogos - Seorang renjer hutan dilaporkan hilang selepas menyertai aktiviti kaji selidik harimau di Hutan Simpan Yong dalam kawasan Taman Negara di Jerantut sejak Sabtu lalu. Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Sani Harul ...
Lihat Berita
Memperkasakan peranan pembantu tadbir
CHEKA 1, 8 Ogos 2018 – Bahagian Pembangunan Daerah PDT Lipis telah menganjur Taklimat Asas Pengurusan Tanah yang bertempat di Pusat Internet Kampung Mela. Taklimat diadakan khusus untuk pembantu tadbir (perkeranian/ operasi) yang bertugas di pejabat-pejabat penghulu...
Lihat Berita
Kursus Asas Penggunaan E-mel Rasmi Jabatan Siri V hingga VIII
KUANTAN, 16 Ogos 2018 - Kursus Asas Penggunaan E-mel Rasmi Jabatan siri yang seterusnya telah diadakan pada 14 Ogos hingga 15 Ogos 2018 yang lalu. Dengan mengekalkan lokasi bilik latihan yang sama, kursus menempatkan sehingga 60 orang peserta lagi yang terdiri daripada kakitangan PDT Kuantan.
Lihat Berita
Kembara Merdeka Jalur Gemilang: Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Daerah Rompin, Pahang
LEBAN CHONDONG, 12 Ogos 2018 - Sempena sambutan bulan kebangsaan, satu program telah diadakan di Dewan Serbaguna Orang Ramai Kg. Leban Chondong, Rompin iaitu Kembara Merdeka Jalur Gemilang: Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Daerah Rompin, Pahang.
Lihat Berita
PEDATAR: Ekspedisi Menjelajah Hutan Simpan Lesung dan Air Terjun Harimau Berjemur
ROMPIN, 10 Ogos 2018 - Pada hari Jumaat yang lepas, Kelab PEDATAR (Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin) telah mengadakan satu ekspedisi menjelajah ke Hutan Simpan Lesung, yang terletak di dalam daerah Kuala Rompin dan juga misi ke Air Terjun Harimau Berjemur.
Lihat Berita
Program Go Green With SASET disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang
ROMPIN, 10 Ogos 2018 - Bagi memupuk nilai-nilai murni pada penmeliharaan alam sekitar, SASET dengan kerjasama Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin telah mengadakan satu program Go Green With SASET di Hutan Simpan Bukit Ibam, Rompin baru-baru yang telah disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang...
Lihat Berita
Cameron Ultra Trail (CULTRA) 2018
TANAH RATA, 27 Julai 2018 - Cameron Highlands sememangnya merupakan cabaran kepada pelari-pelari kerana laluan trek yang unik di samping menikmati keindahan alam semulajadinya yang menarik. Cameron Ultra Trail (CULTRA) 2018 bukan sahaja dapat menghimpunkan semua pelari dari Malaysia namun turut menarik perhatian pelari-pelari dari luar negara.
Lihat Berita
Majlis MB di PDT Pekan
PEKAN, 15 Ogos 2018 - 'Tok Wan' di Pejabat Daerah dan Tanah Pekan. Sempena lawatan ke Kompleks Kerajaan Daerah Pekan dan Mesyuarat Majlis Kerajaan Pahang di sini dalam siri jelajah Daerah Pekan. Turut beramah mesra dengan kakitangan awam di kompleks ini dengan bersama bersarapan di Kantin KESPADA. Dihadiri oleh lebih kurang 500 orang kakitangan awam bersama meraikan kehadiran Menteri Besar Pahang itu.
Lihat Berita
Kursus Pengurusan Pejabat dan Khidmat Pelanggan
KELAB GOLF SAS, 26 Julai 2018 - Kunci kejayaan sesebuah jabatan antara lainnya terletak di atas cara mana pekerjanya melayani para pelanggan, baik dalaman mahupun pelanggan luaran.
Lihat Berita
Semarakkan semangat patriotisme
LIPIS, 10 Ogos 2018 – Sempena Hari Kebangsaan 2018 yang bakal disambut oleh rakyat Malaysia tidak lama lagi, Pejabat Daerah dan Tanah Lipis telah mengadakan program mengedarkan bendera Jalur Gemilang kepada pengguna jalan yang melalui jalan di antara Dataran Orang...
Lihat Berita
Laluan terputus setelah pokok tumbang
CHEKA 1, 1 Ogos 2018 – Wayar elektrik bervoltan tinggi telah tumbang akibat ditimpa oleh sebatang pokok. Kejadian berlaku kira-kira jam 8.00 malam di hadapan rumah Puan Kiah di Kampung Mela. Menurut penduduk kampung, kejadian tersebut adalah disebabkan hujan yang...
Lihat Berita
Majlis Perasmian Padang KESPADA
Pekan. 8 Ogos 2018, Rabu - Bersebelahan Balai Bomba Peramu, Piala Pusingan Pegawai Daerah telah diadakan bagi merasmikan padang baru KESPADA PDT Pekan. Perebutan Piala ini diantara Pejabat Daerah menentang Pejabat Tanah. Bola sepak dan Bola jaring kedua-duanya dimenangi oleh Pejabat Tanah. Acara ini dirasmikan oleh Pegawai Daerah sendiri.
Lihat Berita
Banjir kilat di Sungai Lik
CHEKA 1, 1 Ogos 2018 – Akibat hujan lebat yang berterusan di Kampung Limau Purut, paras air di Sungai Lik telah meningkat. Peningkatan paras air sungai hingga ke ketinggian kira-kira 8 sm. Banjir tersebut telah menutupi sebahagian jalan yang menghubungkan Kampung...
Lihat Berita
Majlis Kesyukuran & Perpisahan
Pekan. 8 Ogos 2018, Rabu - Bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Pekan, KESPADA telah menganjurkan Majlis Kesyukuran dan Perpisahan sempena pertukaran pegawai ke jabatab lain serta kesyukuran salah seorang dari pegawai PDT Pekan akan berangkat ke Mekah menunaikan Ibadah Haji. Dihadiri oleh semua kakitangan PDT Pekan.
Lihat Berita
Kerosakan kediaman akibat ribut
CHEKA 2, 1 Ogos 2018 – Satu kejadian bencana ribut telah berlaku di Kampung Kuala Kenong, Kuala Lipis yang melibatkan kerosakan empat buah rumah penduduk akibat dari bencana ribut tersebut. Penghulu Mukim Cheka 1 dan memangku Cheka 2, Encik Muhamad Faiz...
Lihat Berita
Kursus Asas Penggunaan E-mel Rasmi Jabatan Siri I hingga IV
KUANTAN, 26 Julai 2018 - Kursus Asas Penggunaan E-mel Rasmi telah diadakan di Bilik Latihan Komputer, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang pada 25 hingga 26 Julai 2018. Sebanyak empat (4) sesi telah diadakan sepanjang dua (2) hari berkursus ini yang melibatkan 60 orang peserta dari Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan.
Lihat Berita
Galak pekebun cintai hutan
KG. RAJA, 17 Julai 2018 - Hutan adalah satu komponen penting dalam sistem biofizikal di negara ini selain membekalkan kayu-kayan serta pelbagai hasil hilirannya.
Lihat Berita
Sambutan Aidilfitri PDT Cameron Highlands
PDT C.HIGHLANDS, 12 Julai 2018 - Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di sini. Majlis ini diadakan bagi menikmati pelbagai juadah enak yang disediakan di samping dapat bertemu mesra mengeratkan silaturahim dan bermaaf-maafan sempena Aidilfitri.
Lihat Berita
Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Pahang
TANAH RATA, 4 Julai 2018 - Semua ketua jabatan daerah beserta kakitangan dari pelbagai jabatan dan agensi di Cameron Highlands telah berkumpul pada pagi ini bagi menghadiri Perhimpunan Pagi Penjawat Awam Negeri Pahang Tahun 2018.
Lihat Berita
Pemeriksaan kesihatan berkala bagi warga kerja
LIPIS, 11 Julai 2018 – Pemeriksaan Kesihatan Siri 1 bagi warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Lipis telah berlangsung dengan lancar. Program ini adalah anjuran bersama Sukarelawan Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) Plus dan Pejabat Kesihatan Daerah Lipis...
Lihat Berita
Pemantapan produktiviti kerja pembantu tadbir
PEKAN, 13 Julai 2018 – Satu lawatan kerja telah diadakan ke Pejabat Penghulu Mukim Pekan 1 yang diketuai oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Daerah) dan disertai oleh Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat), Pembantu Tadbir (Pembangunan..
Lihat Berita
Kerosakan tanaman akibat serangan gajah liar
CHEKA 1, 10 Julai 2018 - Penghulu Mukim Cheka 1, Encik Mohamad Faiz bin Abdullah telah melawat kawasan tanaman getah yang rosak akibat daripada serangan gajah liar di TSB Mempelas, Kampung Talus. Lawatan tersebut turut disertai oleh Pegawai Perhilitan...
Lihat Berita
Bakal menganjurkan kejohanan gasing berimpak besar
GUA, 7 Julai 2018 – Kejohanan Gasing Pangkah Tradisional Terbuka Jemputan Mukim Gua 2018 anjuran Persatuan Gasing Pangkah Mukim Gua dengan Pejabat Daerah Dan Tanah Lipis dan Tourism Pahang. Kejohanan tersebut telah disertai 6 pasukan yang melibatkan peserta...
Lihat Berita
Menaiktaraf astaka Pekan Kerambit
CHEKA, Lipis – 3 Julai 2018 - Pegawai Daerah Lipis, Encik Mohd Hafizi bin Ibrahim, Penghulu Mukim Cheka 1 dan 2, Encik Mohamad Faiz bin Abdullah, Penolong Jurutera Bahagian Pembangunan Daerah serta Pengerusi JKKK Kampung Kerambit telah membuat lawatan projek...
Lihat Berita
Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam Negeri Pahang
KUANTAN, 03 Julai 2018 - Satu Majlis Perhimpunan Bulanan untuk Penjawat Awam di Negeri Pahang bersama Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail telah berlangsung seawal jam 820 pagi.
Lihat Berita
Exit-Conference : Pra-Penilaian Penarafan Bintang Pentadbiran Tanah
KUANTAN, 06 Julai 2018 - Penilaian Penarafan Bintang atau lebih dikenali sebagai Sistem Star Rating (SSR) kini memasuki fasa baharu pada tahun 2015 berikutan pengenalan model baharu penarafan iaitu Indeks Penarafan Bintang (Indeks SSR). Model penilaian ini memperkenalkan dua (2) bidang fokus baharu iaitu Transformasi dan Inovasi selain mengekalkan dua (2) bidang fokus sedia ada iaitu Pematuhan dan Kualiti.
Lihat Berita
Selamat Datang Panel Pra Penilaian Penarafan Bintang (SSR)
KUANTAN, 05 Julai 2018 - Penarafan Bintang atau “System Star Rating” (SSR) telah diperkenalkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) pada awal tahun 2007. Y.A.B. Perdana Menteri telah menyarankan supaya penarafan bintang merupakan salah satu mekanisme pengukuran prestasi budaya kecemerlangan Agensi-agensi Kerajaan dalam Perkhidmatan Awam.
Lihat Berita
TAHNIAH Pasukan KIK KUANTAN GO
KUANTAN, 16 November 2017 - Menampilkan projek permohonan pelekat bagi mengangkut bahan batuan telah meletakkan KUANTAN GO peroleh tempat ke-4. TAHNIAH untuk semua.
Lihat Berita
Laksana tugas tanpa mengira perbezaan ideologi politik
KUALA LIPIS, 3 Julai 2018 - Satu Majlis Perhimpunan Bulanan untuk Penjawat Awam di Negeri Pahang bersama Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail telah berlangsung pada jam 8.00 pagi sehingga...
Lihat Berita
Perbincangan Bagi Menghadapi Pra SSR
Perbincangan diketuai oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Daerah)
Lihat Berita
Taklimat Pra Penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah Tahun 2018
KUANTAN, 21 Jun 2018 - Pra-Penilaian Sistem Penarafan Bintang (SSR) bagi Pentadbiran Tanah akan dijalankan pada 04 hingga 06 Julai 2018 di Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan. Antara objektif taklimat pra penarafan bintang ini adalah sebagai persediaan bagi menghadapi sesi penilaian penarafan bintang akan datang.
Lihat Berita
Majlis Khatam Al-Quran 2018 / 1439 Hijrah
KUANTAN, 12 Jun 2018 - Marilah kita bersama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya jua, dapatlah kita berhimpun pada hari ini sempena Majlis Khatam Al-Quran 2018/1439H anjuran Biro Agam, Kelab PETANDA.
Lihat Berita
Saksikan Video Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Tahun 2018
Jom saksikan video ucapan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI oleh Pegawai Daerah Rompin bersama-sama seluruh wargakerja Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin bagi tahun 2018, dengan ingatan tulus ikhlas, maaf zahir dan batin.
Lihat Berita
Projek Rumah Banjir Kampung Beluan
LIPIS, 6 Jun 2018 - Pegawai Daerah Lipis, En. Hafizi bin Ibrahim dan Ketua Penolong Pegawai Daerah Lipis, Bahagian Pembangunan Daerah, Puan Wan Azlida Binti Wan Muda telah membuat lawatan ke Kampung Beluan, Kerambit bertujuan untuk melawat tapak bagi Projek...
Lihat Berita
Eratkan hubungan antara keluarga diraja dan rakyat
LIPIS, 25 Mei 2018 - Program Kembara Ramadan Temenggong 2018 telah disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang Tengku Fadh Mua'adzam Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah melalui Program Bersahur yang diadakan di ....
Lihat Berita
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan
KUALA LIPIS, 5 Jun 2018 – Satu kejadian bencana alam telah berlaku di Kampung Tanjung Besar Hulu dimana sebatang pokok durian tua telah menghempap rumah yang didiami oleh penduduk bernama Ahmad bin Sentol berusia 72 tahun. Kejadian berlaku kira - kira pada pukul.....
Lihat Berita
Majlis Pengurniaan Anugerah Kecemerlangan, Khatam Hafazzan Al-Quran dan Majlis Berbuka Puasa Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP)
KUANTAN, 05 Jun 2018 - Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan bertitah sempena Majlis Pengurniaan Anugerah Kecemerlangan, Khatam Hafazan al Quran dan Majlis Berbuka Puasa Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP).
Lihat Berita
PEDATAR Bersama World #QuranHour, Majlis Khatam Al-Quran
ROMPIN, 7 Jun 2018 bersamaan 22 Ramadan 1439H - Sempena hari membaca Al-Quran satu dunia, kelab PEDATAR (Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin) telah mengadakan satu Majlis PEDATAR bersama World #QuranHour bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin.
Lihat Berita
Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat Serta Pengurniaan Sumbangan Disempurnakan Oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang
PEKAN. 1 Jun 2018, Jumaat - Bertempat di Masjid Jamek Kota Perdana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang telah mencemar duli berbuka puasa bersama rakyat dan menyempurnakan pengurniaan sumbangan kepada golongan yang memerlukan. Turut mengiringi, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Lihat Berita
Gotong-royong Memasak Bubur Lambuk KESPADA PDT Pekan
PEKAN. 31 Mei 2018, Khamis - Sempena Bulan Ramadan yang mulia ini, gotong-royong memasak bubur lambuk oleh KESPADA Pejabat Daerah dan Tanah Pekan telah diadakan. Dua periuk bubur lambuk ini diagihkan kepada semua ahli kelab dan juga kepada semua jabatan di Kompleks Pentadbiran Daerah disini.
Lihat Berita
Majlis Berbuka Puasa Bersama-sama Rakyat Dan Pengurniaan Sumbangan
KUANTAN. 24 Mei 2018 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah bersama kira-kira 800 orang tetamu pada Majlis Berbuka Puasa Bersama-sama Rakyat di Masjid Kampung Chendor dekat sini.
Lihat Berita
Kembara Ramadan Temenggung ke Cameron Highlands
BRINCHANG, 26 Mei 2018 - Kembara Ramadan Temenggong merupakan program yang disertai oleh putera bongsu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang ...
Lihat Berita
Majlis Berbuka Puasa Dan Pengurniaan Sumbangan
KUANTAN, 19 Mei 2018 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah berkenan menyantuni majlis berbuka puasa dan pengurniaan sumbangan kepada golongan yang memerlukan di Masjid Kampung Paya Bungor seawal 4 Ramadhan 1439 Hijrah.
Lihat Berita
Kembara Ramadan Temenggong 2018
KUANTAN, 20 Mei 2018 - Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Mua’adzam Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah menjayakan program Kembara Ramadan Temenggong 2018 di Persatuan Pemulihan Orang Cacat (PPOC) Negeri Pahang, Sungai Lembing.
Lihat Berita
Saksikan MV Raya PEDATAR BAND: DENDANG PERANTAU (Akustika Versi Raya 2018)
ROMPIN, 28 Mei 2018 - Jom saksikan video muzik kedua terbaru daripada PEDATAR BAND (Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin) berjudul 'Dendang Perantau - Akustika versi Raya 2018' yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham P.Ramlee sewaktu ketika dulu.
Lihat Berita
Saksikan MV Raya PEDATAR BAND: KU POHON RESTU AYAH BONDA (Akustika Versi Raya 2018)
ROMPIN, 28 Mei 2017 - Jom saksikan video muzik terbaru daripada PEDATAR BAND (Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin) berjudul 'Ku Pohon Restu Ayah Bonda - Akustika versi Raya 2018' yang pernah dipopularkan oleh Mamat (Exist) sewaktu ketika dulu.
Lihat Berita
Pemangku Raja Pahang Mahu Kebajikan Rakyat Dipelihara
ROMPIN, 25 Mei 2018 - Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah bertitah agar kerajaan yang baru ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) memelihara kebajikan rakyat dan sentiasa diberi keutamaan.
Lihat Berita
Majlis Tadarus Al-Quran
Sempena Bulan Ramadan yang mulia ini, Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Pekan mengambil kesempatan mengadakan tadarus Al-Quran. Diadakan pada sebelah pagi bermula dengan Slot Tafsir Quran oleh ustaz jemputan dan disusuli dengan tadarus.
Lihat Berita
Masjid sebagai Produk Pelancongan
KG. RAJA, 23 Mei 2018 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bertitah agar masjid diberikan perhatian sebagai produk pelancongan ...
Lihat Berita
Portfolio bagi Ahli-Ahli MMK Negeri
PDT C.HIGHLANDS, 23 Mei 2018 - Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail yang pertama kali mempengerusikan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri hari ini, telah mengumumkan senarai portfolio bagi kesemua ...
Lihat Berita
Program Kembara Ramadhan Temenggong 2018 Bersama Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang
ROMPIN, 22 Mei 2018 - Sempena sambutan bulan ramadhan yang penuh dengan kemulian ini, satu program telah diadakan iaitu Program Kembara Ramadhan Temenggong 2018 dengan Keberangkatan Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang.
Lihat Berita
Program Ihya Ramadhan PDT Lipis
KUALA LIPIS, 16 Mei 2018 - Satu program berunsurkan kerohanian telah dijalankan di Bilik Gerakan PDT Lipis. Program yang berlangsung selama tiga jam adalah sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Bahagian Latihan mengambil inisiatif mengadakan Program...
Lihat Berita
Pilihanraya Ke-14 Parlimen Paya Besar
KUANTAN, 09 Mei 2018 - Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Shahar Abdullah menepati ramalan apabila memenangi kerusi Parlimen Paya Besar selepas memperoleh majoriti 5,742 undi dengan menewaskan calon PKR dan PAS. Keputusan pilihanraya bagi Parlimen Paya Besar diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Paya Besar, Dato' Zaliza b Zulkipli di Stadium Tertutup SUKPA, Bandar Indera Mahkota.
Lihat Berita
Penamaan Calon PRU 14 N.085 Parlimen Pekan
28 April 2018, Sabtu. Penamaan Calon Pilihanraya ke 14 telah diadakan di Dewan Konvesyen Sultan Ahmad Shah, Pekan
Lihat Berita
Hari Penamaan Calon PRU 14 Parlimen Paya Besar
KUANTAN, 28 April 2018 - Penamaan calon bagi PRU14 akan berlangsung pada 28 April 2018 (Sabtu) di seluruh negara melibatkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dun. Tempoh mengemukakan kertas penamaan calon bermula 9 pagi hingga 10 pagi di 222 pusat penamaan calon antaranya terdiri daripada pejabat daerah, pejabat tanah, dewan orang ramai dan dewan sekolah di seluruh Malaysia.
Lihat Berita
Wan Rosdy angkat sumpah MB Pahang baharu
PEKAN, 15 Mei 2018 - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang yang baharu di Istana Sultan Abu Bakar di sini, sebentar tadi. Ketua UMNO Bahagian Cameron Highlands berusia 60 tahun...
Lihat Berita
Program Ziarah Kebajikan PUSPANITA Negeri Pahang
KUANTAN, 03 Mei 2018 - Program Ziarah Kebajikan PUSPANITA bersama Ybhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan Ybhg. Puan Sri Datuk Seri Rohani Abdullah ini juga menitikberatkan kesedaran kepada masyarakat amnya dan ahli PUSPANITA khususnya dalam kepentingan hubungan bersama komuniti. Program ini juga memberi impak positif kepada ahli PUSPANITA dari segi kemahiran insaniah.
Lihat Berita
Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit - Bahagian Pengurusan Daerah PDT Rompin
ROMPIN, 24 April 2018 - Bagi menyahut aktiviti Program JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT di setiap agensi, Bahagian Pengurusan Daerah Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin telah meluangkan masa bersama-sama untuk menjayakan matlamat tersebut.
Lihat Berita
Lebuh raya siap lebih awal, jimat RM36 juta
KUALA LIPIS, 25 April 2018 - Laluan pakej 3 projek Central Spine Road (CSR) antara Merapoh ke Kampung Kubang Rusa sejauh 14 kilometer mula dibuka kepada pengguna jalan raya mulai hari ini. Majlis pembukaan jalan empat lorong bernilai RM140 juta itu telah dirasmikan...
Lihat Berita
Lawatan Tapak Ke Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP)
KUANTAN, 16 April 2018 - Lawatan tapak ke Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) oleh YB Setiausaha Kerajaan Pahang yang telah diadakan bersama Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), JKKB, JKKR dan JPP daerah Kuantan.
Lihat Berita
MBD Rompin hargai jasa atlet
KUALA ROMPIN, 16 April 2018 - Majlis Belia Daerah (MBD) Rompin bangga kejayaan dua atlet angkat berat daerah ini yang masing-masing membawa pulang pingat emas dan gangsa di Sukan Komanwel Gold Coast 2018.
Lihat Berita
Memang murah, tapi belilah berpada-pada: Mohd Johari
KUALA ROMPIN, 16 April 2018 - “Sesiapa pun boleh datang. Tiada halangan, tapi belilah dengan berpada-pada," kata Ketua Pemuda Umno Rompin, Datuk Seri Mohd Johari Hussain," katanya kepada pembeli di Jualan Sentuhan Rakyat…
Lihat Berita
Perlawanan Bowling Di Antara Rumah Sukan Kelab PEDATAR
KUANTAN, 31 Mac 2018 - Kelab PEDATAR Rompin telah mengadakan satu perlawanan pertandingan bowling diantara rumah sukan iaitu Rumah Gorilla Biru, Serigala Kuning dan Raptor Merah sempena mengeratkan perhubungan diantara kakitangan Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin serta memupuk minat bersukan sesama ahli kelab.
Lihat Berita
Kebersihan, Kelestarian Tanggungjawab Bersama - PEMANGKU RAJA PAHANG
ROMPIN, 20 Febuari 2018 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bertitah mengingatkan orang ramai khususnya masyarakat setempat memainkan peranan menjaga kebersihan kemudahan di sekeliling mereka.
Lihat Berita
Jangan Guna Masjid Main Politik -TENGKU ABDULLAH
ROMPIN, 19 Febuari 2018 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah memberi amaran keras kepada semua pentadbir dan ahli masjid agar tidak menjadikan masjid atau surau sebagai platform ‘bermain’ politik.
Lihat Berita
Pemangku Raja Hadiri Taklimat Pembangunan Rompin
ROMPIN. 19 Febuari 2018 bersamaan 3 Jamadilakhir 1439 Hijrah – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bercemar duli berangkat ke Pejabat Daerah dan Tanah Rompin hari ini.
Lihat Berita
Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Dan Pingat Kepada Para Penerima Sempena Sambutan Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Sultan Pahang
PEKAN, 27 Januari – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah berkenan mengurniakan Darjah-darjah Kebesaran dan Pingat-pingat Negeri Pahang Darul...
Lihat Berita
Majlis Perasmian Kempen Solat Subuh Berjemaah & Program Jelajah Masjid Berbasikal Peringkat Negeri Pahang
19 Mac 2018, Isnin. Pemangku Sultan Pahang, Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah berkenan mencemar duli merasmikan masjlis yang diadakan di Perkarangan Masjid Sultan Ahmad Shah Al-Haj, Pekan. Majlis juga diserikan dengan ceramah agama. Turut serta dihadiri oleh kakitangan pejabat awam di daerah pekan.
Lihat Berita
Majlis Perpisahan Pegawai Daerah Dato' Ali Syahbana Sabaruddin.
9 Mac 2018, Jumaat. Telah diadakan majlis perpisahan untuk Pegawai Daerah Dato Ali Syahbana Sabaruddin ke Pejabat Kewangan Negeri. Majlis yang diberi nama Majlis Lambaian Kasih, Sanjungan Budi...
Lihat Berita
Majlis Ramah Mesra YB Dato Sri Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang bersama warga PDT Pekan.
5 Mac 2018, Isnin. YB. Dato Sri Muhammad Safian Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang telah sudi hadir ke Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Pekan untuk beramah mesra bersama kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Pekan. Turut mengiringi ialah...
Lihat Berita
Pilih lupus cara selamat
KUALA LIPIS, 13 April 2018 - Satu Program Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik Isi Rumah ( Household E-Waste) bagi Daerah Lipis bersempena Hari Bumi 2018 telah diadakan pada 13 April 2018 (Jumaat) di Dewan Residen, Majlis Daerah Lipis, Pahang jam 9.00 pagi...
Lihat Berita
Penganjuran Minggu Sains Negara 2018
KUALA LIPIS, 6 April 2018 - Bersempena Penganjuran Minggu Sains Negara 2018, Unit Latihan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis telah mengambil inisiatif bagi menganjurkan program yang berkaitan. Penganjuran ini telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 13 Disember 2017...
Lihat Berita
Persediaan menghadapi PRU-14
KUALA LIPIS, 2 April 2018 - Taklimat Pengukuhan Sistem Penjumlahan Rasmi Undi Pilihanraya Umum ke-14 telah diadakan pada jam 2 petang bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis. Taklimat ini melibatkan petugas yang bertugas sebagai kerani pilihanraya....
Lihat Berita
Rancang perbelanjaan dengan berhemah
KUALA LIPIS, 2 April 2018 - Mesyuarat agung kali kedua bagi Badan Kebajikan dan Rekreasi Pejabat Daerah dan Tanah Lipis (BAHARU) telah berlangsung pada jam 3 petang bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis. Mesyuarat yang dihadiri oleh kakitangan..
Lihat Berita
Wartakan hutan di Merapoh
KUALA LIPIS, 28 Februari 2018 bersamaan 12 Jamadilakhir 1439 Hijrah – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bertitah agar kawasan hutan di Merapoh...
Lihat Berita
Dukacita lihat perpecahan terus berlaku
KUALA LIPIS, 28 Febuari 2018 bersamaan 12 Jamadilakhir 1439 Hijrah – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah menzahirkan rasa dukacita melihat perpecahan yang...
Lihat Berita
Guna wang masjid ikut syarak
KUALA LIPIS, 27 Februari 2018 bersamaan 11 Jamadilakhir 1439 Hijrah – Dana masjid termasuk sumbangan orang ramai perlu digunakan mengikut syarak dalam usaha memperkasakan pengurusan masjid dan umat Islam di negeri ini...
Lihat Berita
Beri perhatian pada sekolah menengah agama dan tahfiz
KUALA LIPIS, 27 Februari 2018 bersamaan 11 Jamadilakhir 1439 Hijrah – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bertitah agar kerajaan memberi perhatian dan...
Lihat Berita
Program Jom Sihat
JERANTUT, 2 Mac 2018 – Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut telah mengadakan Program Jom Sihat di kalangan pegawai dan kakitangan jabatan. Program telah dihadiri oleh Pegawai Daerah, YM Tengku Dato Nor Asmaliza Binti Ku Lah dan pegawai-pegawai kanan jabatan beserta semua kakitangan.
Lihat Berita
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 dan Jasamu Dikenang PDT Kuantan
KUANTAN, 20 Mac 2018 - Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2017 dan Jasamu Dikenang PDT Kuantan telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Utama, PAHANG SKILLS, Semambu, Kuantan. Majlis APC 2017 dan Jasamu Dikenang dirasmikan oleh YB. Dato' Sri Muhammad Safian b Ismail, Setiausaha Kerajaan Pahang.
Lihat Berita
Mesyuarat Pengurusan Bil 01/2018
Para pegawai PDT Kuantan bersama-sama dalam Mesyuarat Pengurusan Bil 01/2018 bagi sama-sama berkongsi idea dan pendapat bagi memastikan pengurusan PDT Kuantan bakal membawa perubahan kerja kepada warga PDT Kuantan.
Lihat Berita
Majlis Penyampaian Geran RTK Tebing Tinggi, Balok
Majlis penyampaian geran RTK Tebing Tinggi, Balok telah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Pahang kepada lebih 300 penerima pada suatu majlis yang diadakan di Dewan Seri Utama, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang.
Lihat Berita
PROGRAM MEMASAK BUBUR ASYURA ANJURAN BIRO AGAMA PEDATAR
Program Memasak Bubur Asyura Anjuran Biro Agama PEDATAR telah jayanya diadakan di ruang legar, luar bangunan Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin.
Lihat Berita
Program Temerloh Berselawat Sempena Maulidur Rasul
Program Temerloh Berselawat sempena Maulidur Rasul peringkat daerah Temerloh
Lihat Berita
Program Moh Ke Sekolah Dun Kerdau
Program Moh Ke Sekolah Dun Kerdau
Lihat Berita
Program Ceramah Integriti dan Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bagi Ketua Jabatan Daerah Raub dan Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Raub (Gred 22 dan ke atas)
4 Disember 2018, Raub - Pelbagai usaha dilakukan demi menyokong usaha membanteras jenayah rasuah, namun sekiranya tiada kerjasama, kesedaran dan pengetahuan, ianya umpama bertepuk sebelah tangan...
Lihat Berita
Kursus Asas Microsoft Office Siri 1
29 November 2017, Raub - Bertempat di Pusat Internet 1Malaysia, kursus ini secara tidak langsung telah menambah kemahiran kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Raub dalam menggunakan aplikasi asas Microsoft Office. Kursus ini telah berlangsung selama 2 hari melibatkan 2 sesi dan disertai oleh 27 orang kakitangan jabatan ini.
Lihat Berita
SAKSIKAN VIDEO ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN MAJLIS BERBUKA PUASA PEJABAT DAERAH DAN TANAH ROMPIN
Saksikan video yang telah dimuatnaik di laman Youtube Media PEDATAR sekitar Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Majlis Berbuka Puasa Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin
Lihat Berita
Majlis Perutusan 2018 Pegawai Daerah
12 Januari 2018, Jumaat. Majlis Perutusan Tahun 2018 oleh Pegawai Daerah kepada semua kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Pekan telah diadakan.
Lihat Berita
Mercu Tanda Terbaharu PDT Raub
Mercu tanda terbaharu Pejabat Daerah dan Tanah Raub hasil cetusan idea Pegawai Daerah, YH Dato' Haji Hamdan Bin Hussin
Lihat Berita
Program Jom Sihat 10,000 Langkah
Program Jom Sihat 10,000 Langkah telah diadakan pada 13 Oktober 2017 dengan disertai oleh pegawai dan kakitangan PDT Raub. Program ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan kecergasan fizikal dalam melaksanakan tugas-tugas harian di pejabat. Program ini juga dijadualkan akan diadakan setiap hari Jumaat pada setiap minggu.
Lihat Berita
Larian Hari Malaysia 2017
Larian Hari Malaysia 2017 Peringkat Daerah Raub telah diadakan pada 16 September 2017. Antara aktiviti yang diadakan termasuk Zumba (Senamrobik), Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Tabika, Cabutan Nombor Bertuah dan Larian Hari Malaysia bermula dari UiTM Raub hingga Dataran Raub.
Lihat Berita
Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR)
KUALA LIPIS, 07 April 2017 - Kursus Pemantapan Integriti Penjawat Awam Daerah Lipis dan Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Peringkat Daerah Lipis telah diadakan pada hari Jumaat 07 April 2017 bertempat di Dewan Residen Kuala Lipis.
Lihat Berita
Kursus Pengurusan Tatatertib di Tempat Kerja bagi Pengurusan PDT Lipis
Kursus Pengurusan Tatatertib di Tempat Kerja bagi Pengurusan PDT Lipis telah diadakan pada 16 Oktober 2017 bertempat di Institut Pertanian Daerah Lipis.
Lihat Berita
Pendedahan berkaitan pengurusan kewangan
KUALA LIPIS, 20 Oktober 2017 - Kursus Pengurusan Kewangan (Tuntutan Perjalanan dan Elaun Lebih Masa) telah diadakan pada 19 dan 20 Oktober 2017 bertempat di Institut Perguruan Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA) Kuala Lipis, Pahang...
Lihat Berita
PPT hadir Bengkel Penyediaan Kertas Siasatan
Tanah Rata, 1 Nov – Seramai 20 orang Penolong Pegawai Tanah (PPT) telah menghadiri Bengkel Penyediaan Kertas Siasatan ...
Lihat Berita
Kursus National Blue Ocean Strategy (NBOS) Online
KUALA LIPIS, 9 October 2017 – Satu kursus Blue Ocean Strategy (BOS) Online telah diadakan di Makmal Komputer, Kolej Komuniti Lipis pada 8 dan 9 Jun 2017...
Lihat Berita
110 anak yatim, asnaf terima sumbangan
KUALA LIPIS, 18 Jun 2017 - Sambutan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba bagi 110 anak yatim dan asnaf di Mukim Batu Yon Dua di sini akan lebih bermakna selepas mereka menerima sumbangan duit raya yang disampaikan oleh Tengku Arif Temenggong...
Lihat Berita
Banjir kilat: 42 keluarga, SJKT Ladang Menteri terjejas
BERA - Banjir kilat yang berlaku di sekitar Taman Tanjung Jaya dan Kampung Limau dekat Kemayan di sini menyebabkan 42 keluarga kerugian antara RM10,000 hingga RM15,000 apabila rumah mereka dinaiki air berikutan hujan lebat tanpa henti melebihi dua jam petang semalam.
Lihat Berita
Mara sasar taja 90,000 pelajar
BERA 3 Feb. – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah terus memberi perhatian serius terhadap pembangunan pendidikan apabila menyasarkan menaja kira-kira 90,000 pelajar pada tahun ini dengan peruntukan kira-kira RM2.5 bilion.
Lihat Berita
PDTCH menerima kunjungan lawatan kerja JOGGS
Tanah Rata, 10 Nov – Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands (PDTCH) telah menerima kunjungan ...
Lihat Berita
Lima Bintang Untuk PAHANG
Bukti keprihatinan kerajaan tangani bencana
Lihat Berita
Kesihatan Minda Pekerja
Kesihatan minda di tempat kerja
Lihat Berita
PKOB Bermula
Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) diktifkan berikutan keadaan cuaca yang agak membimbangkan.
Lihat Berita
Terima Kasih NADMA
Kehadiran Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Perdana Menteri, Dato' Abd Rashid b Harun ke Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) di Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan membawa berita gembira.
Lihat Berita
SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN
YH. Pegawai Daerah menyambut ulang tahun kelahirannya bersama YAB Menteri Besar Pahang
Lihat Berita